Tuesday, August 27, 2013

Penjagaan Kulit Muka Dengan Dnars Skincare

Assalamualaikum. Sebelum ni aku pernah review pasal Dnars Skincare tapi aku tak go into detail tentang macam mana cara penggunaan yang betul. Aku just tunjuk tekstur dan rupa krim tu je. Tentang berapa lama sekotak tu boleh tahan, macam mana cara nak guna aku langsung tak cerita. Haha sorry. Yela entry tu pun dah panjang berjela. Kang aku cerita pasal cara penggunaan pulak ada yang benci nak scroll sampai bawah. Hehe mianhae. Okay sesiapa yang nak baca pasal review tu dulu, boleh click sini.


Aku gunakan set normal/jeragat dan toner treatment. So aku cuma boleh share penggunaan untuk set ni jela. Mungkin lain orang lain cara. So terpulang okay. Jom tengok packaging dulu. Gambar recycle dari entry review hari tu. Yang ada dalam set tu cuma krim siang, krim malam, sabun beras dan sabun collagen. Sekotak RM 59.90 dan toner tak termasuk set ya. Toner tu add on. Harga toner treatment RM 21.90



Cara penggunaan:
Pagi - cuci muka dengan sabun collagen, sapu toner treatment dan krim siang
Petang - muka kotor sebab peluh dan debu. So bersihkan guna sabun beras
Malam - cuci muka dengan sabun collagen dan sapu krim malam. Untuk malam esok, guna toner treatment. Guna secara selang seli. Tak boleh guna toner dan krim malam sekaligus


So far aku dah hampir 6 bulan guna Dnars ni. Okay dengan kulit muka aku. Dia memutihkan ikut tona asal kulit kita. Tak de la nanti muka terlebih putih dari tangan. Lelaki sekarang dah pandai okay. Dorang tak percaya dah tengok muka putih melepak ni kalau tangan hitam berkerak. Lalala.. 


Untuk sekotak biasanya tahan 3 bulan. Tapi sabun tu tahan lagi lama berbanding krim. So nasihat aku, seeloknya tak payah potong sabun tu kecik-kecik sebab kononnya tak nak cepat habis. It is better kalau dua-dua sabun tu habis dalam tempoh yang sama dengan krim. Sebab beli sekotak ni lebih jimat berbanding nak beli krim sahaja. Krim mahal. Huhu ni pengakuan ikhlas. Kalau mahal aku cakap, kalau murah pun aku cakap. Heheh


Next aku nak try krim kuneng pulak sebab katanya krim kuneng ni berkesan untuk hilangkan parut jerawat. Kalau tak nak beli dan harapkan set ni sahaja untuk hilangkan parut tu pun boleh je. Tapi lambat sikit la nak hilang. Aku gelojoh sikit bab-bab macam ni. Haha.. oh in case if you are wondering kenapa toner dengan krim malam tu kena pakai selang seli? Sebab aku dah penah cuba pakai krim malam secara berterusan dan tak de kesan positif langsung. Bila aku back to the actual routine, baru kulit muka aku ada perubahan. Dan after korang dah pakai krim malam/siang atau toner, please jangan usik jerawat-jerawat kat muka tu lagi dah. Sebab tangan yang kotor tu akan menyebabkan jerawat bertambah bengkak.


Both picture without makeup & no Camera360 edit


Sekarang bila muka dah glowing gitu ada la beberapa compliments yang aku dapat. Tak tahu ni perli ke ikhlas. Tapi aku anggap ikhlas la yer sebab hati aku kan suci bak minyak masak Seri Murni. Mana reti nak agak orang tu dengki ke tak. Hehekkss jangan muntah! Raya hari tu sedara mara aku heran tengok muka aku putih. Siap kata putih macam mat saleh. Huahua over dan ada yang kata kat mama aku "anak akak tu model. Mestilah pakai lawa-lawa" Erk model? Mohon doakan ya makcik >.<  Dan sekarang bila beli tudung warna terang mesti gediks tanya penjual tu, "Sesuai ke warna ni dengan kulit saya?" "Sesuai dik sebab muka adik cerah" Hmm I wonder is it a merketing strategy? 0.o


Berminat nak beli? Boleh PM saya di


14 comments:

  1. salam. nak tnyak, boleh tau bila sis akan guna krim kuning tu ye? malam ke siang?

    ReplyDelete
  2. Nak tnya..sy pkai set normal tp whitehead byk la.. ptt ke sy tukar then pakai toner treatment?

    ReplyDelete
  3. Nak tye...i br je start gune product dnars...pada mulenye ok tp skrg byk peeling off...dan sabun pulak rase pedih bile gune...ni smua biase ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peeling halus2 ke kasar? Kalau halus, tu normal. Bab sabun pulak, semua jenis sabun beras tak kisah apa brand pun memang pedih. Lama2 nti bila dah serasi baru ok :D

      Delete
  4. Saya ada jerawat sikit2 tapi saya dah terbeli set normal n toner collagen.takpe ker saya pkai toner collagen tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Tapi kalau nak cepat kecutkan jerawat tu better toner treatment. Toner collagen elok utk firm kan kulit ^^

      Delete
  5. Sy guna sbun beras siang,sbun collagen mlm..lpas smggu guna, peeling kasar gila..kulit kering smpai luka..lagi2 dduk dlm aircond..kwn ckp sbun collagen xpyah guna..sy stop jap skrg..min tlong ap pndpt sis ?? O_o?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya yg buatkan kulit terasa kering tu ialah sabun beras. Maybe awk jenis kulit kering. Sebab tu mengelupas sampai luka. Awak ada pakai toner ke tak? Kalau ya, sy cadangkan awk skip pakai toner dulu.

      Untuk kegunaan siang pulak, boleh apply any moisturizer dulu sebelum pakai krim siang dnars. Kalau tak berani try moisturizer, awk boleh apply aloe vera. Sapu nipis je untuk lembabkan kulit sebelum pakai krim siang dnars tu ya :)

      Delete
  6. Sy ada masalah mcm sis .. Suka tukar2 product.. Lastly jerawat bnyk kuar..
    Wahh sedihnya.. Skrg sy try guna set kulit sensitive xpa ka??
    Yg sy x fhm toner n krim mlm x boleh guna sama2? Apa mksd dia sis?
    Boleh terang kan??

    ReplyDelete
  7. Hi sis.. Sy pun ada masalah mcm sis ni.. Suka tukar2 product
    Last skali muka sy naik jerawat.. Agak teruk la jg kat dahi n pp..
    Slama ni sy jarang naik jerawat kecuali dtg bulan? Huhuju..
    Skrg ni sy da beli dnar set sensitif xpa ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Jerawat batu teruk ke? Kalau teruk boleh start dgn set sensitif dulu. Bila dah mula ok, boleh tukar ke set normal pulak :)

      Delete
  8. Hi sis , nak tnya beh x guna tumeric dnars tu je without toner apa smua hh ? boleh x ?

    ReplyDelete
  9. Sis saya pakai toner tu siang n malam. Indeed i x skip pun, everyday i guna. But, sometimes muka saya jd sunburn or merah2 gelap. Npe ea

    ReplyDelete
  10. Salam, taktau la awk dapat baca ke tak comment ni. Haha. Nak tanya lepas habis guna sekotak dnars ni, kita pakai la semula toner treatment n sabun beras ek? Sy pakai set normal. Sy tengah pakai toner collagen n sabun collagen sebab toner treatment and sabu beras dah habis.. Cuma nak tau lepas habis ni nak back to pakai toner treatment n sabun beras or truskan pakai sabun n toner collagen?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...