Tuesday, July 09, 2013

Hari Yang Menyeronokkan

Minggu lepas sementara ada gap 3 hari untuk next paper aku balik rumah. Tak tahu kenapa sem ni aku suuuka sangat balik rumah. Sem lepas masa duduk rumah sewa bukan main liat lagi nak balik. Kadang-kadang tu siap gaduh lagi dengan mama sebab tak nak balik. Haha dasar anak entah hape-hape. Jadi bila saya pulang ke rumah yang aman permai tu, haruslah mengajak encik ehem-ehem saya melakukan aktiviti santai (lebih kepada aktiviti menghabiskan duit sebenarnya).


Seminggu awal aku dah bagitahu dia siap-siap yang aku nak pergi makan IKEA meatballs. Konon nak keluar hari Isnin, 1 Julai pukul 2 petang. Siap warning lagi suruh dia jemput aku on time. Amboi banyak cantik muka kau mengarah orang ek anis? Akan tetapi.. kesilapan teknikal berlaku sebab tanggal Isnin, 1 Julai pukul 2 petang tu aku exam. Wakaka aku mati-mati ingat paper pagi so petangnya berhajat nak berjimba-jimba bersama beliau. 


Oleh kerana plan nak keluar hari Isnin tanggal 1 Julai tu tak jadi, maka plan ditunda ke hari Selasa tanggal 2 Julai pulak. Selasa tu asalnya nak keluar pukul 12. Tapi aku pergi bangun pukul 11.15 pagi. Tu pun nasib baik dia kejutkan. Kalau tak.. alamatnya melepas. Ehm tapi sebenarnya aku redha je kalau tak dapat makan meatballs pun sebab aku mengantuk gila time tu. Insomnia strikes me. Aku cuma boleh tidur lepas pukul 4 pagi je :/


Ni kau kata redha kalau tak dapat makan? 
Btw dia cuma makan salad dengan sphagetti je. 
Yang lain semua Anis Shuhada yang punya. 
Wahaha dasar selera naga. Nampak tangan yang gelojoh cucuk meatball tu? -___-


Dia sibuk snap gambar, aku sibuk food tasting. 
Omnomnom jemput makan~


Depan rezeki tiba-tiba buat muka tak puas hati. 
Aku rasa time ni aku marah dia sebab melengah-lengahkan waktu makan aku dengan mengambil gambar +.+


Muka hodoh tak apa, asal makan selera. Eh?


Barulah jumpa muka senonoh sikit. 
Hewhew.. hm sedapnya kek tu. Tiba-tiba drooling pulak time menaip ni. Zzz~~


Kami berjaya habiskan keseluruhan makanan ni dalam masa 30 minit sebab nak kejar waktu movie. Dasat tak? Hehe.. lepas dah licin pinggan masing-masing, intai meja lain. Sedih tengok pembaziran berlaku. Ada yang tak habiskan chicken wing. Bukan tak habis dalam bentuk saki-baki, tapi ni tak gigit langsung. Meatball yang tak habis pun bersepah kat meja lain. Aku tak tahu motif dorang beli makanan tu untuk apa sebenarnya. Adakah sekadar nak ambil gambar dan letak kat Instagram sahaja? (macam aku. Tapi iols habiskan makanan iols ok). Dah jangan nak buat hipotesis sangat.


Lepas dah isi perut, kami menuju ke eCurve pulak. Kau tahu-tahu jelah eCurve dengan IKEA tu sebatu jauhnya. Nak-nak pulak spesis muatan berat (gebu,comel dan kiut) macam kitorang ni. Mengah jugak nak jalan laju sebab nak sampai sebelum movie start. Tak sia-sia makan banyak kat IKEA sebab akhirnya lemak diconvert ke tenaga sepenuhnya. 


Masa on the way tu selisih dengan Bront Palare (tak reti eja). Tu pun aku tak perasan akan kewujudan beliau sebab aku ralit tengok replika unta kat belakang dia. Aku perasan pun sebab encik ehem-ehem bagitahu. Dia pulak yang lebih-lebih merengek nak berngambar dengan Bront. Aku pulak rileks je terpegun dengan replika unta. Wahaha unta lagi menarik daripada retisss.


Tiba waktu untuk movie! Disebabkan aku princess pada hari tersebut, aku mencadangkan tengok cerita Monster University. Best gila like seriousssslyyyy. Aku suka cerita-cerita kartun ni sebab banyak nilai-nilai murni yang diterapkan (dah macam buku teks pendidikan Sivik pulak dah). Monster University ni cerita sebelum Mike dengan Sulli kerja kat Monster Inc. Aku ingatkan Bo ada dalam Monster University. Tapi dah nama pun University. Tak kan Bo tiba-tiba patah ke belakang zaman muda-mudi Mike dengan Sulli kan. Ehm seriously aku dah tak paham dengan apa yang aku cuba sampaikan ni -_-



Habis movie kami merayau pulak ke The Curve dan Tesco. Senang cerita semua ceruk kitorang jelajah. Cuma Kidzania je kitorang tak masuk. Hehe gigih kan merayau. Tapi kurusnya tak jugak. Jadi kesimpulannya, terima kasih kepada encik ehem-ehem saya sebab sudi melayan perangai saya yang mengada-ngada ni. I'm glad to have you as my partner in crime. Eceh ayat cover line. HAHA.. baideway, lebiu~ Lepas ni boleh makan meatball lagi. Yeayy!


Sehati sejiwa pulak dengan warna kolam tu =.="


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...