Monday, August 26, 2013

Destinasi Bajet: PULAU PANGKOR (Day 3)

Assalamualaikum. Hola okay this is the last post for my holiday in Pangkor Island. Sorry for a week delay for this post. Been busy setting up my new online biz (Back To Basics) and the ongoing giveaway. Two weeks left to participate in my first giveaway. So hurry up guys! Click here to join :D So okay let's start with the main story!


Fuyoh berhabuk aku speaking. Lalala okay maaf sebab entry last day kat Pangkor tergendala selama seminggu. Tapi aku tak rasa ada yang menunggu entry last day ni. Aku je syok sendiri. Iskk fine tapi takpe aku cerita jelah. Okay hari terakhir ni tak ada benda sangat yang aku buat melainkan tidur (yes sleeping is my middle name). Aku tak mandi kolam langsung sepanjang aku stay kat Purnama Beach Resort tu. Haha! Bukan sebab kolam dia tak best ke apa. Tapi entah perangai aku ni lain macam sikit. Aku tak suka berendam :/ 


Yeah dude. Kolam ohsem camni aku boleh buat bodoh je


So hari ketiga tu aku kena tinggal sorang-sorang dalam bilik sementara family aku yang lain pergi main air kat luar. Tengah syok dorang mandi tiba-tiba hujan lebat dengan kilat sabung menyabung. Dorang pun masuk la semula bilik. Aku pulak tengah syok tidur terus terjaga lepas bilik blackout sebab amenda entah kena panah petir. Habis wifi, aircond, tv, lampu semua tak available. Yang aku heran, air shower pun tak de. Kalau hot shower yang guna eletrik tu takde air aku paham la ni pili air bawah tu pun air kecil. Serius apa kaitan dengan blackshot blackout? Luckily stafff dorang cekap buat kerja. Dalam 10 minit camtu ada elektrik semula tp wifi dengan air masih problem. Ehm tapi takpe lah nasib family aku dah nak blah.


So pukul 10 pagi kami check out. Call van pink yang somel tu dan masa dalam van, sepupu aku mintak driver van tu bawak keliling satu pulau. Driver tu kata okay je. Bayaran dikenakan RM 80. Ada dalam 4 tempat jugak yang dia bawak kami singggah. First tempat kami pergi ialah kilang dried seafood. Kat pulau tu kilang tu jela rasanya yang proses makanan laut kering macam ikan bilis, ikan masin, sotong kering, sotong gula dan macam-macam jenis keropok. Tapi walaupun beli kat kilang, tak de maknanya harga murah. Sama je harga kalau beli kat Lumut :|


Setiap keropok ada tester. Omnomnom

Gaduh anak beranak sebab sotong gula. Ahakkk xD




Atas board ni ada nama kilang tu. Tapi sepupu aku snap bawah je T.T


Okay next stop ehm aku dah lupa apa nama tempat tu tapi yang penting dia tokong Cina. Salah satu tourist attraction jugak. Kat situ ada gerai jual keychain dan fridge magnet macam kat Teluk Nipah. Tapi yang paling ohsem dan buat aku menyesal ialah, kat Teluk Nipah 4 keychain RM 10. Tapi kat sini 7 keychain RM 10. Huaa menyesal gile kate ko. Nak je aku borong banyak-banyak untuk budak kelas aku tapi duit dalam wallet dah habis. Kalaulah aku tak spend secara berlebihan kat Teluk Nipah. Kalaulah.. Hm so guys this is tip! KALAU NAK BELI KEYCHAIN & FRIDGE MAGNET MURAH, SURUH DRIVER VAN TU BAWAK KORANG PERGI TOKONG NI SUPAYA TAK MENYESAL MACAM AKU. INI AMARAN! 





Atas ni antara ukiran/batu (?) binatang yang aku suka untuk bergambar. Ada lagi satu ke dua jenis lagi yang aku tak bergambar. Malaslah aih nak tunggang satu-satu. Malu. Eheh~ Oh ya, sebelum nak sampai kat binatang ni, kena lintas jambatan. Bawah jambatan tu ada kolam dan ikan dalam tu sumpah besar gila. Ikan sebesar badan aku yang gemuk ni pun ada. 


What is wrong with you woman?


Then singgah ke muzium Pangkor. Masuk free dan kecik je muzium dia. Aku tak ambil gambar pape dalam tu sebab yelah barang lama-lama kan. Kang aku sedap posing tiba-tiba ada benda lain menumpang kat belakang. Wuu tak mau. Ni semua pengaruh #seramshit. Wakaka okay dalam 5 minit dalam muzium (nampak sangat bukan pencinta sejarah) kami cau ke ehm adoi ni pun aku tak tahu apa nama dia. Haha tapi yang aku ingat ni tapak bangunan tinggalan orang Belanda. Ala macam ala-ala A'famosa gitu. Ada meriam semua dan ada juga ikan buntal. Erk salah taip ke kau ni anis? No I'm serius. Kat situ ada ikan buntal.


Me: Apa kau buat kat sini?
Puffer fish: Nice to meet you miss -.-


Dear readers, satu ikan ni berharga RM 80 
dan duri di bawah badannya ialah real. Sesiapa yang ada 
laki suka balik lewat malam tu mohon beli. Dia balik je boleh
 lempar kat muka dia. Kahkahkah xD


Sama je bulatnya :/


Okay nah meriam


Akhirnya trip keliling pulau pun selesai. Driver hantar ke jeti dan kami pun naik feri menuju ke tanah besar semula. Sekian kisah saya 3 hari 2 malam ni Pulau Pangkor. Overall ni destinasi yang terbaik untuk sesiapa yang nak bercuti di pulau dengan bajet yang sederhana. Aku ni skeptikal sikit bila my mum cerita nak pergi pulau. Sebab aku ingatkan Pangkor just pulau kecik yang cuma ada nelayan dan have no internet connection. Tapi aku teramat salah. Hehe sekarang zaman internet tanpa batasan. Tolonglah jangan cetekkan pemikiran sampai macam tu sekali anis  T__T  Okay now I look forward for next island vacation. Wee that's all from me. Byee!

Read more:
Pulau Pangkor (Day 3)

2 comments:

  1. Awak pegi book sniri or ade org uruskan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...