Saturday, February 23, 2013

Meluangkan Masa Bersama Le Bro

Boyfriend of the day


Terima kasih adikku kerana sudi teman along merayau. Terima kasih sebab meredakan kesedihan along gara-gara plan dating hari ni gagal. As a treat, along belanja kau makan pizza. Err tak ada la belanja sangat pun. Bayar half-half. Ngehh~ 

But still, along tak mampu beli apa-apa barang untuk diri along tadi sebab kau paw along belikan kau sunblock. Oleh kerana along kakak yang sangat mementingkan kecantikan keluarga, along beli jugaklah untuk kau. Haishh tak sanggup along tengok kau makin hitam dari hari ke hari sebab main futsal. Along tak nak lah orang heran bila tengok kakak putih gebu, adik hitam berkilat. Huahua takmo gitu okeh.


Kakak yang gembira


Monday, February 18, 2013

What To Do~



Mungkin sebab terlalu leka dan lalai pada semester lepas, so aku dah rosakkan result. Haih tak pernah-pernah aku menangis bila tengok result. Even masa asasi dulu aku dapat 2.22 pun aku boleh buat muka tak bersalah. Tapi kali ni serious aku menangis menyesal. Haha haippp aku menangis bukan sebab result lagi teruk daripada 2.22 tau. Tapi nangis sebab sebenarnya aku boleh buat lagi baik daripada yang sepatutnya cuma aku kurang usaha dan banyak main-main. Kerana godaan syaitonnirrojim yang maha hebat jadi aku pun tewas. 


Walaubagaimanapun alhamdulillah tak ada paper repeat. Tapi seperti biasalah, bila tiada repeat, result subjek haruslah cukup-cukup makan. Maka ada bezakah antara repeat dengan tidak? Haizz what to do T__T  Kalau nak diikutkan sebenarnya, subjek semester lepas tak de lah susah sangat pun. Tuding jari di muka sendiri la jawabnya kenapa aku tak dapat skor. Foine foine salah aku. 


Setelah aku termenung dan muhasabah diri baru aku tahu jawapannya. Sem lepas aku banyak online. Heheh perkara sama jugak yang aku buat masa asasi dulu yang menyebabkan pointer aku jatuh merudum. Cuma bezanya masa asasi aku leka edit blog. Tapi degree ni aku leka online FB. Chatting bla3. 


Jadi mulai sem depan, aku nak kurangkan online, lebihkan study. Tak kira malas macam mana pun, kena jugak paksa diri. Tak de lagi bukak laptop. Kalau dah tak tahan sangat nak online tu, online guna handphone. Untuk memastikan misi terlaksana, aku dah buat satu gambar khas untuk dijadikan desktop wallpaper. Masa semester 2 asasi dulu aku dah buat method ni. Alhamdulillah naik result aku. Bhahaha


Rise of the Guardians. Yang blur tu muka aku masa freehair -.-'


p/s: I hope this method works. Mohon bukan omong kosong. Kalau tak malu aku ( つ﹏╰)


Thursday, February 14, 2013

6th Year





Dah lama aku tak blog pasal love story. Walaupun aku tahu tak ada siapa kisah, tapi I don't care. Setelah melalui macam-macam cabaran, akhirnya mampu jugak bertahan selama 6 tahun. Tu pun kejap on kejap off ikut kepala dia je. Cabaran tu tak yah cerita lah. You name it. Semua kitorang dah pernah lalui. Dia pernah curang dan aku juga pernah. K. Motif cerita pasal tu? Haha saja nak bagitahu yang perempuan pun mampu curang. Lalala \m/


Ok takmo ungkit benda yang boleh sakitkan hati masing-masing. Just nak show off sikit apa yang aku dapat sempena anniversary ke-6 kitorang nih. Dah lama sebenarnya dia janji nak bagi aku patung. Aku siap bagi link FB patung yang aku nak tu lagi. Tapi dia buat dek je dan suruh hold on sampai anniversary kitorang. Patung kucing yang aku harapkan, alih-alih patung penyu yang aku dapat. Pun bolehhh~ Huhu dia faham taste patung aku macam mana. Aku suka plushie yang tak berbulu tebal. Before this banyak kali dia bagi aku teddy bear tapi aku tak peluk pun sebab bulu teddy bear tu selalu buat aku bersin  T___T 


