Wednesday, January 30, 2013

Produk Kesihatan?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Wahh dah lama rasanya aku tak bangun awal pagi macam ni. Haha lain macam ayat. Dalam erti kata lain, selama cuti ni aku selalu bangun lewat. Hehe it's a good feeling you know wake up early in the morning *Yelah anis, yelah* Hari ni mula dengan azam baru. Uik lambatnya azam tahun 2013 aku? Tapi tak mengapa. It's better late than never kan kan??





So rutin pagi ni dimulakan dengan follow parents pergi hantar kuih kat kafe. Aku memang babygirl mama dengan abah. Mana dorang pergi aku follow je. Kadang-kadang aku macam tak percaya umur aku dah 21 -.-'  Lepas tu dorang bawak aku makan Mee Goreng kat kedai mamak sebab aku dah berapa hari mengidam nak makan Mee Goreng. 


Semalam pukul 12 malam boleh aku pergi ratah Maggi mentah campur serbuk kari. Tak cukup tu aku balun pulak 2 ekor ikan kembung goreng. Terkejut mama tengok aku selongkar dapur malam tadi. So acane tak gemuk kalau pukul 12 malam pun aku nak mencekik jugak? 


Jadi pagi ni, lepas mandi aku selongkar almari dan jumpa semula korset yang aku pernah beli online beberapa bulan lepas. Masa mula-mula beli aku semangat pakai. Seminggu straight pakai tak basuh-basuh. Punyalah semangat khenn. Tapi lepas dah cuci, terbiar elok dalam almari. 

Wootwoot cekci nyerrr


Aku beli slimming suit ni RM 40 hokeh? Macam mana mama tak bising. Beli mahal mahal bukan nak pakai. Well as you can see, slimming suit ni untuk satu badan. Sebab apa aku kata leceh bila pakai slimming suit ni? Aku sarankan kalian teliti betul-betul struktur slimming suit ni macam mana. Aku nak cerita pun rasa malu je. Ahaha.. Dia ada 2 saiz tau. Aku beli saiz yang macam model atas ni pakai. Ecehh jangan haraplah badan aku kurus lentik macam dorang atas ni. Actually slimming suit ni bukan ketat mana pun.


Masa aku mula-mula order punyalah risau kalau tak muat. Sekali pakai hek eleh macam baju mandi. Stretchable gila. So aku agak ragu-ragu jugaklah dengan keberkesanan benda ni. Hmm..





Sebelum aku pakai slimming suit ni aku sapu dulu losyen yang amat hot sekarang ni iaitu Felinna Inchloss. Baca testimoni kemain lagi hilang 4 kg dalam seminggu. Tapi ni dekat 2 minggu aku pakai tak berubah pape pun. Tapi aku masih positif. Sebab apa positif? Sebabnya aku berjaya mendapatkan losyen ni dengan harga murah. Half bottle harga RM 15. Haha serious happy and I'm very lucky. 


Kalau ikutkan harga sebenar dia RM 75 sebotol. Jangan haraplah kan aku nak beli barang mahal macam tu. Walaupun aku ni suka beli benda bukan-bukan, aku masih ambil kira soal harga. Disebabkan harga losyen yang murah, aku takde rasa terkilan sangat bila takde perubahan. Tapi apa yang aku suka pasal losyen ni dia amat wangi! So sekarang ni aku sapu losyen bukan sebab nak hapuskan lemak, tapi sebab nak badan wangi. Huhu :3





Lepas siap berpakaian semua, aku menuju ke dapur. Kali ni aku minum 2 sudu Bodymate Collagen Juice. Dah half bottle aku minum. Katanya hari-hari akan membuang bila ambil juice ni. Tapi nothing happen to me. Masih sembelit seperti biasa. Selain tu, kolagen ni boleh buatkan perut rasa kenyang. Tapi selera aku masih besar macam biasa  T___T  


Yang luar biasanya, masa mula-mula aku ambil juice ni aku 3 hari straight aku selsema dan batuk. Selama ni aku tak pernah selsema dan batuk seteruk tu. Aku assume maybe effect juice. Tapi seller yang jual juice ni kata kat aku juice ni tak ada healing effect. Habis tu apa yang berlaku kat aku sebenarnya? Oh ya, aku ada resdung dan boleh dikatakan setiap pagi aku mesti akan selsema. Tapi lepas aku selsema teruk hari tu, Alhamdullillah pagiku indah seperti biasa. Wah giteww.


Jadi inilah dia ketiga-tiga produk kesihatan (?) aku beli di internet. Cuti ni aku nak konsistenkan guna semua ni. Nak tengok betul ke tak semua testimoni tu. Manalah tahu nanti aku boleh turut menyumbang seketul dua testimoni kan. Bhahaha.. kbai.


