Sunday, September 22, 2013

#whatpubertydidtome

Found an epic picture of me and decided to compare myself from 9 years ago with the current one. Ya ampunnn ni bukan gambar testimonial Aurawhite ke Beutskin atau apa-apa yea anak-anak. Haha ni wajah kat IC aku masa umur 12 tahun. Nasib baik aku ada snap gambar rare ni sebab IC lama tu aku dah ganti baru. Tak sanggup weh nak guna IC umur 12 tahun sebab dasyat sangat muka dalam tu.


Aku ingat lagi masa mula-mula dapat IC tu aku rasa nak je patahkan dan buat baru sebab aku sendiri tak percaya muka aku sedahsyat tu. Tiap kali cikgu mintak salinan IC, aku rasa berat hati sangat-sangat nak tayang muka IC aku. Hmm dan yang paling aku tak boleh lupa waktu aku SPM. Kan IC kena letak kat bucu meja. Ada sorang pengawas lelaki ni dia pusing-pusing kelas dan tiba-tiba dia stop kat meja aku. Dia belek IC aku lepas tu dia tenung muka aku. Tak percaya lettew muka iols dah lawa. Kahkahkah nasib baik ada slip peperiksaan. Kalau tak aku dah kena tuduh menipu ke camne nanti. Haha


So bila umur masuk je 18, cepat-cepat aku ajak parents pergi tukar IC. Yang baru ni walaupun tak de la selawa mana, tapi senonoh jugaklah muka tu. Ada la sikit muka yang sekarang ni. Daripada muka umur 12 tahun yang berdahi luas, mata sepet, bibir tebal tu. 


#whatpubertydidtome



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...