Thursday, July 18, 2013

Salad

Assalamualaikum.. salam Ramadhan pada semua pembaca. Hihi tu pun kalau ada pembaca kan. Hm.. Ramadhan aku pada kali ini aku rasakan agak lain berbanding dengan tahun lepas. Sebabnya aku dah boleh control makan! Yay! Ceh sepatutnya aku patut upgrade aku punya ibadah tahun ni. Tapi lain pulak yang aku dok banggakan =.="


Jika sebelum ni aku selalu berleter nak kurus tapi tiada usaha nak kurus, tapi sekarang dah ada usaha. Walaupun sikit je usaha tu. Isk.. Sehari sebelum puasa aku beli salad. Aku ikut parents pergi Tesco dan dengan pantas aku pergi bahagian sayur untuk cari salad kegemaran. Mama pun hairan sejak bila aku reti makan sayur ni. Heh.. kisahnya macam ni. Masa kat Shah Alam aku suka makan chicken chop kalau aku ada duit lebih . Dan chicken chop tu serve sekali salad. Alang-alang dah ada salad 2 helai tu aku makanlah. Kalau tak makan rugi woo bayar mahal-mahal. So dari situlah aku tahu pasal kewujudan satu sayur ni yang tak pahit. Sedap.. dia agak crunchy omagad i dunno how to describe. I just loooveee it. Muuaahh XOXO.


Mempersembahkan.. BUTTERHEAD LETTUCE!


Nampak macam ehm..kobis yang dah kembang? Erk ada ke. Kantoi dah tak pernah masak sampai sayur pun tak kenal. Zzzz.. Ha nampak macam terlalu hijau dan yuckss pahit kan? But trust me.. tak pahit langsung okay. Serve dengan thousand island. Pergh marveleessss~ Dia masam-masam cruchy gitu. Boleh dijadikan snack la senang cerita. Hee.. So bawah ni salad yang aku beli kat Tesco. Sebekas RM 5.20 kalau tak silap. Agak mahal kan. Tapi saja nak cuba. Aku nak buktikan kat mama yang anak dia ni tak mati pun kalau makan sayur :p


Dalam ada Thousand Island dengan croutons.


Berdasarkan interface (interface? Computer sangat kau nok) dia kata salad tu dah 3 kali cuci. So bukak-bukak je dah boleh makan. Gitulah kekdahnya. Tapi jangan gelojoh sangat. Untuk lebih umphh sila gaul dengan thousand island dan croutons tu. Thousand island buatkan dia rasa masam-masam sikit dan croutons tu bagi rasa masin-masin sikit. Hee dah macam ayat qi JJCM. Lepas tu tutup bekas tu kau kasi goncang sama dia bagi semua sebati. Tak kisahlah nak bergangnam style ke, harlem shake ke. Ni lah masanya. Aku bagi adik aku goncang sebab dia menyibuk duduk sebelah aku cuit-cuit sayur dalam tu. Dan hasilnya..


Ada purple cabbage dengan tomato cherry. Yang kuning-kuning tu
minions croutons ya adik-adik bukan jagung.


Aku paksa adik aku rasa salad ni. Siap gaduh lagi dengan dia sebab nak suruh makan sayur. Haha nak marah pun tak boleh sebab perangai kitorang sama je. Alergik sayur. Ni la sayur pertama yang aku betul-betul suka. Aku bagi dia rasa piece yang paling kecik. Oh ya, salad ni guna baby butterhead lettuce. Sebab tu dia tak hijau sangat. Aku bagi dia rasa sikit. Ehm.. sedap. Lepas tu dia cuit lagi. Haizz.. Tapi purple cabbage tu aku tak suka sebab pahit. Thousand island pun tak mampu nak hilangkan kepahitan dia tu :/


So yes aku dah jumpa sayur yang kena dengan tekak aku. Hee siap boleh makan mentah lagi. Selain elok sebagai fiber, sayur boleh cantikkan kulit jugak. Jadi sekarang ni bila berbuka, aku akan makan nasi sikit, lauk ayam/ikan dan butterhead lettuce yang digaul dengan thousand island semangkuk. Kenyang makan sayur sebenarnya, bukan nasik. Yela kata diet~ :3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...