Saturday, August 17, 2013

Destinasi Bajet: PULAU PANGKOR (Day 2)

Assalamualaikum~ Okay kembali semula untuk update pasal hari kedua yang kami buat di Pulau Pangkor. Untuk hari kedua, kami 2 keluarga lakukan aktiviti island hopping. Island hopping ni maksudnya korang naik open boat dan driver boat tu bawak korang travel dari satu pulau ke satu pulau. Tapi memandangkan pulau yang mengelilingi Pangkor ni sikit, so kami hop kat satu pulau je iaitu Coral Island.


Left hand side a bit rocky, but rich with corals and fishes. 
Right hand side is the beach. Suitable for kids to swim. Source.


Sepanjang pantai Teluk Nipah tu banyak agency yang tawarkan package yang hampir sama dengan harga yang berbeza-beza. So ikut kepandaian sendiri la nak pilih package yang paling murah tapi berbaloi ok uolss.


Major sport activities offered. Source


Extreme watersports? Source


 Talent: mama & abah


 Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Coral Island


 Amboi abah aku ni. Sekali dapat masuk blog anak dia kemain posing~


 Yer, sebarang sana Pulau Pangkor. Berenang pun boleh sampai.. sangat.


 Aherher ingat nak tulis Ninie tapi segan pulak dengan family aku. Kahkah


Maaf tak banyak gambar aku kat Coral Island. Tak leh letak kang menimbulkan fitnah. Eceh tak de la. Actually aku syok berendam dalam laut sambil snorkeling. Tapi sebab tak reti guna goggle tu, habis air laut masuk kat mulut (-_-#)  Dan aku bukan penggemar laut sebenarnya. So aku berendam dalam 10 minit je lepas tu aku lepak tepi pantai makan keropok. Ok motif cerita pasal tak suka laut?


Oh lupa nak bagitahu. Bayaran open boat untuk ke Coral Island ialah RM 10/pax. Nanti time korang atas boat driver tu akan berhenti sekejap-sekejap untuk tunjuk Monkey Bay, Crocodile Rock, Whale Rock dengan Turtle Rock. Senang cerita naik boat tu lebih kepada nak tengok batu sebenarnya selain daripada sumber pengangkutan nak ke Coral Island. Puas aku teliti batu yang dia tunjuk tu tang mana rupa buaya, ikan paus dengan penyu. Huahua :D


Lepas habis aktiviti di Coral Island, kembali ke Pulau Pangkor dan apa lagi, masa untuk melingkar kat bilik pulak. Heh then petang tu merayau carik makanan kat area resort. Masa otw nak balik semula ke resort, aku dengan mama heran sebab banyak pulak burung kenyalang kat area resort tu. Biasa kat KL aku nampak burung gagak je. Ni kat Pangkor bersepah hornbills. So aku dengan mama pun pergilah ke hujung jalan yang masa tu banyak sangat hornbills dok bertenggek kat wayar telefon.




Oh rupanya hornbills ni tarikan salah satu chalet. Walaupun iols ni menginap kat resort lain, tapi selamba je buat muka tak malu menghadap hornbills chalet ni. Hee the best part is, boleh ambil gambar dengan mereka tanpa bayaran okay! Just bagi dorang makan pisang je. Aku pulak harap badan je besar tapi terkinja-kinja penakut nak bagi dorang makan. Hmm siap kena sound lagi dengan sorang pakcik motor ni sebab penakut sangat  T__T Hornbills ni pandai tau. Dia takkan patuk tangan korang. Just pegang pisang tu dengan 2 jari, dan burung tu sendiri akan datang makan. So memang patut pun aku kena marah dengan pakcik motor tu. Uhuk


HUNGRY BIRDS -.-' Ya anda tak salah baca .


Okay tu saja aktiviti hari kedua di Pulau Pangkor. Nothing much right. And we just roam around the place by walking. No vehicles needed. Jimat! Next entry last pasal Pangkor. Okay jumpa semula next entry!

Read more:
Pulau Pangkor (Day 2)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...