Saturday, August 10, 2013

Basic Make Up Stuffs For Beginners

Assalamulaikum dan salam Syawal yang ke-3. So how was your raya everyone? Aku biasa-biasa je. Badan pundah besar gedabak so potensi nak dapatkan duit raya tu pun dalam 50-50 je. Hahah okay title atas tu macam good-good je kan. Aku pun sebenarnya pun tak reti jugak mekap-mekap ni. Pakai eyeliner pun bersepah. Tapi walau bagaimapun, izikanlah saya berkongsi barang mekap asas untuk mereka yang newbies macam saya jugak. Saya namakan mekap ni, 'Noob But Fresh Makeup Look'. Muahaha nama pun macam tak meyakinkan. Tapi tak pe meh kita tengok bahan-bahan asas yang aku guna untuk conteng muka ni.




Maybelline Clear Smooth BB Cream. Ada SPF 50 yang boleh bertindak sebagai sunscreen jugak. So dah tak payah nak sapu sunscreen lepas tu sapu foundation bla3. Leceh kan? Pakai BB cream ni pun dah cukup untuk cover semua. Blemishes kat muka pun akan fade (sikit je, tak banyak) bila guna BB cream ni. 
Rating: 4.5/5
Harga: Beli satu set dengan bedak bawah ni, dalam RM 23 something.



Maybelline Clear Smooth Compact Powder. Nampak tak betapa sayangnya aku kat compact powder ni sampai pecah berderai pun aku masih guna. Huahua~ Light application pun dah cukup. Aku akan pakai compact powder ni lepas aku guna BB cream.
Rating: 4/5
Harga: Satu set dengan BB cream atas. Dalam RM 23 something



Silkygirl Duo Eyeshadow. Beli sejak aku habis SPM tapi tak pernah pakai sebab tak reti  T__T  La ni baru reti pakai. Tu pun main calit pakai jari je. Untuk fresh look dan tak terlalu over, digalakkan pilih eyeshadow warna earth macam ni. Sesuai untuk mekap siang dan malam. Dah tak payah beli Naked2 palet. Aku tak mampu woi. Haha :|  Eyeshadow ni dia ada light shimmer and very pigmented. Tak perlu pakai eyeshadow primer pun tak apa.
Rating: 4.5/5
Harga: RM 15.90



Maybelline HyperSharp Eyeliner. The best eyeliner evahhh~! Waterproof, murah, warna yang pekat, dan senang tanggal bila sapu dengan wetwipes. Jenis liquid. Aku take time jugak sebenarnya nak beranikan diri guna eyeliner jenis liquid ni. Yela, tangan jenis gigil-gigil kan. 
Rating: 4.8/5
Harga: RM 16.90


Essence Eyebrow Designer. Ni untuk lukis eyebrow cantik-cantik. Sikat kecik kat penutup tu untuk kemaskan eyebrow iolss yang bersepah ni ha. Kalau nak nampak natural, beli warna brown. Ni aku beli warna hitam. Bila lukis kening, dah serupa shinchan rupa aku. Nasib baik murah je.
Rating: 3/5
Harga: RM 7.90


Silkygirl Lash Curler. Pertama kali guna mascara sebab bulu mata iolss pendek. Nak feeling-feeling bulu mata lentik macam Cikta pulak raya ni. Ahaks~ Aku tak berapa suka pakai mascara sebenarnya sebab nanti ada crumple bila sapu. Tapi sebab nak merasa bulu mata Cikta, aku layankan jelah.
Rating: 3/5
Harga: RM 16.80

Maybelline Water Shine Lipstick P21. Ni aku buat blusher. Hahaha sabo jela ek. Asalnya aku beli sebab ofkos la nak pakai kat bibir kan. Tapi bila aku tengok warna dia cantik semacam je, so aku buatlah blusher. Calit sikit kat pipi lepas tu gosokkan. 
Rating: 4/5 (as blusher)
Harga: Lupa tapi below RM 25


Maybelline Baby Lips Color. Disebabkan bibir aku cepat mengelupas sekarang ni, so before pakai apa-apa lipstick aku akan guna lipbalm ni dulu. Walaupun ada perkataan 'color' kat hujung nama lipbalm ni, tapi dia takde warna pun sebenarnya. Ehm ke warna ni je ek yang tak nampak warna. Sorry tak sure. Hee~ Nak tengok review boleh baca sini.
Rating: 3.5/5 (rendah sebab penipu takde warna. Heh)
Harga: RM 9.90


Revlon Just Bitten Kissable Rendezvous. Lipstick kesayangan. Wohoo ni lipstick paling mahal aku pernah ada. Mestilah sayang kan. Hewhew.. aku pernah review lipstick ni jugak. Boleh baca di sini. Pakai nipis-nipis je untuk natural look.
Rating: 4.5/5
Harga: RM 29.90

Jadi itulah dia my so called basic make up untuk beginner. Kalau sesiapa yang rasa post ni tak membantu, maafkan saya. Dah nama aku bagi pun "Noob But Fresh Makeup Look". Takkan nak expect mekap macam pengantin kan? :D Akhir kata, terimalah wajahku selepas diconteng dengan style "Noob But Fresh Makeup Look" ni. Selamat Hari Raya semua, Maaf Zahir dan Batin!




3 comments:

  1. Shira pernah try product maybelline tuhh.. bedak compact dia best tapi mudah sgt pecah. Y__Y

    eyeshadow and others makeup toksah citer, dri zaman habis spm smpai skrg ada lgi. hahaha..

    ReplyDelete
  2. shira: ahaha da same2 jenis jrg sgt mekap. mmg camtu la cite die. 10 taon pun belum tntu habis xD

    ReplyDelete
  3. Thanks ya for your sharing ni😉.i pun noob jugak. Bedak maybelinne tu mmg best!murah dah jadikan kulit nampak smooth je. Tapi terpaksa lupakan utk repeat beli sebab terlalu mudah pecah bedaknya huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...