Monday, August 12, 2013

My 2013 Raya Story

Tiap-tiap tahun aku rasa raya aku sama je macam hari-hari biasa except raya dapat baju baru hari biasa takdak baju baru. Woohooo apa kau cuba sampaikan ni anis (-_-#) Tahun ni warna tema family aku ialah purple. Biasanya tiap-tiap tahun cuma aku dengan mama je amalkan tradisi warna sedondon ni sebab abah dengan adik lelaki aku, Nabil tak suka beli baju melayu tiap-tiap tahun macam aku dengan mama ni. Mihmimih~ 


So bila tahun ni theme purple, dan abah pulak kebetulan ada baju melayu warna purple yang dibeli 10 tahun sudah, so kami pun eksaited la nak berjalan sekali harung satu warna 4 beranak. Namun, bukan kami 4 beranak sahaja yang sedondon. Rupanya ramai lagi clan purple yang sama dengan kami  T__T  Bila singgah mana-mana rumah, mesti jumpa family yang pakai warna purple. Aku bisik kat mama, "Ma, tahun ni tema warna kita 1 malaysia la pulak. Ramai sangat purple ni. Tahun depan kita buat color blocking la. Semua warna kita campur sekali," Haa gitulah kekdahnya cadangan aku kepada mama. Mama pun angguk jela lepas tu bising kat aku sebab gatal mulut mencadangkan purple sebagai theme color tahun ni. Ekeke minhamnida omma..


Bersama omma yang tidak puas hati dengan warna tahun ni. Eheh


Bersama Nabil dengan persalinan Aaron Aziz by Jakel. Saiz kanak2 je pun. Bhahaha


Gambar satu family dengan persalinan serba ungu ada dalam DSLR sepupu. Haiyaa awat la aku boleh lupa nak mintak orang snap kan guna hp aku. Tahun sebelum ni tak pernah lupa. Tahun ni lupa pulak. Tak dapat kite nak tunjuk rupa abah kite yang hensem :( Gambar atas ni masa raya pertama. Hehe kain batik aku tu aku hadiah time family day. Ada la dalam setahun simpan sebab nak pakai raya tahun ni. So untuk baju aku just beli kain kosong 2 meter and wallah~ macam baju butik tak pakaian iols? Mwehehe mohon iye kan saje xP


Pada hari raya keempat pulak, ikut family pergi beraya rumah sedara belah abah. Habis jugaklah satu Selangor ni kami pusing sebab sedara belah abah mostly duduk Selangor. So my outfit untuk hari tu ialah serba salmon pink. Erk dapat bayangkan tak warna dia? Ala boleh la ek. Actually, baju ni tak plan nak beli pun. Tapi sebab mama kesian bila aku buat muka takde perasaan je tengok kain ela lawa-lawa time mama shopping kat Nagoya, so dia pun offer la aku kain untuk buat baju. Dan aku pun dengan malu-malu kucing pilih kain harga RM 16 semeter. Amboi kau lawan tokey nampak? Aherher again, mianhamnida omma~


Gemoks overload. Pair up dengan mermaid lycra skirt harga RM 25.


Ke mana tumpahnya kecantikan ibu kalau tak ke anak. Eceh (>.<)


Raya pertama dia Aaron Aziz. Raya keempat dia Awal Ashaari (-_-#)


Time keluar hari ni pun tak de bergambar dengan abah. Huarggg seteghesss pulak kite ni. Oh btw, disebabkan aku ni dua beradik je dengan Nabil, dan jantina kami pulak tak sama, so kami ni akan sentiasa rasa left out among our cousins. Aku tak tahulah kami ni ke yang bermasalah nak bergaul, atau lumrah anak tunggal (in our case tunggal untuk jantina masing-masing. Tak paham takpe. Kahkah) akan ada krisis macam ni. Bila family belah abah buat apa-apa majlis ke, aku selalu berkepit dengan mama je sebab aku susah sikit nak rapat dengan orang bila jarang jumpa. Perangai macam baby kan aku ni. Mengada-ngada betul.


Tapi aku sedar, umur aku makin meningkat. Sampai bila aku nak terbawak-bawak sikap 'baby' aku tu. Lambat laun aku kena jugak keluar dari comfort zone aku, which is mama yang sentiasa bersama aku 24 jam melainkan bila aku kat kampus je. Aku dah kena stop tunggu orang untuk bercakap dengan aku dulu. Sampai bila aku nak hidup dengan dicop sebagai sombong. Ehm aku dah lali kalau orang gelar aku sombong. Just don't judge a book by it's cover. Aku mula je nampak sombong. Tapi bila dah betul-betul rapat, tak larat nanti nak layan aku punya gedik. Muahaha okay udah ler tu mengadu kat blog. Buat malu je bila orang baca. Ehekss sekian laporan untuk raya tahun ini!


Ze gurls cousin. Umur kami dekat-dekat je. Jarang kot aku bergambar ramai-ramai dengan dorang T_T



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...