Friday, July 26, 2013

Masih Berusaha

Sudah 2 minggu berpuasa. Tapi berat aku statik je tak berubah. Orang lain puasa berat turun, aku pulak berat tang tu je. Masa awal Ramadhan hari tu gigih tiap pagi jogging sebab nak kurus. Aku berazam nak lose 10 kg sebelum raya ni. Haha 10 kg in 4 weeks? Memang tak dapatlah jep. Huhu lagi-lagi perangai aku ni yang hangat-hangat tahi ayam je. Aku cuma mampu bertahan jogging selama 4 hari! Alasan aku tak jogging lagi ialah sebab mama taknak teman :(  


Masa awal-awal tu mama yang cabar aku untuk pergi jogging. Tapi bila aku dah bersemangat, mama pulak taknak teman. Ayaiyai~ So lets stick to diet jela. Time buka kurangkan makan nasik. Kan orang kata kalau nak kurus jangan makan nasik. Tapi nak buat macam mana, aku tekak Melayu. Nasik is a must! Tapi tak banyak pun dalam sesenduk macam tu je. Tu pun mama bising suruh aku tambah lagi. Aduh mamaku.. macam mana anakmu nak kurus  T___T


Selain kurangkan makan nasik, aku juga minum green tea setiap malam sebelum tidur. Ehm aku rasa tu sebab utama aku tak boleh tidur malam sekarang ni kot. Aku banyak baca yang green tea ni bagus untuk kecantikan. Green tea boleh speed up kita punya metabolisma dan mungkin baik untuk kulit jugak kot? Ahh google ada. You just google it bebeh. Aku malas. Mihmihmih..


2010. Me the green one. Kenapa aku macam isolated? Bhahaha xD


Aku pernah tunjuk gambar atas ni kat kawan aku dan dia tak percaya aku pernah kurus macam tu. What??? Anis pernah kurus? Iya awak, anis pernah kurus! Actually aku pun tak pernah perasan aku pernah kurus. Kahkahkah ke tu effect gambar dan posisi duduk aku je? Hmmm ╮(╯_╰)╭



Current me. Abaikan meja mekap bersepah tu.


Dengan ketinggian 157 cm (ukur guna measuring tape sendiri baru-baru ni), berat aku ialah 68 kg. Omagad omagad aku overweight. Wuwuwu aku sangat takut kalau aku diet sahaja tanpa bersenam, nanti bahagian atas badan aku je yang kurus. Nanti punggung lebar. Waa me don't like sebab buktinya dah ada depan mata. Naik sem nanti aku paksa la siapa-siapa teman aku jog. Haha lantaklah siapa yang terkena nanti  >.<


Angle kena baik punya kalau nak nampak kurus :P



Monday, July 22, 2013

Review: Dnars Skincare

Untuk makluman, saya dah stop guna Dnars. Sekarang saya guna set Flawless Skincare. Boleh tengok link ni untuk bacaan lanjut: Senangnya Nak Putih dengan Cathy Choo dan Flawless Skincare! 

Untuk cara penggunaan boleh refer sini, Cara Penggunaan Dnars Skincare

Sebelum ni aku tak pernah ada masalah kulit muka yang serius. Setakat jerawat nak period tu biasalah kan dan kebiasaannya tak meninggalkan parut pun. Selain tu muka aku ni tak cerewet. Aku bertukar-tukar krim muka, toner bla3 dia tak de pun mogok mengeluarkan jerawat batu yang banyak. Namun, segalanya berubah apabila aku gunakan facial scrub Garnier. Pipi kanan aku asalnya ada dark spots kesan parut jerawat beberapa tahun lepas dan hampir pudar pun. 


Tapi bila aku guna scrub tu, mak aih jerawat naik macam cendawan tumbuh lepas hujan. Banyak gila! Pada mulanya aku positif la sebab ingat scrub tu nak buang kotoran-kotoran dalam muka so that's why muka aku keluar jerawat banyak gila. Dalam 2 minggu jugaklah aku cuba positif. Tapi makin hari makin teruk dan aku kena stop. Sedih sangat sebab muka yang aku belai selama 21 tahun senang-senang je dirobek oleh scrub tu dalam masa 2 minggu. Ciss! Tak boleh jadi ni.


Terima kasihlah hadiahkan jerawat selonggok.


