Sunday, September 29, 2013

Pure Hijabs by Ninie

Assalamualaikum! Hai kali ni aku lauch new FB page. Hehe kali ni page yang khas untuk hijabs and insyaAllah more clothing in future. Back To Basics masih beroperasi seperti biasa dan page tu aku khaskan untuk aksesori, kasut, wallet, mekap dan contact lens. So untuk my new baby ni aku namakan Pure Hijabs by Ninie. Ekceli nama page tu Pure Hijabs je. Yang 'by Ninie' tu aku saja mengada tambah. Yela bila lagi nak guna nick tu kan. Ni jelah peluang nak komersilkan nama Ninie. Huahua~ Dan model pun insyaAllah aku jugak. Ok double huahua. Pfttt.. =.=*


So bawah ni antara image my new shop. Heheh so jemputlah singgah ye :D








Official logo

Sunday, September 22, 2013

#whatpubertydidtome

Found an epic picture of me and decided to compare myself from 9 years ago with the current one. Ya ampunnn ni bukan gambar testimonial Aurawhite ke Beutskin atau apa-apa yea anak-anak. Haha ni wajah kat IC aku masa umur 12 tahun. Nasib baik aku ada snap gambar rare ni sebab IC lama tu aku dah ganti baru. Tak sanggup weh nak guna IC umur 12 tahun sebab dasyat sangat muka dalam tu.


Aku ingat lagi masa mula-mula dapat IC tu aku rasa nak je patahkan dan buat baru sebab aku sendiri tak percaya muka aku sedahsyat tu. Tiap kali cikgu mintak salinan IC, aku rasa berat hati sangat-sangat nak tayang muka IC aku. Hmm dan yang paling aku tak boleh lupa waktu aku SPM. Kan IC kena letak kat bucu meja. Ada sorang pengawas lelaki ni dia pusing-pusing kelas dan tiba-tiba dia stop kat meja aku. Dia belek IC aku lepas tu dia tenung muka aku. Tak percaya lettew muka iols dah lawa. Kahkahkah nasib baik ada slip peperiksaan. Kalau tak aku dah kena tuduh menipu ke camne nanti. Haha


So bila umur masuk je 18, cepat-cepat aku ajak parents pergi tukar IC. Yang baru ni walaupun tak de la selawa mana, tapi senonoh jugaklah muka tu. Ada la sikit muka yang sekarang ni. Daripada muka umur 12 tahun yang berdahi luas, mata sepet, bibir tebal tu. 


#whatpubertydidtome



Sunday, September 15, 2013

Review: Bio-Essence Bio Multi-Effect BB Cream




Assalamualaikum. Panjang sangat nama barang kali ni haha. Aku sendiri ingat-ingat lupa apa nama penuh BB cream ni sebenarnya. Okay sebelum aku guna produk Dnars, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku guna BB cream Maybelline. BB cream ni best sebab apa tau. Sebab kalau kau pemalas macam aku, benda alah ni sangatlah sesuai sebab BB cream ni je dah boleh jadi foundation, concealer, sunblock, moisturiser, oil control, healing properties, dan macam-macam lagi lah. Tapi bila aku dah start guna krim siang Dnars, aku malas dah nak pakai BB cream sebab tak selesa muka rasa tebal 3 inci dengan macam-macam jenis produk -..-


Tapi aku naik sem hari tu roommate aku nak let go 2 jenis BB cream kat aku sebab dia tak pakai. Dia jual BB cream dari Maybelline dan Bio-Essence dengan harga RM 15 only. Yang Maybelline tu aku dah pernah guna. So kali ni aku nak try yang Bio-Essence tu pulak. Apa yang aku boleh kata dengan BB cream Bio-Essence ni ialah coverage dia best gila dan bau dia wangi. Texture dia agak likat. FYI, BB cream ni cuma ada 1 shade je. Masa aku mula-mula picit tu, risau jugak sebab warna dia macam gelap sikit dari warna kulit aku. Tapi bila dah sapu kat muka, dia naturally blend dengan warna asal kulit kita. Tapi bila terlebih sapu, muka jadi terlebih putih pulak. Lols aku la tu mengada pi picit banyak-banyak pehal.





