Sunday, September 15, 2013

Review: Bio-Essence Bio Multi-Effect BB Cream




Assalamualaikum. Panjang sangat nama barang kali ni haha. Aku sendiri ingat-ingat lupa apa nama penuh BB cream ni sebenarnya. Okay sebelum aku guna produk Dnars, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku guna BB cream Maybelline. BB cream ni best sebab apa tau. Sebab kalau kau pemalas macam aku, benda alah ni sangatlah sesuai sebab BB cream ni je dah boleh jadi foundation, concealer, sunblock, moisturiser, oil control, healing properties, dan macam-macam lagi lah. Tapi bila aku dah start guna krim siang Dnars, aku malas dah nak pakai BB cream sebab tak selesa muka rasa tebal 3 inci dengan macam-macam jenis produk -..-


Tapi aku naik sem hari tu roommate aku nak let go 2 jenis BB cream kat aku sebab dia tak pakai. Dia jual BB cream dari Maybelline dan Bio-Essence dengan harga RM 15 only. Yang Maybelline tu aku dah pernah guna. So kali ni aku nak try yang Bio-Essence tu pulak. Apa yang aku boleh kata dengan BB cream Bio-Essence ni ialah coverage dia best gila dan bau dia wangi. Texture dia agak likat. FYI, BB cream ni cuma ada 1 shade je. Masa aku mula-mula picit tu, risau jugak sebab warna dia macam gelap sikit dari warna kulit aku. Tapi bila dah sapu kat muka, dia naturally blend dengan warna asal kulit kita. Tapi bila terlebih sapu, muka jadi terlebih putih pulak. Lols aku la tu mengada pi picit banyak-banyak pehal.





Tak seperti BB cream Maybelline, BB cream Bio-Essence ni dia tak terlampau sheer. So dia mampu cover blemishes kat muka bagi muka nampak flawless gicheww. Disebabkan coverage BB cream Bio-Essence yang superbest ni, aku google la harga dia sebab berkenan nak beli lagi next time. Tapi bila dah tahu harga, erk RM 57.90 luls mahalnyew. Aku rasa kalau roommate aku tak kenalkan aku dengan BB cream ni, aku pun tak hingin beli sebab mahal sangat. Choi nampak sangat kau ni kedekut Anis. Bhahaha yela nice quality product haruslah a lil bit pricey. Ye dak?




Oh ya, Bio-Essence ada lagi 2 jenis BB cream yang lain iaitu Bio Platinum dengan Aqua BB Cream. Aku jumpa Bio Platinum kat farmasi hari tu dan harga dia dalam RM 70++ Function setiap BB cream ni berbeza tau.

Bio Platinum untuk whitening
Aqua untuk melembabkan kulit
Bio Multi-Effect untuk flawless skin

2 comments:

  1. sy guna bio essence bb cream 10in1, mmg ok n thn lama..tp bile terjebak dgn doll fundation sendayu tinggi terus tiggalkn tp time tu bb cream pn dh tinggal ckit. Rase nk guna balik bio essence bb cream tu sbb doll foudation tu lps 3jam ke ats die mula lost n bertompok plk.. for best result..doll f'dtion ni kene apply basic f'dtion dulu sblm apply doll f'dtion. klau gn utk makeup pengantin or model sesuai r kot sbb gn berlapis-lapis cream. Tapi klau utk harian bb cream is better..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bru nk guna bb cream bio essence,kulit sy oily nk guna yg mna ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...