Sunday, March 24, 2013

Semester 4



Semester 4 hampir memasuki minggu keempat. Tidak banyak yang boleh aku ceritakan melainkan sekarang aku tidak lagi menyewa di luar. Jika dulu bilik sewa begitu selesa dengan penghawa dingin, kini aku menjadi permastautin di kolej yang biliknya bahang bak ketuhar. Itu belum masuk cerita sambungan internet. Slow ya amat baq hang. Kalau aku bernasib baik, dapatlah aku menikmati kemudahan wifi. Jika tidak, hadap buku siapkan assignment la jawabnya.


Tapi aku melihat semua ini dari sudut positif. Aku terlalu selesa waktu menyewa semester lepas. Masakan tidak, dengan bilik yang selesa dan internet yang pastas berkelajuan cahaya (sebab guna Unifi. Woot!) aku jadi alpa dan lalai. Aku abaikan pelajaran. Tambahan lagi aku terikut-ikut dengan cara belajar teman sebilikku. Hai anis, awak tu slow learner. Kena buat banyak latihan untuk memahami satu-satu perkara. Awak bukan macam rakan awak yang sekali input masuk telinga, terus diproses ke otak. Aku bukan orang gifted sebegitu. Ehmm k.


Sugguh dramatis penggunaan ayat aku kali ini. Tanpa banyak bicara, ayuh kita layan gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang semester 4 bermula.


Kemeja putih RM 5
Bawal corak RM 5


Mengidam ini sejak cuti semester lagi. Ahhh happy dapat makan!


Sudah reti melilit pashmina.
K buruk. Krikkkkkk


Bought this.
5 rings for RM 13.90


 Dalam bas otw to class.
Lambat 30 minit tapi masih gembira.


Dalam kelas lecturer comel :3
Over edit sangat gambar ni. Haha


Kombinasi buku: leisure, programming, linguistic



Sunday, March 10, 2013

Friendship

Semalam keluar mengukur tanah dengan my so called bestfriend. Haha they are more than bestfriend actually. Masing-masing dah meningkat dewasa dan masing-masing belajar di tempat berbeza. Payah nak set time untuk hang out sama-sama. Banyak kali jugaklah postpone. Akhirnya semalam dapat jugak ketemu dengan Amira dan Aishah. Last time kami jumpa bertiga masa Julai tahun lepas. Waktu aku nak final pulak tu -.-'


Amira baru balik dari Indonesia. Entah apa dia buat kat sana agaknya. Haha tapi yang aku tahu, bila Mira balik sini dia kena bagi aku ole-ole dari sana. And yes she did! Aku dengan Aishah dapat t-shirt I ♥ Jakarta dengan tudung bawal crown. Mira macam tahu-tahu je yang aku kepingin banget sama itu kerudung. Kahkahkah.. oh ya Aishah pun bagi aku dengan Mira magnet frindge from Penang. Ehm aku? Aku cuma boleh bagi kegembiraan je kat mereka. Jawapan motif sangat uols >.<


Masa kelas Fuzzy Logic hari tu lecturer panggil nama sorang-sorang sebab nak tanya soalan. Tapi sebelum soalan pasal fuzzy logic ditanya, dia tanya maksud nama budak-budak ni dulu. Nama orang lain indah je. Tiba time aku, rasa nak tergelak sorang-sorang bila bagitahu maksud dia. Rasa macam angkat bakul pun iya jugak. Dengan malu-malu kucing aku pun bagitahu maksud ANIS tu ialah sahabat sejati. Haha nasib maksud  SHUHADA dia dah tahu. Kalau tak aku dah menyorok bawah kerusi. Btw maksud Shuhada ialah semanis madu. See, sungguh angkat bakul  T_____T


Maka dengan itu, maksud nama anis telah terbukti bila adanya mereka berdua (Y). Sebelum ni aku ada jugak tukar kawan dengan orang lain, tapi entah kenapa dengan dorang aku lagi senang masuk dan menjadi diri sendiri. Hm dah macam sesi luahan rasa pulak. Tapi walau apa pun, salah sorang dari korang mesti jadi aku punya pengapit bila aku kahwin nanti. Aku dah book awal-awal ni, walaupun kahwinnya entah bila. Bhahaha :))


 Amira Syafiqah (2002-present)

Nuraishah (2003-present)

p/s: Kalaulah zaman sekolah rendah dulu ada gambar kitorang bersama, mesti lagi rare. Haha ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...