Thursday, June 27, 2013

Final Exam

Esok pukul 8.30 pagi exam dan sekarang tiba-tiba datang mood nak update blog. Haa kau mampu? Sebulan lebih senyap sunyi tanpa update lepas tu malam sebelum exam menggelabah pulak nak update kan. So yeah, disini aku kembali menaip. Pendek je pun entry nya. Tak yah nak bising sangatlah kan :B


Meh la sini aku nak simpulkan apa yang aku lalui semester ni. Pernah dengar kan orang kata,  kalau nak happy berpada-pada sebab nanti kang menangis. Tu la yang aku lalui sem ni. Semester lepas happy berfoya-foya tak ingat dunia lepas tu bila result jatuh, barulah nak sedar diri. Oleh itu, semester ni aku tekad untuk berubah. 


Semester ni aku lebih banyak buat hal sendiri. Kat kelas dah jarang nak gelak-gelak, gosip-gosip apa semua. Haih bosan perangai aku ni. Tapi nak buat macam mana. Sem ni boleh diumpamakan semester nangis a.k.a tak best aku la. Semua nikmat yang aku lalui semester lepas dah tak de lagi sem ni. Sobs.. tak pe anggaplah ni pengorbanan sebab nak cover balik pointer yang jatuh gedebuk sem lepas. Patutnya sem lepaslah boleh skor sebab subjek senang. Ni subjek dah start susah balik ha pandai-pandailah nak hidup.


By the way, to add more sem ni aku banyak menyusahkan mak bapak aku. Kahkahkah nak kata aku ni budak nakal, tak ada lah nakal mana. Biasalah kan umur macam ni memang suka cuba benda baru. Darah muda katakan ;p  Kerana silap langkah, akhirnya kantoi. Aku taknak cerita kat sini. Biarlah rahsia. Jadi aku harap sangat untuk skor sem ni sebab nak balas balik segala perit jerih mama dengan abah melayan perangai mengada + nakal anak perempuan dorang ni.

Semoga Allah memudahkan urusan aku untuk jawab 5 paper final exam semester 4 ni. Amin amin ya rabbal alamin..

 Abah, Mama doakan kejayaan kite tau :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...