Tuesday, January 29, 2013

Adikku Yang Kurus



Look at that fat boy beside me. Very plumpy cheek isn't it? Dan aku nampak sungguh cun dan flawless dengan kulit muka yang ala-ala glowing gitu *puih* Yeayy so meet my only boy yang gemar carik pasal dan carik gaduh dengan aku. Yang umur dah masuk 15 tahun tapi masih suka menyibuk tidur sebelah aku and kaki buli kakak dia yang lembik ni asdfghjkl. Gambar atas ni diambil masa Februari tahun lepas. Masa ni otw nak pergi family day dan secara tak sengaja tudung ekspres mama tersarung cantik di muka aku tanpa membuatkan aku kelihatan makcik-makcik. Wahaha what is this -.-


Now take a look pada gambar seterusnya. 
Scroll~




Scroll~




Scroll~




Scroll~







Whoaaa mana budak berpipi tembam ittew?? Gambar ni diambil pada bulan Disember tahun lepas. Point yang aku nak cerita sekarang bukan tentang wajah aku yang dulu flawless sekarang berlubang. No no no. Ni entry khusus sebagai penguat semangat untuk aku kurus. Aku jealous dengan adik sendiri. Dulu aku selalu ejek dia gemuk lepas tu dulu bila dia beli baju selalu tak muat dan aku lah yang gembira rembat baju dia. Tapi sekarang dah terbalik. Aku makin gemuk. Bila dia beli baju aku dah tak boleh share dengan dia sebab baju yang dia beli semua nak fit ikut badan dia je. Hampeh.. along nampak permainan kau dik.


Beliau berjaya mengurangkan berat badan dalam masa 6 bulan. Masa mula-mula dia diet tu memang tak nampak pun effort dia sebab waktu tu dia busy kawad. Makan pun langsung tak kurang. So aktiviti kawad la yang membantu bakar lemak dia tu. Hewhew.. Bila pertandingan kawad habis, dia busy dengan futsal pulak. Start dari situ dia dah mula tak heran dengan nasik, dengan fastfood whatsoever you name it. Imma happy kid sebab sekarang bila makan KFC ke, McD ke dah tak payah berebut dengan dia :D


Happy tu memanglah tapi yang untung dia. Adik aku makin kurus, aku makin gemuk. Dulu main futsal jadi keeper sekarang jadi defender. Tweethandle pun perasan letak nama Ashley Cole -________-"


Nampak macam ada dabelcin dan buncit!


You made it bro. Along iz jeles  T____T


Sunday, January 27, 2013

Food I Gonna Miss

Assalamualaikum~ Cuti semester aku dah pun bermula. Permulaan cuti semester kali ini dimulakan dengan aktiviti topup tidur. Heheh nak kata aku selalu stay up masa final exam hari tu la kiranya padahal non hado jelah. Topup tidur ni lebih kepada hawa nafsu je sebenarnya.


Mama kata sekarang ni aku dah makin gemuk. Adik aku makin kurus, aku pulak sebaliknya. Adakah semua lemak-lemak adik aku dah kena transfer kat aku? Hmm no idea. Tapi yang aku pasti, sejak aku tak duduk kolej ni selera makan aku menjadi-jadi. Yelah, kalau duduk kolej mana boleh keluar carik makan lepas pukul 11 malam. Bila duduk luar ni sumpah heaven gila. Kalau pukul 2 pagi agak-agak teringin nak makan tosai, just halo-halo je kat member suruh teman and wallah dapat makan tosai pada pukul 2 pagi. Wuu nikmat sangat uols  T3T




Kecoq lioq hoi tengok gambar kuey tiaw kungfu ni. Kueytiaw ni aku makan dengan roommate aku pukul 11.30 malam. Kedainya memang betul-betul bawah rumah sewa aku. Oh ya, aku menyewa kat townhouse. Kedai ni memang sedaplah. Even member aku yang ambil course kulinari pun mengaku akan kesedapan makanan kat kedai ni. Hehe.. 