My savior! Thanks kepada blog tu sebab review pasal ni :D


Sejujurnya aku ni jenis tak pandang sangat skincare buatan Malaysia. Kahkah sombong kan.  Aku tak percaya sebab makcik aku dah pakai macam-macam jenis krim yang made in Malaysia tapi aku tengok muka dia tang tu jugak. Tak de flawless nye pun. Mihmihmih.. Dan lagi satu, skincare yang buatan Malaysia ni harganya agak ridiculous berbanding kalau kau beli skincare products kat drugstore. Tapi disebabkan skincare drugstore pun dah mengecewakan aku, maka kena start sedar diri awak tu orang Malaysia. So moh la kita cuba krim yang orang kita ni buat pulak.


Nama produk yang menjadi pihan aku ni ialah Dnars Skincare. Susah nak carik kat luar. Biasanya kena beli online. Untuk first try ni aku beli set Normal/Jeragat dan toner treatment. Pilih set normal/jeragat sebab muka aku just jerawat di bahagian tertentu iaitu pipi. So set ni just nice untuk cater keperluan aku. Manakala toner treatment untuk kecutkan jerawat. Total semua sekali RM 80. Bagi aku agak murah dan sesuai dengan bajet aku as a student. Okay, ni antara benda yang ada dalam set normal/jeragat.



Sabun Normal/Jeragat. Ni sabun beras . Bau dan bentuk sebijik. Tapi aku tak de la nak kata dia repackage semula sabun beras Siam tu. Aku just bagitahu apa yang aku bau je ye.
Sabun Collagen. Bau sabun ni sebijik macam bau bedak sejuk gamat yang aku beli kat Langkawi dulu. Huhu ^_^




Krim siang. Ada SPF so boleh jadi sunblock. Ni bau macam Temulawak. Texture agak thick so jangan mengada sapu banyak-banyak kang muka kau macam tepung gomak aku tak tahu.



Krim malam. Warna hijau kekuningan. Texture macam licin-licin gitu. Tak terlalu thick. Tapi bila sapu, muka akan jadi senang berpeluh lagi-lagi kat area hidung. Agak tak selesa. So lepas pakai krim ni aku suka duduk depan kipas sebab tak nak dia cair (?)


Bila pakai produk ni akan berlakunya peeling kat area-area jerawat dan dark spots. Tapi time peeling tu tak rasa sakit pun dan orang sekeliling tak kan perasan yang muka kau tengah peeling sebab dia halus sangat. Aku pakai krim ni dalam 2 minggu baru dia start peeling. Here we go gambar pipi kanan aku lagi. Harap maaf, entry ni sebenarnya memang akan penuh dengan pipi aku je. Hehe yelah kan, nak ukur sejauh mana keberkesanan produk ni.


Take note kat tahik lalat seketoi tu. Nampak tak? 
Tu bukti ni ialah pipi yang sama berjerawat.


Yeay tahik lalat makin jelas dan muka makin cerah!


Muka dah licin dan sekarang nak hilangkan parut-parut tu pulak.




Thumbs up Dnars Skincare! You did a good job!


Mana nak beli?

Facebook: Dnars Cantik


Thursday, July 18, 2013

Salad

Assalamualaikum.. salam Ramadhan pada semua pembaca. Hihi tu pun kalau ada pembaca kan. Hm.. Ramadhan aku pada kali ini aku rasakan agak lain berbanding dengan tahun lepas. Sebabnya aku dah boleh control makan! Yay! Ceh sepatutnya aku patut upgrade aku punya ibadah tahun ni. Tapi lain pulak yang aku dok banggakan =.="


Jika sebelum ni aku selalu berleter nak kurus tapi tiada usaha nak kurus, tapi sekarang dah ada usaha. Walaupun sikit je usaha tu. Isk.. Sehari sebelum puasa aku beli salad. Aku ikut parents pergi Tesco dan dengan pantas aku pergi bahagian sayur untuk cari salad kegemaran. Mama pun hairan sejak bila aku reti makan sayur ni. Heh.. kisahnya macam ni. Masa kat Shah Alam aku suka makan chicken chop kalau aku ada duit lebih . Dan chicken chop tu serve sekali salad. Alang-alang dah ada salad 2 helai tu aku makanlah. Kalau tak makan rugi woo bayar mahal-mahal. So dari situlah aku tahu pasal kewujudan satu sayur ni yang tak pahit. Sedap.. dia agak crunchy omagad i dunno how to describe. I just loooveee it. Muuaahh XOXO.


Mempersembahkan.. BUTTERHEAD LETTUCE!


Nampak macam ehm..kobis yang dah kembang? Erk ada ke. Kantoi dah tak pernah masak sampai sayur pun tak kenal. Zzzz.. Ha nampak macam terlalu hijau dan yuckss pahit kan? But trust me.. tak pahit langsung okay. Serve dengan thousand island. Pergh marveleessss~ Dia masam-masam cruchy gitu. Boleh dijadikan snack la senang cerita. Hee.. So bawah ni salad yang aku beli kat Tesco. Sebekas RM 5.20 kalau tak silap. Agak mahal kan. Tapi saja nak cuba. Aku nak buktikan kat mama yang anak dia ni tak mati pun kalau makan sayur :p


Dalam ada Thousand Island dengan croutons.


