Friday, July 26, 2013

Masih Berusaha

Sudah 2 minggu berpuasa. Tapi berat aku statik je tak berubah. Orang lain puasa berat turun, aku pulak berat tang tu je. Masa awal Ramadhan hari tu gigih tiap pagi jogging sebab nak kurus. Aku berazam nak lose 10 kg sebelum raya ni. Haha 10 kg in 4 weeks? Memang tak dapatlah jep. Huhu lagi-lagi perangai aku ni yang hangat-hangat tahi ayam je. Aku cuma mampu bertahan jogging selama 4 hari! Alasan aku tak jogging lagi ialah sebab mama taknak teman :(  


Masa awal-awal tu mama yang cabar aku untuk pergi jogging. Tapi bila aku dah bersemangat, mama pulak taknak teman. Ayaiyai~ So lets stick to diet jela. Time buka kurangkan makan nasik. Kan orang kata kalau nak kurus jangan makan nasik. Tapi nak buat macam mana, aku tekak Melayu. Nasik is a must! Tapi tak banyak pun dalam sesenduk macam tu je. Tu pun mama bising suruh aku tambah lagi. Aduh mamaku.. macam mana anakmu nak kurus  T___T


Selain kurangkan makan nasik, aku juga minum green tea setiap malam sebelum tidur. Ehm aku rasa tu sebab utama aku tak boleh tidur malam sekarang ni kot. Aku banyak baca yang green tea ni bagus untuk kecantikan. Green tea boleh speed up kita punya metabolisma dan mungkin baik untuk kulit jugak kot? Ahh google ada. You just google it bebeh. Aku malas. Mihmihmih..


2010. Me the green one. Kenapa aku macam isolated? Bhahaha xD


Aku pernah tunjuk gambar atas ni kat kawan aku dan dia tak percaya aku pernah kurus macam tu. What??? Anis pernah kurus? Iya awak, anis pernah kurus! Actually aku pun tak pernah perasan aku pernah kurus. Kahkahkah ke tu effect gambar dan posisi duduk aku je? Hmmm ╮(╯_╰)╭



Current me. Abaikan meja mekap bersepah tu.


Dengan ketinggian 157 cm (ukur guna measuring tape sendiri baru-baru ni), berat aku ialah 68 kg. Omagad omagad aku overweight. Wuwuwu aku sangat takut kalau aku diet sahaja tanpa bersenam, nanti bahagian atas badan aku je yang kurus. Nanti punggung lebar. Waa me don't like sebab buktinya dah ada depan mata. Naik sem nanti aku paksa la siapa-siapa teman aku jog. Haha lantaklah siapa yang terkena nanti  >.<


Angle kena baik punya kalau nak nampak kurus :P



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...