Saturday, August 03, 2013

Review: Smelly No More



Ini merupakan post yang panjang. Tapi worth reading :3 So, tahukah anda deodorant biasa mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang? Tak tahu? Okay let me tell you the ingredients (ingredients? 0.O) content in them. All source dari wikipedia dan dijelaskan mengikut apa yang aku faham. For actual reading, click here. Kalau fakta menyimpang, maaflah sebab ni la dia bila budak komputer tiba-tiba nak cerita pasal bio. Ahaks so let's! 


Aluminium - boleh menyebabkan Contact Dermatitis. Ever wonder how it look like? See the picture below. Btw ni bukan gambar ketiak aku tau (-_-#) ni gambar dari wiki. Hahaha #lawakhambar. Berdasarkan wikipedia, sesiapa yang alah pada produk yang mengandungi aluminum berpotensi kena ni. So check sama ada kulit korang ada tak rashes camni. Sebab tak best la kan muka licin flawless tapi ketiak camni :(




Zirconium - Boleh menyebabkan Granuloma. Amende pulak la granuloma ni. Zzzz.. okay berdasarkan apa yang aku faham di wiki jugak granuloma ni macam satu bentuk inflammation. To go deeper, granuloma ni berlaku sebab macrophages membengkak (Macrophages: sejenis sel darah putih yang bertujuan untuk makan foreign substance yang sesat dalam darah) . Macrophages ni lepas dia makan substance yang disangka foreign, dia akan berak la haha sama la macam manusia. Kalau dah makan mesti kita excrete waste products kan. Tapi malangnya dia tak boleh nak buang. Maka terjadilah bengkak. Ok got it? Hm payah nak terangkan :/

Under microscope. Aku tak sanggup letak gambar real inflammation. Lagi geli. Haha


Propylene glycol - Biasanya dalam antiperspirant yang berfungsi stopkan perpeluhan dan dalam deodorant jenis spray. Perasan tak bila guna deodorant spray ketiak rasa kesat je kan? So ni la puncanya. Sweat duct tersumbat dek benda alah ni. Peluh berkumpul je dalam sweat duct. Kesian badan kita toksik tak boleh keluar :(

Potassium alum - Nama melayunya tawas. Wakaka terkejut aku wikipedia pun tau nama tawas  >.<  Bahan ni merupakan weak irritants kepada kulit.


So atas tadi antara benda tak best yang ada dalam deodorant. Actually aku ni suka pakai deodorant jenis spray sebab kalau stick and roll on aku tak selesa bila berpeluh. Tapi bila aku tahu pasal bahan-bahan bahaya ni, aku try la tengok chemical substance yang ada dalam deodorant. Apa yang buatkan aku aware pasal ni bila member aku kata tak elok guna deodorant yang ada aluminium ni sebab boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang. So I look for other type instead of spray. Daripada Rexona yang mostly produk diorang mengandungi aluminium, aku tukar ke Safi. But well paham sendiri la bila guna produk yang major dorang bukan deodorant ni. Bau tak tahan lama macam Rexona. Tak sampai berapa jam dah berbau tiak itew. Ahak malu plak. Jadi apa penyelesaian untuk ini? Jengjengjeng drumroll pliss~


Smelly-No-More. Ehm bosannya packaging dia :|


Aku selalu nampak benda alah ni kat Watson tapi aku tak pernah minat nak beli sebab aku fikir, "Ewww gosok batu kat ketiak? Kita hidup zaman bila ni weh?" Kahkahkah tak sangka batu ni sebenarnya lagi elok dari commercial deodorant. Boo me. Dia ada dalam 2 size. Size aku beli ni kecik sikit harga RM 16.90 dan yang besar RM 20++. Tapi yang besar payah nak jumpa kat drugstore. Kalau kat farmasi insyaAllah ada. 


Cara guna, senang je. Just basahkan benda ni dan gosoklah tempat yang ingin digosok. Bukan ketiak je boleh, kaki yang berbau pun bisa juga. Benda ni tak berbau pun bila disapu. So boleh ke badan aku bertahan tanpa mengeluarkan bau pelik bila berpeluh? Jawapannya boleh! :D  Dia tahan selama 12 jam. Berpeluhlah banyak mana pun, ketiak anda takkan berbau. We~ Dan bolehlah sembur perfume banyak-banyak kat baju sebab lepas ni takde la confuse lagi mana satu bau deodorant, mana satu bau perfume kan2? So why not give it a try? Apa? Mahal? Ala awak ni. Expire date deodorant ni 5 tahun. Berbaloi la dengan harga dia kan? :3


8 comments:

  1. yes u should sbb produk ni bagus ^_^ tq sbb sudi baca.. :D

    ReplyDelete
  2. Dah try! Tapi sayang, jatuh berkecai. Bila sapu kat tiak, terasa tajam2. at the end, terus tak pakai2 dah. Tapi serius benda ni bagus. Tiak langsung tak berbau, baju pun tak kotor dgn deadoran lagi.

    ReplyDelete
  3. shira: yup kena hati2 sbb senang pecah. Huu tu je yg xbest pasal deo ni. yang lain sume ok!

    ReplyDelete
  4. teriamakasih banyak... ternyata ada dampak burknya ya...

    ReplyDelete
  5. Jus nk tnya..ble sapu tuu kne bgi air die kering ke cmna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope sapu masa basah. and after that biarkan kering before tutup 😊

      Delete
  6. Pas pakai batu ni..tak payah pakai deodorant lg ke? Ke camne.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...