Tak seperti BB cream Maybelline, BB cream Bio-Essence ni dia tak terlampau sheer. So dia mampu cover blemishes kat muka bagi muka nampak flawless gicheww. Disebabkan coverage BB cream Bio-Essence yang superbest ni, aku google la harga dia sebab berkenan nak beli lagi next time. Tapi bila dah tahu harga, erk RM 57.90 luls mahalnyew. Aku rasa kalau roommate aku tak kenalkan aku dengan BB cream ni, aku pun tak hingin beli sebab mahal sangat. Choi nampak sangat kau ni kedekut Anis. Bhahaha yela nice quality product haruslah a lil bit pricey. Ye dak?




Oh ya, Bio-Essence ada lagi 2 jenis BB cream yang lain iaitu Bio Platinum dengan Aqua BB Cream. Aku jumpa Bio Platinum kat farmasi hari tu dan harga dia dalam RM 70++ Function setiap BB cream ni berbeza tau.

Bio Platinum untuk whitening
Aqua untuk melembabkan kulit
Bio Multi-Effect untuk flawless skin

Tuesday, September 10, 2013

Hari Pertama

Keadaan bilik baru. Wee new teddy >.<


Assalamualaikum. Sekarang aku dah kembali menginap di rumah sewa setelah ditendang keluar oleh pihak kolej untuk kedua kalinya. Lol dah lah. Kali ni memang stay luar terus sampai habis degree. Hmm sem ni dah kena buat proposal untuk fiinal year project. Malasnya lahaii.. Kadang-kadang tu rasa macam tak nak membesar je. Tiba-tiba rasa nak masuk sekolah menengah balik belajar bio -.-'  Ha tengok mulalah tu nak meratapi kebahagiaan masa silam. Maaf anis, dah terlambat sangat untuk menyesal. Hm okay that's all. Cuma mampu berdoa dan berharap agar semester ni menjanjikan kebahagiaan buat aku. Kebahagian in term of everything la. Ehm ehm ok bye :/


Muka tak ikhlas masuk sem 5


Sunday, September 08, 2013

Catalyst VCO: Berkesan ke?




Assalamualaikum. Baru-baru ni entah kenapa aku tiba-tiba tergerak hati nak makan Minyak Kelapa Dara atau lebih famous dipanggil Virgin Coconut Oil (VCO) dalam bahasa Jawanya. Haha banyak kali juga nampak online shop yang jual VCO ni tapi masa tu aku tak rasa berminat nak mencuba. Tapi minggu lepas dalam pada aku bosan online tak tahu buat apa, so aku pun Google la kebaikan VCO ni. Jom kita check sama-sama khasiat VCO:

Untuk kegunaan luaran :
1 . Dapat membantu mengurangkan berat badan
2 . Menghasilkan tenaga segera&sentiasa segar
3 . Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit
4 . Sangat bagus untuk masalah jerawat&jeragat serta parut2 lama
5 . Mengatasi masalah kulit berminyak
6 . Mengatasi masalah sakit kulit pada kemaluan(masalah keputihan)
7. Menghilangkan panau/ strechmark sebelum/selepas bersalin
8. Mendapatkan berat badan ideal bagi org yang sangat kurus
9. Melebatkan dan Mempercepatkan pertumbuhan rambut.
10. Menghilangkan kelelmumur/ gatal2 dikepala/ rambur gugur.
11. Boleh sapu di di bekas-bekas jerawat / luka / melecur / ruam

 Untuk kegunaan dalaman :
1 . Mencegah risiko penyakit jantung&kadar kolestrol yg tinggi
2 . Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin dan asid amino
3 . Melegakan pernafasan
4 . Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
5 . Mengurangkan keadaan mudah lapar
6 . Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
7 . Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami-isteri
8 . Memperbaiki kandungan asid dalam rahim
9 . Mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin
10 . Amat baik bagi mengatasi masalah MONOPOS bagi kaum wanita(memperlambatkan proses)
11. Menghilangkan masalah sengugut
12. Sebagai Milk booster (membanyakkan susu ibu )
13. Kandungan Asid Laurik dalam VCO sangat baik untuk mencegah virus dan bakteria untuk menyerang ibu dan anak
14 .Memudahkan bersalin(pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua untuk memudahkan proses kelahiran. Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby.
15. meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
16. melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes
17. mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh
18. meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.
19. melindungi diri dari serangan osteoprosis (proses pereputan tulang)
20. mencegah risiko sakit jantung
21. mencegah atherosclerosis (penyempitan saluran darah akibat lemak terkumpul) dan strok
22. membantu menurunkan tekanan darah tinggi