Berdasarkan interface (interface? Computer sangat kau nok) dia kata salad tu dah 3 kali cuci. So bukak-bukak je dah boleh makan. Gitulah kekdahnya. Tapi jangan gelojoh sangat. Untuk lebih umphh sila gaul dengan thousand island dan croutons tu. Thousand island buatkan dia rasa masam-masam sikit dan croutons tu bagi rasa masin-masin sikit. Hee dah macam ayat qi JJCM. Lepas tu tutup bekas tu kau kasi goncang sama dia bagi semua sebati. Tak kisahlah nak bergangnam style ke, harlem shake ke. Ni lah masanya. Aku bagi adik aku goncang sebab dia menyibuk duduk sebelah aku cuit-cuit sayur dalam tu. Dan hasilnya..


Ada purple cabbage dengan tomato cherry. Yang kuning-kuning tu
minions croutons ya adik-adik bukan jagung.


Aku paksa adik aku rasa salad ni. Siap gaduh lagi dengan dia sebab nak suruh makan sayur. Haha nak marah pun tak boleh sebab perangai kitorang sama je. Alergik sayur. Ni la sayur pertama yang aku betul-betul suka. Aku bagi dia rasa piece yang paling kecik. Oh ya, salad ni guna baby butterhead lettuce. Sebab tu dia tak hijau sangat. Aku bagi dia rasa sikit. Ehm.. sedap. Lepas tu dia cuit lagi. Haizz.. Tapi purple cabbage tu aku tak suka sebab pahit. Thousand island pun tak mampu nak hilangkan kepahitan dia tu :/


So yes aku dah jumpa sayur yang kena dengan tekak aku. Hee siap boleh makan mentah lagi. Selain elok sebagai fiber, sayur boleh cantikkan kulit jugak. Jadi sekarang ni bila berbuka, aku akan makan nasi sikit, lauk ayam/ikan dan butterhead lettuce yang digaul dengan thousand island semangkuk. Kenyang makan sayur sebenarnya, bukan nasik. Yela kata diet~ :3



Tuesday, July 09, 2013

Hari Yang Menyeronokkan

Minggu lepas sementara ada gap 3 hari untuk next paper aku balik rumah. Tak tahu kenapa sem ni aku suuuka sangat balik rumah. Sem lepas masa duduk rumah sewa bukan main liat lagi nak balik. Kadang-kadang tu siap gaduh lagi dengan mama sebab tak nak balik. Haha dasar anak entah hape-hape. Jadi bila saya pulang ke rumah yang aman permai tu, haruslah mengajak encik ehem-ehem saya melakukan aktiviti santai (lebih kepada aktiviti menghabiskan duit sebenarnya).


Seminggu awal aku dah bagitahu dia siap-siap yang aku nak pergi makan IKEA meatballs. Konon nak keluar hari Isnin, 1 Julai pukul 2 petang. Siap warning lagi suruh dia jemput aku on time. Amboi banyak cantik muka kau mengarah orang ek anis? Akan tetapi.. kesilapan teknikal berlaku sebab tanggal Isnin, 1 Julai pukul 2 petang tu aku exam. Wakaka aku mati-mati ingat paper pagi so petangnya berhajat nak berjimba-jimba bersama beliau. 


Oleh kerana plan nak keluar hari Isnin tanggal 1 Julai tu tak jadi, maka plan ditunda ke hari Selasa tanggal 2 Julai pulak. Selasa tu asalnya nak keluar pukul 12. Tapi aku pergi bangun pukul 11.15 pagi. Tu pun nasib baik dia kejutkan. Kalau tak.. alamatnya melepas. Ehm tapi sebenarnya aku redha je kalau tak dapat makan meatballs pun sebab aku mengantuk gila time tu. Insomnia strikes me. Aku cuma boleh tidur lepas pukul 4 pagi je :/


Ni kau kata redha kalau tak dapat makan? 
Btw dia cuma makan salad dengan sphagetti je. 
Yang lain semua Anis Shuhada yang punya. 
Wahaha dasar selera naga. Nampak tangan yang gelojoh cucuk meatball tu? -___-


Dia sibuk snap gambar, aku sibuk food tasting. 
Omnomnom jemput makan~


Depan rezeki tiba-tiba buat muka tak puas hati. 
Aku rasa time ni aku marah dia sebab melengah-lengahkan waktu makan aku dengan mengambil gambar +.+


Muka hodoh tak apa, asal makan selera. Eh?


