Thursday, August 15, 2013

Destinasi Bajet: PULAU PANGKOR (Day 1)

Assalamualaikum people! Yeay aku dah selamat pulang ke rumah selepas meluangkan 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor bersama keluarga tersayang. Hee so let's cut the story short memandangkan aku ni fail sikit bila cerita pasal travelogue ni. Nanti kang tak pasal-pasal aku buat 30 entry pasal percutian 3 hari 2 malam ni je. So yeah let's start (tengok, intro pun dah berjela).



Selasa, 13/8/2013 

10 am : Tunggu satu lagi family di RnR Rawang kemudian teruskan perjalanan.
2 pm: Tiba di jeti Marina. Beli tiket ferry. Harga RM 10/pax untuk pergi-balik. Murah kan?
3 pm: Sebab kami terlepas ferry pukul 2, so naik trip pukul 3. Btw ferry ni tak kisah pun kau nak naik pukul berapa. Seat pun suka hati nak duduk mana. Amboi otai sungguh.


Yeay untuk pertama kalinya! Mempersembahkan abah sayaa!


Belakang iols tu tempat menunggu. Cantik kan? Tak crowded pun.


Belakang iols tu Pulau Pangkor. Dekat jerr~ 


With my niece yang dipaksa untuk layan makyong nya.


3.20 pm: Tiba di jeti Pulau Pangkor. Pulau Pangkor sangat dekat dengat jeti Marina. So it is advisable untuk naik feri dari  jeti Marina daripada jeti Lumut. Sampai je jeti, nanti berduyun-duyun driver taxi tunggu untuk fetch korang. Kat Pangkor susah nak jumpa kereta persendirian. Yang banyaknya van warna pink je. Haha awat jambu sangat pulau ni. Tambang RM 20 untuk perjalanan ke resort.


Jambunyewww


3.50 pm: Tiba di resort. Kami 2 family menginap di Purnama Beach Resort yang bertempat di Teluk Nipah. Lokasi sangat strategik. Dekat dengan pantai, kedai makan, souvenir shop, wahh memang strategik gila la. Sekeliling kawasan tu pun ada jugak resort/chalet lain. Tapi among all, Purnama paling best la bagi aku. Hee.. Satu family satu bilik. Kami sewa Deluxe Room. Rate per night RM 190. Untuk tengok rate dan bilik lain, boleh klik Purnama Beach Resort. FYI, family aku sangat memilih dengan kebersihan toilet. Tapi untuk resort ni, toilet sangat bersih okay. Pertama kali aku rasa percutian kali ni perfect. Dan lagi perfect bila bilik ada wifi. Wootwoot~













Belakang kolam. Maaf tak nampak kolamnya. Hewhew~


Jadi itulah dia hari pertama kami di Pulau Pangkor. Biasalah kan mula-mula sampai mestilah penat. Anak-anak sedara dan adik aku pulak sah-sah pergi terjun dalam kolam. So cerita pasal laut next entry okay. Tu pun kalau ada yang sudi tunggulah. Huhu bye~

Read more:
Pulau Pangkor (Day 1)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...