Wednesday, July 03, 2013

Lip Balm Junkie

Baiklah setelah sekian lama blog ini terabai, kali ini aku akan update dengan entry yang serious. Serious in term of kesungguhan aku mengedit gambar letak watermark apa semua semata-mata untuk letak kat entry hari ini. Hihi tambahan pula (amboi tatabahasa) blog aku dah berubah wajah jadi ada lah sikit semangat untuk update kan walaupun sekadar update perkara sampah. Erk.. Ok mari mulakan.


Sebelum ni aku pernah buat entry pasal lip care. Sejak aku purchase lip balm yang pertama tu, aku terus ketagih menghabiskan duit beli lipbalm baru. Aku tak nafikan sejak aku guna lip balm, masalah bibir mengelupas dah jarang berlaku selain daripada membuatkan bibir aku jadi semakin mungil dan cumil dan sihat hewhewhew. Sampaikan bila duduk kat rumah pun bibir aku maintain berkilat sebab.. tu lah hobi aku yang suka sangat pakai lipbalm ni -__-" So far ada dalam 5 batang lip balm/ lip stick dalam beg mekap aku. Bibir ada satu tapi lip balm sampai lima. Tamak bebeno. Dan oh ya, warna yang aku selalu beli kebanyakannya hampir sama. Either soft pink atau orange.


 Warna hampir sama je suma tapi santekkk!!


 Lip Ice Tinted Lip Balm
Soft Poppy Pink

Baru beli 3 hari lepas. Beli sebab aku pernah try kawan punya dan shade dia nampak lawa. Kebelakangan ni pun aku tengok bibir kawan aku tu lawa je warna dia. So aku syak mesti dia guna lip balm ni. Jadi aku pun beli. Oh ya, sebenarnya dia bukan lip balm tapi lip tint tau. Deyyy cakap pusing-pusing kejap lip balm kejap lip tint. Zzz.. Aku beli kat Guardian harga RM 8. Sampai bilik dengan gelojohnya pakai dan ehm tak ada warna pun? Ke sebab bibir aku pink sangat? Haha perasan kejap.


Maybelline Baby Lips Color
Coral Flush
Beli bulan Mac hari tu sebab asalnya nak beli lip stick Revlon yang color macam ni tapi disebabkan duit tak dak, gantilah dengan Maybelline warna Coral Flush yang ala-ala sama gitu. Ni pun ittew pau duit boipren ittew. Sian diew sape suruh ikut ittew masuk drugstore tu. Lalala.. Masa kat Watson aku dah calit bibir aku dengan Revlon yang aku idamkan sangat tu. Bila dalam kereta, aku pun lagi sekali dengan gelojohnya sapu lip balm Maybelline ni pulak. "Pergh warna sama dengan Revlon punya!" kataku dengan bangganya. Lepas tu bebel "Pandai jugak aku ni. Daripada beli Revlon yang mahal tu baik beli lipbalm ni. Bawah RM 10 je. Warna sama pulak tu". The next day, aku pakai balik lip balm ni dan.. bibir aku tak oren. Colorless dan berkilat je. Okay, memang patut pun Revlon lagi mahal. If you know what I mean :/


Lip Ice Sheer Color
Fragrance Free
My favorite! Tell me siapa je yang tak suka dengan Lip Ice Sheer Color ni kan? Boleh buatkan bibir ala-ala natural pink gitu. Antara kelima-lima koleksi aku, ni dah nak habis. Siap gigih lagi korek isi-isi dalam dia sebab nak buat swatch dalam last picture bawah ni. Yang ni harga almost RM 12. Berbaloi la dengan kualiti dia. Like~


Mentholatum SuperSoft Treatment Lip Balm
N/A
Ha.. inilah dia aku punya lipbalm yang paling senior. Lipbalm sulung yang buatkan bibir aku tak mengelupas dah. Hehe tak habis pakai lagi sampai sekarang. Rasanya dah setahun guna. Bau dia wangi tapi agak kuat. Masa mula-mula beli aku agak sukalah dengan bau dia. Tapi lepas aku berpaling tadah kat Lip Ice Sheer Color yang fragrance free, terus aku abaikan beliau ni. Dan tak pasal-pasal terus tak suka dengan bau dia. Dasar.. kacang lupakan kulit.


Revlon Just Bitten Kissable
Rendezvous
Revlon yang aku idam-idamkan akhirnya jatuh ke tangan. Awal-awal sem 4 masa duit pt baru masuk terus gagah pergi drugstore carik. Antara banyak-banyak line Just Bitten Kissable ni, warna ni antara top selling. Cepat sangat habis. Time aku beli ni pun tinggal last piece kat Watson. Dalam RM 30 jugak harga dia. Tapi aku puas hati. Bau dia macam chocolate mint. Sedap rasa nak makan je hahaha. Revlon ni dia macam crayon. Aku rasa korang tau lah macam mana sebab famous dah lip stain ni. Urgh again.. kejap lip balm, lip stain -.- Dia pointy stick tau tapi bila dapat kat aku tak sampai sebulan tarus jadi flat stick.


Nampak sama je semua so apa tujuan aku buat swatches ni?? 


Lip Ice Tinted Lip Balm dia ada shimmering effect. Dalam gambar tak nampak tapi kat luar nampak (kot). Maybelline Baby Lips memang glossy. Sapu banyak sikit memang berkilat tapi colorless. Nampak kan bibir aku smooth dan berkilat. Lip Ice Sheer Color tak nampak sangat effect dia sebab kan aku kata aku gigih korek saki-baki dia tadi. So apa jelah yang aku dapat. Mentholatum Soft Treatment Lip Balm ehmm tak lawa hasil dia. Pakai sebelum tidur ok la kot. Dan.. the last one, Revlon! Nampak macam tak ada warna sangat. Tapi trust me bila sapu banyak memang oren bibir kau. Aku pernah sapu banyak-banyak dan kena tegur "Anis dah pandai pakai lipstick. Dah besar sekarang". Hm.. oh god why.


8 comments:

  1. Nice review. Revlon memang bagus.. tapi mahal.Foundation dia pun best.

    ReplyDelete
  2. ayu: kan2. tp buat masa ni tak berani lagi nak try benda2 yang sapu kt muka ni. Takut tak sesuai and naik jerawat. heee

    ReplyDelete
  3. Hehe takpe. Kulit kamu lawa dah :) Rasa nak beli jugak Revlon tu ;)

    ReplyDelete
  4. tak de la lawa sgt pun. skrg jerawat baru nak kecut n nak hilangkan parut2 jerawat yg berlambak hari tu. hehe beli la. ada satu lagi warna yg cantik, Honey. Tu pun sll habis jugak ^_^

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. B!! huhu ala xde amboinye. u pun not bad jgk kan2? heheh

      Delete
  6. Apa I :P I baru berjinak2 haha. biasalah, sekali sekala beautify, asyik handsome je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...