Tuesday, May 07, 2013

Semua Tentang Buku

Sekarang aku dah gila membaca. Eiii intro ayat pun dah poyo semacam. Maksud gila membaca tu aku bukanlah suka baca buku ilmiah pun. Minat membaca ke arah tu masih belum mampu untuk dipupuk lagi. Cuma buat masa sekarang aku dah maju setapak membaca novel-novel English. Wohoo.. ni semua gara-gara budak kelas aku yang suka sangat baca novel English. Lepas tu siap passing buku sesama sendiri. Kejap pinjam novel ni, kejap pinjam novel tu. 


So setiap kali bila dorang sembang pasal novel English ni aku cuma mampu krikkrikrik je. Rasa sangat excluded you know. Sedih tahu. Ehm tapi novel Melayu pun aku baca jugak tapi.. novel keluaran FIXI je. Novel cinta cintun aku dah tak layan. Hmm mungkin sebab aku dah terlalu banyak baca novel macam tu masa zaman sekolah dulu so sekarang aku jadi mual nak baca (puihhh!)


Minat ni mula terpupuk (?) bila aku tak tahu nak belanjakan baucer buku ke arah mana. Aku dah habiskan RM100 beli buku akademik. Lagi RM150 aku dah mati kutu tak tahu nak beli apa. Akhirnya aku ke Borders tanpa tujuan yang pasti. Eh kejap ada tujuan sebenarnya. Tujuaannya nak beli Theasurus sebab lecturer BEL suruh. Kehkeh.. Thesaurus ada banyak pilihan sebenarnya. Nak besar, nak kecik semua saiz ada. Tapi sebab perangai aku yang kedekut nak spend ke buku akademik, maka aku pun beli saiz yang paling mini. Haha keji betul. Yang saiz kecik dalam RM25 macam tu. So baucer buku ada berbaki RM125 la kan? Aku pun tawaf la satu Borders tu. Cari buku yang menarik.


Eceh..


Hasilnya. Gembiranyewww!


Dalam banyak-banyak buku yang aku rembat tu, aku habis baca buku Glitch tu je. Yang lain semua baca separuh jalan macam Chicken Soup dengan Rapture tu. Yang Rapture tu aku agak kecewa sebab noob sangat pergi beli novel keempat. Amboi advance betul tak nak baca yang 1 sampai 3 dulu. Lepas tu terkulat-kulat tak paham jalan cerita. Moral of the story, don't judge a book by it's cover. Aku beli Rapture sebab cover cantik. Bahahaha ☜(*▽*)☞ Oh ya novel FIXI Licik aku tak baca lagi sebab sayang nak bukak plastik dia. Boleh gitu?


Bagi aku novel Glitch best. Aku dah beli novel kedua dia tajuk Override dan aku dah habis baca okey. Semangat tak? :3


Nak beli Shutdown pulak. Release July 2013. 
Ehem birthday saya. EHEMMMM!


Bermula dari baucer buku, minat aku mula bercambah dan sekarang bila singgah kedai buku mesti tak pulang dengan tangan kosong. Minimum RM30 mesti habis punya. Kalau dulu aku selalu marah member aku sebab spend tak ingat dunia bila kat kedai buku. Sekarang aku mengalami perkara yang sama :(


 Fokus kat Mental tu je. Yang lain jangan :p


 Baru beli minggu lepas. Imma happy kid! ☜(*▽*)☞


Pinjam. At last aku jadi salah sorang yang meminjam. 
Dah tak rasa excluded. Boo~


Okay sekarang aku tengah look forward untuk beli novel baru. Aku suka novel sci-fi. Aku tak gemar sangat novel vampire, witch bla3 semua tu. Jadi mungkin sebab tu aku tak suka Rapture :/  Minggu ni tunggu mama bagi duit lepas tu nak beli novel baaaaanyak-banyak! Lepas tu tahun depan dapat baucer buku RM300 dan sayalah manusia paling gembira :D


Book in the list:

1) Nameless
2) Domain
3) Fragments
4) Mystique City
5) Shutdown


P/S:  Rasa awkward nak taip happy macam ni sebab hakikatnya kat luar aku tak lah segembira ni :'(


3 comments:

  1. Hello ninie! sj nk introduce novel kt ninie. kalau ninie suka crime fiction, Sidney Sheldon's novels best :)

    ReplyDelete
  2. crime fiction pun menarik. hehe tq suggest. nti ninie carik. tenkiuu ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...