Sunday, September 08, 2013

Catalyst VCO: Berkesan ke?




Assalamualaikum. Baru-baru ni entah kenapa aku tiba-tiba tergerak hati nak makan Minyak Kelapa Dara atau lebih famous dipanggil Virgin Coconut Oil (VCO) dalam bahasa Jawanya. Haha banyak kali juga nampak online shop yang jual VCO ni tapi masa tu aku tak rasa berminat nak mencuba. Tapi minggu lepas dalam pada aku bosan online tak tahu buat apa, so aku pun Google la kebaikan VCO ni. Jom kita check sama-sama khasiat VCO:

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)
7. Menghilangkan panau/ strechmark sebelum/selepas bersalin
8. Mendapatkan berat badan ideal bagi org yang sangat kurus
9. Melebatkan dan Mempercepatkan pertumbuhan rambut.
10. Menghilangkan kelelmumur/ gatal2 dikepala/ rambur gugur.
11. Boleh sapu di di bekas-bekas jerawat / luka / melecur / ruam

 Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)
11. Menghilangkan masalah sengugut
12. Sebagai Milk booster (membanyakkan susu ibu )
13. Kandungan Asid Laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak
14 .Memudahkan bersalin(pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby.
15. meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
16. melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes
17. mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
18. meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.
19. melindungi diri dari serangan osteoprosis (proses pereputan tulang)
20. mencegah risiko sakit jantung
21. mencegah atherosclerosis (penyempitan saluran darah akibat lemak terkumpul) dan strok
22. membantu menurunkan tekanan darah tinggi


Tak rasa macam terlampau banyak ke khasiat dia? Haha ni pun aku main copypaste tanpa baca semua. Malas! Tapi antara kebaikan yang menarik perhatian aku haruslah yang nombor 1 iaitu menguruskan badan. Kehkeh pandai diorang tarik perhatian pelanggan gemuk macam aku ni. Hewhew.. selain tu juga aku tertarik dengan khasiat VCO yang kononnya mampu menghasilkan tenaga, melembutkan kulit dan menghilangkan rambut gugur. 


Aku perlukan semua tu lagi-lagi yang membuatkan diri sentiasa segar tu. Sebab next week aku dah start kelas dan kelas pulak banyak yang pukul 2 sampai 6 petang yang merupakan waktu aku paling lemau. Zzz so I really need something to maintain my stamina. So let see next week sama ada VCO ni mampu ke tak buatkan aku kekal bertenaga sampai habis kelas. Heh..


Banyak juga review yang aku baca mengatakan VCO ni boleh melembutkan kulit. Yes, luaran aku dah pakai Dnars. Dalaman mestilah nak kena topup supplement pulak kan. Niat asal nak makan Beutskin. Tapi mahal bebenor tak mampu iols nak tanggung. Luls so kita pilih yang murah ek. Aku nak tengok mampu ke tak VCO ni melembutkan kulit aku dan paling penting, kurangkan masalah rambut gugur aku ni.


Aku dah beli Selasa lepas dan ada la dalam 4 hari aku makan VCO ni. So far belum ada any visible changes. InsyaAllah dalam sebulan baru nampak kesan kot? Hm okay takpe kita positif. Harga RM 39.90 sebotol. Ok kali ni aku tak jual dan tak promote FB page sendiri lagi. Haha kalau nak beli ni boleh ke page Catalyst Virgin Coconut Oil. Banyak lagi produk Catalyst yang dijual di situ. Mohon singgah ye :D


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...