Tak rasa macam terlampau banyak ke khasiat dia? Haha ni pun aku main copypaste tanpa baca semua. Malas! Tapi antara kebaikan yang menarik perhatian aku haruslah yang nombor 1 iaitu menguruskan badan. Kehkeh pandai diorang tarik perhatian pelanggan gemuk macam aku ni. Hewhew.. selain tu juga aku tertarik dengan khasiat VCO yang kononnya mampu menghasilkan tenaga, melembutkan kulit dan menghilangkan rambut gugur. 


Aku perlukan semua tu lagi-lagi yang membuatkan diri sentiasa segar tu. Sebab next week aku dah start kelas dan kelas pulak banyak yang pukul 2 sampai 6 petang yang merupakan waktu aku paling lemau. Zzz so I really need something to maintain my stamina. So let see next week sama ada VCO ni mampu ke tak buatkan aku kekal bertenaga sampai habis kelas. Heh..


Banyak juga review yang aku baca mengatakan VCO ni boleh melembutkan kulit. Yes, luaran aku dah pakai Dnars. Dalaman mestilah nak kena topup supplement pulak kan. Niat asal nak makan Beutskin. Tapi mahal bebenor tak mampu iols nak tanggung. Luls so kita pilih yang murah ek. Aku nak tengok mampu ke tak VCO ni melembutkan kulit aku dan paling penting, kurangkan masalah rambut gugur aku ni.


Aku dah beli Selasa lepas dan ada la dalam 4 hari aku makan VCO ni. So far belum ada any visible changes. InsyaAllah dalam sebulan baru nampak kesan kot? Hm okay takpe kita positif. Harga RM 39.90 sebotol. Ok kali ni aku tak jual dan tak promote FB page sendiri lagi. Haha kalau nak beli ni boleh ke page Catalyst Virgin Coconut Oil. Banyak lagi produk Catalyst yang dijual di situ. Mohon singgah ye :D


Friday, September 06, 2013

My Favourite Wallet ♥

Assalamualaikum dan hola people! Today nak cerita pasal wallet yang aku dapat baru-baru ni. Cantik gila habaq hang. Sebelum ni boleh dikatakan aku ni bukan penggemar wallet panjang sebab aku selalu dimomokkan dengan kejadian ragut yang berleluasa kat area perumahan aku ni. Lagi-lagi mama aku tak galakkan aku bawak sling bag bila jalan kaki sorang-sorang. So aku agak terbiasa dengan wallet kecik yang jenis boleh sumbat masuk dalam poket ni. Senang jalan lenggang kangkung je. Peragut pun tak ada masa nak jeling tengok aku kot-kot ada rumput handbag yang boleh diragut.


Bila aku zaman sekolah dulu aku mampulah nak maintain wallet kecik cenonet macam tu sebab bila umur bawah 17 aku tak pegang banyak kad. Kalau ada kad time tu pun cuma IC je. Tapi bila habis je SPM, macam-macam jenis kad aku kena pegang. IC, lesen kereta sampai 3 (L,P,kompeten) dan kad Bank Islam. Time ni pun wallet kecik aku dah mula merekah. Lagi pulak aku ni suka sangat kumpul syiling. Luls memang koyak la kan. Nak tengok wallet kecik aku macam mana?


