Sunday, August 25, 2013

Review: Contact Lens

Assalamualaikum. Happy Sunday semua! Hola hari ni aku nak cerita pasal contact lens. So far, aku dah guna dalam 4 lens. 2 lens berbeza, 1 lens yang sama aku repeat order sebab lens dia comel sangat-sangat. Actually mata aku tak rabun tapi tu lah kan saja mengada nak pakai lens. Tengok sepupu kawen mata lawa je pakai lens kaler biruww so iols pun rasa teringin la jugak nak merasa bermata warna warni. Padahal bukan nak kawen pun. Saja nak pakai time dating. Kahkahkah


My first purchased lens was Sugar Candy warna violet. Masa aku tengok satu-satu album lens, yang lain design pelik-pelik yang over the top. Ehm tapi yang Sugar Candy ni design dia simpe gila. Just color at the middle, and black ring surrounding it. Oh ya, sebenarnya black ring tu la yang boleh buatkan effect mata nampak besar bila pakai. Aku pernah baca pasal ni kat mana entah. Lupa. So nampak je lens yang ada black ring ni, terus aku order warna violet. Comel sangat-sangat okay. Walaupun aku beli warna violet, tapi bila kat dalam building, warna violet tu tak ketara sangat. Just nampak macam kita pakai lens warna hitam. Tapi bila jalan bawah panas terik, tu dia nampak mata warna purple. Ehe tapi tak de lah purple sangat macam alien. Just nice :D


Above: Model wearing Sugar Candy violet
Below: Myself wearing Sugar Candy violet


Next lens aku beli ialah Disney Hurricane warna grey. Yang ni memang design dia macam hurricane dan warna dia pun agak terang walaupun warna grey. Aku pakai sekali je lepas tu tak pakai dah sebab pelik sangat muka aku dengan mata warna macam tu. Dah lah pakai time pergi open house rumah kawan. Mak bapak dia dah pandang pelik je kat aku. Huhuh


Even dalam bilik pun nampak grey dia. Cuba bayangkan bawah panas terik? Over gila!


Bila aku punya Sugar Candy violet dah expired dan dah kotor sangat sebab selalu jatuh je time nak pakai, so aku beli lagi yang baru. Warna violet jugak. Hee aku kalau dah sekali suka, memang sampai bila-bila aku stick tu je. Selain Sugar Candy, aku beli lens design lain jugak, Bling 3 Tone. Kali ni alhamdulillah tak over bila pakai. Macam biasa, warna pilihan ialah grey. Eee mengada betul. Kalau nak nampak natural sangat baik tak payah pakai lens ye tak? Huhu xD





Full picture. Macam annabelle doll tak? Mweheheh


Mana nak beli?

Price RM 20 only!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...