Kat perut dia ada tulis Terengganu. Haha :3


Tarikh anniversary kitorang hari ni sebenarnya, 14 Februari. Tapi kitorang keluar sehari awal sebab tak mahu disangka menyambut valentine -__-  So yeah lepas hampir sebulan tak jumpa, semalam dapat jugak keluar. Jalan-jalan mengukur tanah kat KL ni. Nak tengok wayang, tak ada movie best. Akhir sekali karoke kat area rumah aku. Seronot! Hee




Kepada orang yang bertanggungjawab bagi penyu atas ni, semoga mampu berubah jadi lebih baik. Mohon jangan diulang perangai lama. Akhir kata, semoga kita mampu bahagia lepas ni. Aaaaminnnn..


Wednesday, February 13, 2013

Makeup Stuff

Title poyo gila. Haha actually semenjak rumah aku ada wifi yang berkelajuan tinggi ni, aku suka benor tengok video mekap kat youtube. Tipulah kalau aku kata tak terdetik di hati nak belajar cara-cara mekap tu.  Kadang-kadang bila tengok cara dorang mekap nampak simple je. Tapi bila kena kat tangan sendiri, eyeshadow kat mata dah macam mata lebam kena penumbuk -.-'


Sebelum naik sem ni aku nak restock balik barang-barang mekap dalam beg mekap aku tu. BB cream dah nak habis, moisturizer dah habis, lipbalm dah habis. Aiyoyo cepatlah duit pt masuk. Aku nak shopping barang mekap kat Watsons nih. Ngee :B


Ehem so entry kali ni saya berasa gembira nak kongsi produk apa yang saya suka pakai bila nak pergi kelas. Masa sem 1 muka comot je sebab masa tu manalah reti mekap. Time tu reti sapu bedak baby je dan wallah boleh berangkat ke kelas. Lepas tu sampai je kelas bedak hilang sebab muka berpeluh. Naik sem 3 barulah bergaya sikit sebab sem 3 aku baru ada beg mekap. Kahkahkah~ So yeah bawah ni antara stuff dalam beg mekap saya. Mohon jangan gelak.


Garnier Light

Aku suka moisturizer ni sebab lepas sapu muka akan jadi 1 tona lebih cerah and muka jadi glowy gitu. Aku biasa pakai bila nak ke kelas dan sebelum tidur. Kalau pakai pergi kelas, aku pakai benda alah ni dulu baru pakai BB cream. Tapi before tidur, aku pakai moisturizer ni pastu tempek bedak baby. Ehm motif pakai bedak baby? O.o


Maybelline Clear Smooth BB Cream SPF 50

Panjang nau nama. Ni BB cream pertama yang aku beli. Sebelum ni tak berapa yakin nak pakai BB cream sebab risau muka jadi berminyak. Tapi BB cream ni tak membuatkan muka aku berminyak. Yang lagi seronot BB cream ni ada SPF 50. Wuu me is likeyy. Sesuai sangat dengan cuaca UiTM yang panas terik sepanjang tahun tu. Kehkeh~ Oh so ni aku punya second step lepas pakai moisturizer atas ni. Proceed third step.


Maybelline Clear Smooth Pressed Powder

Benda ni aku dapat sekali masa beli BB cream atas tu. 2 stuffs in one price. Aku nak beli seketul macam ni memang tak dapatlah jep. Pressed powder dia kecik comel bentuk segi empat. Tapi tahan lama walaupun kecik. Pressed powder ni pun best jugak sebab dia matte finish. So muka tak de la nampak berkilat kalau aku berpeluh. Fuh bukan main lagi term aku guna. 'matte finish' giteww.


