Friday, September 06, 2013

My Favourite Wallet ♥

Assalamualaikum dan hola people! Today nak cerita pasal wallet yang aku dapat baru-baru ni. Cantik gila habaq hang. Sebelum ni boleh dikatakan aku ni bukan penggemar wallet panjang sebab aku selalu dimomokkan dengan kejadian ragut yang berleluasa kat area perumahan aku ni. Lagi-lagi mama aku tak galakkan aku bawak sling bag bila jalan kaki sorang-sorang. So aku agak terbiasa dengan wallet kecik yang jenis boleh sumbat masuk dalam poket ni. Senang jalan lenggang kangkung je. Peragut pun tak ada masa nak jeling tengok aku kot-kot ada rumput handbag yang boleh diragut.


Bila aku zaman sekolah dulu aku mampulah nak maintain wallet kecik cenonet macam tu sebab bila umur bawah 17 aku tak pegang banyak kad. Kalau ada kad time tu pun cuma IC je. Tapi bila habis je SPM, macam-macam jenis kad aku kena pegang. IC, lesen kereta sampai 3 (L,P,kompeten) dan kad Bank Islam. Time ni pun wallet kecik aku dah mula merekah. Lagi pulak aku ni suka sangat kumpul syiling. Luls memang koyak la kan. Nak tengok wallet kecik aku macam mana?


Pejam mata je tengok bantal busuk tu k. Ahakk yang warna biru gambar kartun tu wallet iols :3


Dah lah wallet kecik, gambar kartun pulak tu. Aku tak tahu macam mana aku boleh buat muka selamba keluarkan wallet ni time beli makanan waktu aku asasi dulu. Tak fashionable langsung  T__T  Bila agak-agak wallet biru tu dah tak mampu tampung kad-kad semua tu, aku beralih ke wallet panjang. Take time juga nak sesuaikan diri dengan wallet panjang ni sebab tak muat masuk poket kan. Lepas tu tiap kali keluar sekarang ni pun kena bawak handbag. Seriau je rasa bila jalan sorang-sorang nak pergi LRT  T__T


Malangnya wallet panjang tu pun tak mampu nak tampung kad aku yang banyak bertingkek-tingkek ni. Haizz wallet kembung dengan kad je. Kahkah kali ni dengan kad Maybank, Watsons membercard, student card bla3 tak larat nak list. Huhu so beli lagi wallet baru dan yang paling baru ni sumpah cantik gila! Dan compartment untuk kad pun memang banyak gila! Dah la warna pun ya ampun comelnyaa. Hehe sayang sangat wallet ni 


Different compartment for cards and money

Warna pilihan aku. Sweet kan?


Real look on my hand. Cantik gila okay!


 Bahagian kad


Bahagian duit




Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan wallet ni. Bila aku tunjuk kat kawan-kawan semua kata comel dan kagum sebab ada different compartment untuk duit dan card. Seriously awesome kan. Mana nak jumpa wallet cantik macam ni kat luar. Tell me. Huhu harga RM 40 sahaja. Banyak lagi warna yang available. Dan ada jugak design lain yang comel-comel. But so far, this one aku tak jumpa lagi kat luar. So apa lagi? Tak teringin ke nak ada wallet yang.. haih aku tak larat nak puji lagi ni. Huhu jom beli kat FB shop saya:


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...