Barulah jumpa muka senonoh sikit. 
Hewhew.. hm sedapnya kek tu. Tiba-tiba drooling pulak time menaip ni. Zzz~~


Kami berjaya habiskan keseluruhan makanan ni dalam masa 30 minit sebab nak kejar waktu movie. Dasat tak? Hehe.. lepas dah licin pinggan masing-masing, intai meja lain. Sedih tengok pembaziran berlaku. Ada yang tak habiskan chicken wing. Bukan tak habis dalam bentuk saki-baki, tapi ni tak gigit langsung. Meatball yang tak habis pun bersepah kat meja lain. Aku tak tahu motif dorang beli makanan tu untuk apa sebenarnya. Adakah sekadar nak ambil gambar dan letak kat Instagram sahaja? (macam aku. Tapi iols habiskan makanan iols ok). Dah jangan nak buat hipotesis sangat.


Lepas dah isi perut, kami menuju ke eCurve pulak. Kau tahu-tahu jelah eCurve dengan IKEA tu sebatu jauhnya. Nak-nak pulak spesis muatan berat (gebu,comel dan kiut) macam kitorang ni. Mengah jugak nak jalan laju sebab nak sampai sebelum movie start. Tak sia-sia makan banyak kat IKEA sebab akhirnya lemak diconvert ke tenaga sepenuhnya. 


Masa on the way tu selisih dengan Bront Palare (tak reti eja). Tu pun aku tak perasan akan kewujudan beliau sebab aku ralit tengok replika unta kat belakang dia. Aku perasan pun sebab encik ehem-ehem bagitahu. Dia pulak yang lebih-lebih merengek nak berngambar dengan Bront. Aku pulak rileks je terpegun dengan replika unta. Wahaha unta lagi menarik daripada retisss.


Tiba waktu untuk movie! Disebabkan aku princess pada hari tersebut, aku mencadangkan tengok cerita Monster University. Best gila like seriousssslyyyy. Aku suka cerita-cerita kartun ni sebab banyak nilai-nilai murni yang diterapkan (dah macam buku teks pendidikan Sivik pulak dah). Monster University ni cerita sebelum Mike dengan Sulli kerja kat Monster Inc. Aku ingatkan Bo ada dalam Monster University. Tapi dah nama pun University. Tak kan Bo tiba-tiba patah ke belakang zaman muda-mudi Mike dengan Sulli kan. Ehm seriously aku dah tak paham dengan apa yang aku cuba sampaikan ni -_-



Habis movie kami merayau pulak ke The Curve dan Tesco. Senang cerita semua ceruk kitorang jelajah. Cuma Kidzania je kitorang tak masuk. Hehe gigih kan merayau. Tapi kurusnya tak jugak. Jadi kesimpulannya, terima kasih kepada encik ehem-ehem saya sebab sudi melayan perangai saya yang mengada-ngada ni. I'm glad to have you as my partner in crime. Eceh ayat cover line. HAHA.. baideway, lebiu~ Lepas ni boleh makan meatball lagi. Yeayy!


Sehati sejiwa pulak dengan warna kolam tu =.="


Wednesday, July 03, 2013

Lip Balm Junkie

Baiklah setelah sekian lama blog ini terabai, kali ini aku akan update dengan entry yang serious. Serious in term of kesungguhan aku mengedit gambar letak watermark apa semua semata-mata untuk letak kat entry hari ini. Hihi tambahan pula (amboi tatabahasa) blog aku dah berubah wajah jadi ada lah sikit semangat untuk update kan walaupun sekadar update perkara sampah. Erk.. Ok mari mulakan.


Sebelum ni aku pernah buat entry pasal lip care. Sejak aku purchase lip balm yang pertama tu, aku terus ketagih menghabiskan duit beli lipbalm baru. Aku tak nafikan sejak aku guna lip balm, masalah bibir mengelupas dah jarang berlaku selain daripada membuatkan bibir aku jadi semakin mungil dan cumil dan sihat hewhewhew. Sampaikan bila duduk kat rumah pun bibir aku maintain berkilat sebab.. tu lah hobi aku yang suka sangat pakai lipbalm ni -__-" So far ada dalam 5 batang lip balm/ lip stick dalam beg mekap aku. Bibir ada satu tapi lip balm sampai lima. Tamak bebeno. Dan oh ya, warna yang aku selalu beli kebanyakannya hampir sama. Either soft pink atau orange.


 Warna hampir sama je suma tapi santekkk!!


