Wednesday, October 16, 2013

Taman Botani

Assalamualaikum! Dalam 3 minggu lebih juga aku tak update blog pasal diri sendiri. Previous post dok sibuk sembang dan promote aku punya new FB shop yang jual tudung tu. Bagi sesiapa yang tak baca entry tu lagi, ni ha nama page tu Pure Hijabs. Buat masa ni ada la dalam 5 koleksi tudung aku update kat situ. Huhu ok dah cukup tutup cerita pasal kedai tudung aku tu. La ni nak cerita pasal aktiviti yang aku buat minggu lepas dengan kawan aku.


Kitorang memang dah plan nak merayau minggu tu lepas habis kelas tapi tak tahu destinasi mana nak pergi. Macam-macam tempat jugak aku cadangkan last-last pilih untuk ke Taman Botani Putrajaya. Aku pergi dengan makcik Nisa ni ha. Then lagi 2 orang anak ikan belaan beliau. Kahkah yang sorang anak ikan tu hensem. Choii mohon zip mulut anis!


Nak tunjuk background Masjid Besi Putrajaya. Takde niat pun nak menunjuk ibadah.
Wahh gitewww caption kau.


Ha ni baru betul nak tunjukkan keindahan masjid :')


Yang ni, keindahan cermin maybe?




Gerak dari kampus pukul 11.30 lepas tu uruskan macam-macam hal solat, mekap, makan pungpang pungpang semua pukul 4 baru sampai Taman Botani. Kami ada masa sejam je nak round Taman Botani tu sebab taman tutup pukul 5. Hek eleh tak remaja betul tutup awal. Lol.. Untuk jimat tenaga dan masa (actually nak main-main sebenarnya) kami sewa basikal. 1 jam RM 2. Just nice la dengan timing kami sampai tu. Nisa dengan lagi 2 budak tu ambil mountain bike. Aku?


Oloh pink gitu. Kat seat belakang tu aku selit map Taman Botani.
"Akhirnya ada jugak penumpang kau, Shu" - Nisa. FINE.


 Sebelum kayuh kita pose dulu


Gambar ni agak suspicious sebab tiba-tiba dua2 tutup mulut O.o


Aku tak tahu apa nama tempat ni. Huahua


Syok sendiri 1


Syok sendiri 2


Aku suka gambar ni sebab nampak macam terencat. Kahkah


Aku rasa gambar ni artistik. K


Motif pandang atas? Oh ni pun artistik jugak. Hewhew










View kat sini cantik! Kecuali makcik 2 orang tu




Anak ikan 1. Wink2 hensem. Kuikui ;)


Anak ikan 2. Pandai ambil gambar kasi lawa bah.


Ok tu saja cerita di Taman Botani. Gambar kat atas mungkin akan membuatkan orang fikir bosan gila Taman Botani tu. Haha tolong jangan salah faham. Sebab kekangan masa, kami tak dapat nak masuk semua ceruk. Kami just ikut laluan trek basikal a.k.a tepi tasik je sebab nak cepat. Mengah dan berpeluh jugaklah mengayuh basikal kat situ. Dah lah pakai seluar jeans. Memang carik pasal. Esoknya terus demam dan ponteng semua kelas. Padan muka aku. Hewhew ok next tempat merayau mungkin Taman Rama-Rama pulak. Ok tu je bye!



1 comment:

  1. Hi, Atish join Nana Ameer's First Giveaway !!
    Wish me luck okayy, done blogwalking/followed your blog and follow me back okayy :D

    http://randomlyawesomeme.blogspot.com/2013/11/nana-ameers-first-giveaway.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...