Thursday, September 05, 2013

2 in 1

First story

Assalamualaikum! Lagi beberapa hari aku akan mulakan semester 5 yang bermaksud, aku dah masuk final year. Phew tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je semalam jadi junior berhingus yang merayau-rayau sekitar fac mencari kelas. Sekarang dah nak jadi senior dah kau kan. Tapi to be honest, I don't really fancy this senior-junior thingy. Entahlah tak berapa reti nak describe sebenarnya sebab bagi aku semuanya sama regardless of what their age is. Yang penting kau matang. Tak guna kalau dah masuk semester 5, tapi still lost dengan masa depan bila habis degree nanti (cakap depan cermin). So this is my class time-table for semester 5. Subject dah kurang 1 pun still tak best jadual ni sebab ada kelas petang yang critical woi! Time yang critical untuk aku melelapkan mata. Lalala




Yang buat aku gila ketaq lutut bila sem 5 ni dah kena start buat proposal untuk final year project. Idea dah ada dan dah siap download lagi dokumen yang berkenaan dengan idea projek FYP aku ni. Kononnya time cuti nak revise la sambil-sambil tu try kenal new programming language. Tapi hampeh. Tengok title document tu pun dah cepat-cepat aku tutup tab. Dah tu macam mana? Haizz.. I don't want to grow old :( Kalau boleh nak jadi infant je yang kerjanya makan, tidur, main. It's a bliss. 


Second story

Dah hampir 3 minggu aku set up my own FB shop. Shop aku ni dikira macam rojak jugaklah sebab banyak benda aku jual. Haha! Apa yang aku pakai, aku jual. Tapi aku tak jual baju kat shop tu sebab risau fabric atau design tak sama dengan gambar etc. Lagipun dah banyak online shop yang jual baju. So I chose makeup and accessories as my major selling item. Selain tu aku ada juga jual skincare Dnars yang aku pakai sekarang ni di shop tu.





So far dalam 3 minggu ni produk Dnars memang dapat sambutan. Alhamdulillah ada la rezeki sikit-sikit. Cuma accessories dengan Korean makeup line yang tak berapa nak jalan. Oh ya, aku jual contact lens jugak. Haha see, rojak betul kedai aku ni sampaikan aku sendiri tak tahu nak kategorikan kedai ni sebagai apa -.-


Secara terus terang, aku hanya jadi dropship dan semua barang tu memang tak ada dalam stok simpanan aku. Ada jugak yang PM nak jadi dropship aku tapi nak buat cane awak, kite pun dropship jugek. Maklumlah student kan, manalah aku ada masa nak pergi pejabat pos nak pos barang apa semua. Tak larat mak nok. Kahkah so sebagai langkah mudah, aku just jadi agen dropship. Untung pun tak ada banyak sangat tapi cukuplah buat duit poket jalan-jalan tengok wayang ke.


Disebabkan aku ni jenis lembik hati tisu, bila kena marah dengan customer pun terus rasa down sampai nak stop business. Ya, seawal 2 minggu aku dah rasa give up. Aduhai memang tak ada bakat nak ikut jejak langkah parents berniaga la. Jiwa tak kental. Sobs.. Aku mengadu kat kawan lepas tu dia pun marah. Haha okay tak jadi nak quit. Teruskan jelah lagipun giveaway sempena pembukaan page tu pun tak tamat lagi. Apa cerita nak muflis pulak kan? Hewhew..


Pada sesiapa yang tengah membaca sekarang, ada masa sehari lagi untuk join giveaway Back To Basics. Ada 3 hadiah lumayan (lumayan ke?) yang aku tawarkan. Cepat sebelum terlambat!


Click banner to join!


2 comments:

  1. Pack nye jadual kelas, aku kelas 3 hari jee. haha. tapi jeles kau dah nak habis +__+

    ReplyDelete
  2. mya: nak habis awal kena la jadual sepack mungkin. klu 4 taon mcm ko mybe byk jugak lompong jadual ni. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...