 Lip Ice Tinted Lip Balm
Soft Poppy Pink

Baru beli 3 hari lepas. Beli sebab aku pernah try kawan punya dan shade dia nampak lawa. Kebelakangan ni pun aku tengok bibir kawan aku tu lawa je warna dia. So aku syak mesti dia guna lip balm ni. Jadi aku pun beli. Oh ya, sebenarnya dia bukan lip balm tapi lip tint tau. Deyyy cakap pusing-pusing kejap lip balm kejap lip tint. Zzz.. Aku beli kat Guardian harga RM 8. Sampai bilik dengan gelojohnya pakai dan ehm tak ada warna pun? Ke sebab bibir aku pink sangat? Haha perasan kejap.


Maybelline Baby Lips Color
Coral Flush
Beli bulan Mac hari tu sebab asalnya nak beli lip stick Revlon yang color macam ni tapi disebabkan duit tak dak, gantilah dengan Maybelline warna Coral Flush yang ala-ala sama gitu. Ni pun ittew pau duit boipren ittew. Sian diew sape suruh ikut ittew masuk drugstore tu. Lalala.. Masa kat Watson aku dah calit bibir aku dengan Revlon yang aku idamkan sangat tu. Bila dalam kereta, aku pun lagi sekali dengan gelojohnya sapu lip balm Maybelline ni pulak. "Pergh warna sama dengan Revlon punya!" kataku dengan bangganya. Lepas tu bebel "Pandai jugak aku ni. Daripada beli Revlon yang mahal tu baik beli lipbalm ni. Bawah RM 10 je. Warna sama pulak tu". The next day, aku pakai balik lip balm ni dan.. bibir aku tak oren. Colorless dan berkilat je. Okay, memang patut pun Revlon lagi mahal. If you know what I mean :/


Lip Ice Sheer Color
Fragrance Free
My favorite! Tell me siapa je yang tak suka dengan Lip Ice Sheer Color ni kan? Boleh buatkan bibir ala-ala natural pink gitu. Antara kelima-lima koleksi aku, ni dah nak habis. Siap gigih lagi korek isi-isi dalam dia sebab nak buat swatch dalam last picture bawah ni. Yang ni harga almost RM 12. Berbaloi la dengan kualiti dia. Like~


Mentholatum SuperSoft Treatment Lip Balm
N/A
Ha.. inilah dia aku punya lipbalm yang paling senior. Lipbalm sulung yang buatkan bibir aku tak mengelupas dah. Hehe tak habis pakai lagi sampai sekarang. Rasanya dah setahun guna. Bau dia wangi tapi agak kuat. Masa mula-mula beli aku agak sukalah dengan bau dia. Tapi lepas aku berpaling tadah kat Lip Ice Sheer Color yang fragrance free, terus aku abaikan beliau ni. Dan tak pasal-pasal terus tak suka dengan bau dia. Dasar.. kacang lupakan kulit.


Revlon Just Bitten Kissable
Rendezvous
Revlon yang aku idam-idamkan akhirnya jatuh ke tangan. Awal-awal sem 4 masa duit pt baru masuk terus gagah pergi drugstore carik. Antara banyak-banyak line Just Bitten Kissable ni, warna ni antara top selling. Cepat sangat habis. Time aku beli ni pun tinggal last piece kat Watson. Dalam RM 30 jugak harga dia. Tapi aku puas hati. Bau dia macam chocolate mint. Sedap rasa nak makan je hahaha. Revlon ni dia macam crayon. Aku rasa korang tau lah macam mana sebab famous dah lip stain ni. Urgh again.. kejap lip balm, lip stain -.- Dia pointy stick tau tapi bila dapat kat aku tak sampai sebulan tarus jadi flat stick.


Nampak sama je semua so apa tujuan aku buat swatches ni?? 


Lip Ice Tinted Lip Balm dia ada shimmering effect. Dalam gambar tak nampak tapi kat luar nampak (kot). Maybelline Baby Lips memang glossy. Sapu banyak sikit memang berkilat tapi colorless. Nampak kan bibir aku smooth dan berkilat. Lip Ice Sheer Color tak nampak sangat effect dia sebab kan aku kata aku gigih korek saki-baki dia tadi. So apa jelah yang aku dapat. Mentholatum Soft Treatment Lip Balm ehmm tak lawa hasil dia. Pakai sebelum tidur ok la kot. Dan.. the last one, Revlon! Nampak macam tak ada warna sangat. Tapi trust me bila sapu banyak memang oren bibir kau. Aku pernah sapu banyak-banyak dan kena tegur "Anis dah pandai pakai lipstick. Dah besar sekarang". Hm.. oh god why.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...