Tentang harga, agak mahal bagi seorang student. Tapi worth it sebab kuantiti banyak. Ehm aku rasa kalau nak makan dalam kuantiti yang banyak kena datang waktu kedai hampir nak tutup. Sebab ada sekali aku datang pukul 8 malam, dapat sikit je. Ni kat gambar atas ni kueytiaw banyak gila dan udang 10 ekor. Nikmat kan? Huehue~




Imma big fan of Big Apple right now. Start duduk luar ni la baru aku kenal dan merasa Big Apple ni. Selama ni selalu je dengar member mengidam nak makan Big Apple tapi aku buat dek je sebab aku bukan heran pun dengan donut ni. Bagi aku rasa Big Apple dengan Dunkin Donut lebih kurang je. Aku pun tak la gemar dengan Dunkin Donut sebab muak. Tapi Big Apple is a big no no. Kotak yang 6 bijik donut tu aku boleh habiskan sorang-sorang. Fav aku ialah Wakeup Wally, Ono Oreo dengan Say Cheese. OMG im drooling right now. Haizzz dah lah kat area rumah aku sekarang ni susah nak carik Big Apple :'(




Duwian Cwepe yang dibeli oleh roommate. Aku tumpang makan sebijik. Heheh dua-dua kotak ni beli kat  kedai yang berbeza kat DC. Sekotak RM 5.50. Bagi aku si durian lovers ni, ehm biasa-biasa je rasa dia. Tak ada rasa special yang membuatkan aku nak ambik lagi seketul. Isi durian dia tak manis. So tettt blacklist Durian Crepe DC. 


Jadi inilah dia makanan yang aku akan rindu bila duduk rumah ni. Rasa seronok sebab dapat roommate yang suka makan macam aku. Cuma bezanya kitorang, dia makan banyak pun maintain kurus. Aku ni makan banyak semakin gemuk. What to do.. baka berbeza  T___T


Friday, January 11, 2013

Killer Question



Tiap kali aku menghadap laptop, scroll newsfeed Facebook, baca blog etc mama mesti akan duduk tepi aku dan perhati je apa aku buat. Nanti dia tanya, 
"Kau exam kan sekarang? Dah baca buku? Boleh dapat dekan tak sem ni?"
Dan aku cuma mampu sengih.. 
☜(*▽*)☞

Wednesday, January 02, 2013

Aktiviti di Rumah Sewa

Dulu pernahlah bercita-cita nak bela hedgehog sebab bila tengok gambar-gambar mereka rasa geram je. Rasa nak picit-picit je tubuh mereka yang gempal itu. Haha.. tapi dah nama pun hedgehog, so badan dorang mestilah berduri. 


Tapi aku selalu tengok owner dorang pegang hedgehog rileks je. Macam tak sakit langsung bila letak hedgehog kat tapak tangan. Sampai aku pun terfikir, "Oh rasanya tu bukan duri. Mungkin duri tu lembut je macam bulu (?)"  Aku siap gaduh-gaduh lagi dengan adik sebab nak mempertahankan pendapat aku bahawa duri hedhehog ialah selembut bulu! =.="


So bila iols duduk di rumah sewa ni, adalah member bela hedgehog yang diberi nama Snogurt. Im so excited sebab first time hoi tengok hedgehog depan mata. Dalam kepala dah berangan nak pegang hedgehog tu lepas tu ambik gambar dengan dia dan letak kat FB. Tapi malangnya aku ni pengecut. Hedgehog member aku ni dia perengus sikit. Pantang terkejut habis tercacak duri dia. Ha kalau dah macam tu, acane pulak aku nak angkat? Mampu tengok jelah.


Yang buatkan aku sedih, dua member aku ni boleh je angkat-angkat and lambung-lambung lagi si Snogurt ni. Yang aku pulak, terkebil-kebil tengok. So hedgehog dah kena blacklist jadi haiwan peliharaan aku sebab aku pengecut. Kahkahkah


Cinnamon hedgie. Haha Snogurt kena bulii! xD


Oh ya sekarang Snogurt ada kawan tau. Snogurt ni jantan so kawan dia haruslah betina sebab nak dapat baby yang comel-comel. Ehm kalau dapat baby, aku beranilah kot nak gentel sebab kecik kan. Eee jahatnya aku. Bini Snogurt ni tak ada nama yang official lagi. Aku suruh letak nama Tutti. Yang member aku pulak nak letak nama Hazel, Choco, Choket and Snogurmok -.-'


 Ice breaking session.


Dah semakin mesra :3


Selain hedgehog, ada lagi binatang baru yang dibawa masuk iaitu 2 ekor hamster Roborovski betina yang diberi nama Kit dan Kat. Hehe kalau hamster ni memang favourite aku la sebab mereka kecik dan comel. Rasa nak picit je. Kit Kat ni lasak tau. Susah nak tangkap. So solution dia kena guna dua tangan. Mula-mula kena penyekkan dulu badan dia untuk elak dia melepaskan diri. Lepas tu satu tangan lagi baru angkat. Walaupun dorang ni lasak, tapi bila dah atas tangan rileks je tak bergerak. Comel gilaa! Dah lah hidung warna pink. Rasa nak kish je. Hewhew..


Atototot tomeiii~


Gambar 2nd and 4th tu tangan aku. Kejam betul cara aku pegang T__T



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...