Wednesday, August 01, 2012

Aku Dah 18 Tahun Rupanya..

Perjalanan selama 2 jam dari Puncak Alam ke rumah bukanlah sesuatu yang memenatkan bagi aku sebab Daddy I yang penat drive. Huhuh.. so semalam sebaik sahaja sampai rumah, aku terus menerkan nasik lauk sup ikan merah. Ohh sangat sedap sebab kalau kat Puncak Alam, aku memang tak pernah sentuh ikan langsung. Aku tak tahulah kenapa kalau kat sana aku macam tak berselera je nak makan ikan. Lagi2 ikan keli. Eww.. aku geli nak makan ikan tu sebab kepala ikan tu macam ular. Haha :p

Lepas makan secara ekstrem dan gelojoh, aku berlari2 mengejar BFF kesayangan yang sedang menunggu aku di dalam kereta mereka. Ohh.. kawan2 aku dah pandai drive rupanya. Kami dah dewasa rupanya. Lepas ni, masing2 akan ada anak sendiri pulak. Hepp tutup topik pasal anak =__=

Aku keluar semalam pakai baju kurung siott. Buang tebiat ke hape? Hak2 entah mengapa aku rasa macam aku sangat ayu semalam dengan sedikit sentuhan toncet beRIBBON besar di kepala. Dapat imagine tak? Tak payah imagine. Sebab dah sah lah aku nampak comel. Tengok ni~



Yang pakai topi MACAM ORANG NAK PERGI SAWAH tu ialah aku.
Konon comel la tu?

Tu cerita semalam. Outing yang sangat sekejap tapi menyeronokkan sebab aku duduk bersenang lenang je kat seat belakang. Naik kereta yang dipandu rakan sendiri adalah amat berbeza dengan menaiki kereta yang dipandu bersama family. Amat lain. Kalau dengan kawan, tiba2 rasa macam aku dah dewasa gile. Rasa macam aku nak lambai2 kat kereta sebelah sambil jerit, " Woi kereta ni member aku yang drive tau! " =__=

Ahhh aku dah lost idea nak blogging ni. Ayat aku skema gile untuk post kali ni. Apa masalah aku ni?!! Haihhhhhhhh.. bye

3 comments:

  1. weyy..ko cakap ikan keli amcam kepala ular.aku hampir hari2 makan lauk ikan keli.lauk ikan lain aku xselera.ayam?lagila muak kott..kalau lepas ni aku makan ikan keli teringat kau ckap mcm kepala ular siap kau aku gigit2.HAHAHAHAH

    ReplyDelete
  2. ala miaa
    sorry la.tu luahan deeply from my heart.huhuhhh..
    xleh mkn dekat2 dgn mia pasni T__T

    ReplyDelete
  3. HAHA..jangan makan dkat2 tauu :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...