Thursday, August 01, 2013

Cabin Crew, Anyone?

Sesiapa yang rapat dengan aku mesti akan bosan dengar angan-angan kosong aku nak jadi pramugari. Bila tension belajar sikit, mulalah berangan nak apply job jadi pramugari. Time sekolah dulu tak pandang pun cita-cita tu. Asyik ralit nak jadi doktor gigi je. Tapi disebabkan terkandas masa asasi dulu dan dapat course yang mengarut dan keyakinan aku pada course yang aku ambil sekarang hanyalah dalam 40%, so angan-angan liar pun timbul. Bagi aku job sebagai pramugari ni glamour. Bila sebut pramugari, apa yang terlintas di fikiran aku ialah kurus dan cantik. Ehm kalau muka aku ni, cantik tu so-so jelah kot. Haha tapi kurus tu aku failed :|



Aku pernah buat entry sebelum ni pasal cita-cita nak jadi pramugari ni. Aku post entry tu sebab aku gagal UPU untuk kemasukan Ijazah. Frust tak payah ceritalah der. Time tu dah nekad betul nak isi borang Malaysian Airlines ke, Air Asia, Firefly etc. Huu tapi belum sempat aku nak isi akhirnya aku dapat jugak sambung degree tapi course yang jauh menyimpang dari kehendak aku lah  T___T


Semester 1 rasa semangat sebab course aku deal dengan programming. Bila sebut programming, aku dah terbayang HTML code. Time tu rasa agak bangga sebab berbanding kawan lain, aku ada la seciput ilmu pasal coding ni. So bila buat assignment programming tak ada pening sangat. Tapi last-last baru aku tahu yang HTML tu baru 1 language je. Banyak lagi computer language yang aku tak tahu sebenarnya dan semester 1 aku belajar C++. Bagi aku C++ ni kira subjek favourite la sebab masa tu pun belajar benda basic je. Hewhew.. Tapi masuk sem 2 dan ke atas, aku mula berkenalan dengan Java dan I hate Java so much! Adakah salah lecturer yang menyebabkan subjek tu susah? Haha haipp jangan salahkan orang kalau sendiri kurang usaha.


Ok back to main topic. Tetiba menyimpang pasal C++, Java pulak dah. Amende kau ni (-_-#) Jadi beberapa hari lepas aku nampak iklan career as cabin crew kat Malaysia Airlines. Ada hati lagi tu pergi download borang padahal dalam angan-angan kau jelah mama nak benarkan kau jadi pramugari. Wakaka~ So suka atau tidak, aku haruslah sayang dengan course yang aku belajar sekarang ni. Wuu setahun lagi woi lepas tu praktikal. Nak praktikal nanti aku tak tahulah nak buat apa benda nanti. Tercangak tengok skrin komputer jelah kekdahnye ni.


Kapan aku bisa jadi seperti kalian. Uhukss~


Sesiapa yang berminat nak apply bolehlah:

2 comments:

  1. Have you tried to take a course first? Example cabincrewmalaysia.com 2 months course can secure you a in-house interview and posting as a cabin crew or flight attendant directly without bonding of 5 years. Good luck!

    ReplyDelete
  2. Syakinah: oh really? nvr know bout dat bcos im not really serious of applying this job. hee thanks for informing me. might have a look at the website ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...