Tuesday, August 06, 2013

Review: Tony Moly Pocket Bunny Face Mist



Facemist yang aku beli ni produk dari Korea. Well, tengok packaging yang comel macam ni pun dah boleh agak asal dari mana, ye dak? Under brand Tony Moly, facemist ni diberi nama yang agak panjang iaitu Tony Moly Pocket Bunny Face Mist.


Facemist ni ada 2 jenis satu sleek dan satu lagi moist. Yang aku beli ni moist. Sleek untuk oily skin dan moist untuk dry skin. Kalau combination skin, dua-dua pun boleh guna. Aku beli moist sebab aku tak tahu sebenarnya muka aku ni jenis oily ke dry. Hahah ni pun pilih moist sebab botol dia comel sikit dari sleek. Heh boleh alasan gitu?

Brief description pasal Sleek. Source


Brief description pasal Moist. Source


Ingredients dalam Sleek.

Ingredients dalam Moist.


Dalam minggu lepas parcel aku sampai. Kecik comel je benda alah ni. Alolo rasa nak gigit-gigit je haha. Facemist ada banyak kegunaan dia. Antaranya:

  • Untuk segarkan kulit muka yang lesu. Bila mengantuk pun boleh spray. Nanti segar balik.
  • Lepas makeup boleh sembur kat muka untuk ratakan makeup dan buatkan makeup kekal lama.
  • Sleek: Boleh control pengeluaran minyak kat muka.
  • Moist: Melembapkan kulit kering.



Toki ya, waeyo neomu kyeopta? (Dear bunny, why u so cute?)


Ok, bagi aku yang baru berjinak-jinak nak mekap ni mestilah teruja nak sembur kat muka bila lepas mekap kan. Ihiks.. so aku pun semburlah. Dah lama lepas sembur tu baru aku perasan muka aku jenis oily. Dalam kata lain aku buat keputusan salah dengan beli moist instead of sleek. Adeh.. tak dapat nak puji produk ni betul-betul best ke tak. Hahah sorry review tak menjadi. Tapi sebab botolnya yang comel, muka berminyak pun wa layankan aje. Aku sembur je tiap kali lepas mekap. Heheh.. tapi bab mekap kekal lama tu aku puji la. Memang betul pun, mekap I maintain cantik uols walaupun minyak dah banjir kat T-zone. Wkwkwkw~ Okay, nak beli kat mana? 


Facebook: Back To Basics


Mohon sepak pompuan ni (-_-#)



2 comments:

  1. awww.. comeynye!! Ni yg berminat nk try ni. Ishk tapi kena order lepas raya la nampaknya ^_^

    ReplyDelete
  2. shira: comel gila kan. ble buat comel2 camni la rs nak beli lg buat koleksi. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...