Sophie Magic Pink

Ni nama lain dia blusher tapi dalam bentuk cream. Bau wangii macam bedak baby. Tapi tak boleh la sapu banyak-banyak sebab aku tak nak kantoi pakai blusher pergi kelas. Haha pakai ala kadar sudahlah. Cukup untuk nampak muka berseri :3


Silkygirl Long Wearing Eyeliner

My very first attempt try eyeliner selain pensil. Sepanjang aku guna eyeliner ni aku tak pernah pass nak buat cat eye T___T Teknik pemakaian eyeliner aku pun dah makin maju sejak ada eyeliner ni. Tapi yang tak best pasal eyeliner ni dia tak waterproof. Bila aku berpeluh, nanti kelopak mata aku akan ada trace eyeliner ni. Ya saya memang kuat berpeluh sampai kat kelopak mata pun nak berpeluh. Ehm masa aku freehair dulu eyeliner ni benda aku wajib pakai. Tapi bila dah bertudung aku tak suka pakai sebab kalau pakai eyeliner muka aku tak nampak innocent. Huahua


Lip Ice Sheer Colour

All time fav! Seperti yang diketahui, lip ice ni best sebab warna bibir berubah ikut kepekatan darah. Kalau darah pekat, lagi merah bibir. Aku tak tahu teori aku ni boleh pakai ke tak. Tapi yang penting aku suka lip ice ni sebab bibir jadi natural pink. Tak de lah nampak macam aku ni poyo sangat pakai lipstick pergi kelas. Lip ice sheer colour lagi best dari silkygirl punya. Aku pernah try silkygirl punya sheer colour and bibir aku jadi sangat dry. Tapi lip ice punya tak. Bibir jadi lembut. Maka sebelum tidur pun aku akan pakai lip ice ni. Oleh itu, tidurlah aku dengan bibir merah bak delima merekah :D


So atas ni benda basic yang aku biasa pakai. Simple tak? Hihi~ Oh untuk next sem aku look forward untuk beli dua benda ni, 

TonyMoly Pocket Bunny Facemist
Anyonyo comel awak ni. Dah lama itew gewwam kat awak.



Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain (Rendezvous) 
Kali ni nak try pergi kelas dengan bibir kaler oren pulak. Salah satu azam sem 4 katanya 
*tangan ke bahu mata ke atas*


Ni lah rupa my so called simpe mekap. Hewhew~
Btw hari ni besday kakak Aishah.
Wee happy birthday yang ke-21 kakak (>‿◠)✌


Monday, February 04, 2013

Guinea Pigs




Lemme share with you satu petblog yang bagi aku seriously superduper cute adorable sehingga rasa nak picit  haiwan di blog tersebut. Sudah agak lama aku like fanpage dan follow blog beliau. Blog beliau aku dah khatam habis, gambar pets kat page beliau semua aku dah godek dan ada satu gambar ni amatlah comel. Kalau depan mata aku memang kena picit la -.-'  Tapi memandangkan mama tak bagi aku bela binatang, so aku cuma mampu save gambar pet beliau dan set sebagai desktop wallpaper  T3T


Haiwan yang aku maksudkah di sini ialah Guinea Pig! Woohoo selama ni aku tak perasan akan kecomelan binatang ni sebab aku telah dibutakan oleh kecomelan hamster. Lepas aku khatamkan blog beliau, barulah aku tahu yang GP ni ada banyak breed. Ada yang bulu panjang, muke penyek, bulu kerinting. Selama ni yang aku tahu cuma guinea pig yang bulu pendek and muka lonjong macam dalam cerita Bedtime Stories tu. Rupanya yang bulu pendek muka lonjong tu American breed. Harga range dalam RM 40 macam tu. Bawah ni video GP breeds. Dalam video ni dia kata ada 13 breeds dan ada dalam 2 ke 3 entah unidentified breed.






Kagum tak tengok jenis-jenis mereka? Ada yang macam penyapu, ada yang macam rambut. Haha >.< Oh ya lupa pulak nak share blog yang aku mention atas tadi. Tapi sebelum tu aku bagi sneak peek gambar GP beliau berjaya menarik perhatian aku


"Comel macam anak ayam"<< Caption tuan dia  T__T


Aaa nak picit pipi diaaa!


Kalau korang nak tahu, GP yang aku dok gilakan kat atas ni sedang on sale. Wah macam tak sesuai je ayat -.-'  Harga berbeza ikut breed. Yang pipi tembam atas ni RM 100. Ceh kalau duit ptptn aku dah keluar dah lama aku rembat. Saya tak mampu.. tu yang mampu save image and set as desktop backgroud je. Sobss.. Oh by the way owner dia pun hemsem. Wakaka ;D


Facebook page: Hidayat's petBLOG (Cavy) 
Blog: Hidayat's petBlog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...