Pejam mata je tengok bantal busuk tu k. Ahakk yang warna biru gambar kartun tu wallet iols :3


Dah lah wallet kecik, gambar kartun pulak tu. Aku tak tahu macam mana aku boleh buat muka selamba keluarkan wallet ni time beli makanan waktu aku asasi dulu. Tak fashionable langsung  T__T  Bila agak-agak wallet biru tu dah tak mampu tampung kad-kad semua tu, aku beralih ke wallet panjang. Take time juga nak sesuaikan diri dengan wallet panjang ni sebab tak muat masuk poket kan. Lepas tu tiap kali keluar sekarang ni pun kena bawak handbag. Seriau je rasa bila jalan sorang-sorang nak pergi LRT  T__T


Malangnya wallet panjang tu pun tak mampu nak tampung kad aku yang banyak bertingkek-tingkek ni. Haizz wallet kembung dengan kad je. Kahkah kali ni dengan kad Maybank, Watsons membercard, student card bla3 tak larat nak list. Huhu so beli lagi wallet baru dan yang paling baru ni sumpah cantik gila! Dan compartment untuk kad pun memang banyak gila! Dah la warna pun ya ampun comelnyaa. Hehe sayang sangat wallet ni 


Different compartment for cards and money

Warna pilihan aku. Sweet kan?


Real look on my hand. Cantik gila okay!


 Bahagian kad


Bahagian duit




Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan wallet ni. Bila aku tunjuk kat kawan-kawan semua kata comel dan kagum sebab ada different compartment untuk duit dan card. Seriously awesome kan. Mana nak jumpa wallet cantik macam ni kat luar. Tell me. Huhu harga RM 40 sahaja. Banyak lagi warna yang available. Dan ada jugak design lain yang comel-comel. But so far, this one aku tak jumpa lagi kat luar. So apa lagi? Tak teringin ke nak ada wallet yang.. haih aku tak larat nak puji lagi ni. Huhu jom beli kat FB shop saya:


Thursday, September 05, 2013

2 in 1

First story

Assalamualaikum! Lagi beberapa hari aku akan mulakan semester 5 yang bermaksud, aku dah masuk final year. Phew tak sangka cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je semalam jadi junior berhingus yang merayau-rayau sekitar fac mencari kelas. Sekarang dah nak jadi senior dah kau kan. Tapi to be honest, I don't really fancy this senior-junior thingy. Entahlah tak berapa reti nak describe sebenarnya sebab bagi aku semuanya sama regardless of what their age is. Yang penting kau matang. Tak guna kalau dah masuk semester 5, tapi still lost dengan masa depan bila habis degree nanti (cakap depan cermin). So this is my class time-table for semester 5. Subject dah kurang 1 pun still tak best jadual ni sebab ada kelas petang yang critical woi! Time yang critical untuk aku melelapkan mata. Lalala




Yang buat aku gila ketaq lutut bila sem 5 ni dah kena start buat proposal untuk final year project. Idea dah ada dan dah siap download lagi dokumen yang berkenaan dengan idea projek FYP aku ni. Kononnya time cuti nak revise la sambil-sambil tu try kenal new programming language. Tapi hampeh. Tengok title document tu pun dah cepat-cepat aku tutup tab. Dah tu macam mana? Haizz.. I don't want to grow old :( Kalau boleh nak jadi infant je yang kerjanya makan, tidur, main. It's a bliss. 


Second story

Dah hampir 3 minggu aku set up my own FB shop. Shop aku ni dikira macam rojak jugaklah sebab banyak benda aku jual. Haha! Apa yang aku pakai, aku jual. Tapi aku tak jual baju kat shop tu sebab risau fabric atau design tak sama dengan gambar etc. Lagipun dah banyak online shop yang jual baju. So I chose makeup and accessories as my major selling item. Selain tu aku ada juga jual skincare Dnars yang aku pakai sekarang ni di shop tu.





So far dalam 3 minggu ni produk Dnars memang dapat sambutan. Alhamdulillah ada la rezeki sikit-sikit. Cuma accessories dengan Korean makeup line yang tak berapa nak jalan. Oh ya, aku jual contact lens jugak. Haha see, rojak betul kedai aku ni sampaikan aku sendiri tak tahu nak kategorikan kedai ni sebagai apa -.-


Secara terus terang, aku hanya jadi dropship dan semua barang tu memang tak ada dalam stok simpanan aku. Ada jugak yang PM nak jadi dropship aku tapi nak buat cane awak, kite pun dropship jugek. Maklumlah student kan, manalah aku ada masa nak pergi pejabat pos nak pos barang apa semua. Tak larat mak nok. Kahkah so sebagai langkah mudah, aku just jadi agen dropship. Untung pun tak ada banyak sangat tapi cukuplah buat duit poket jalan-jalan tengok wayang ke.


Disebabkan aku ni jenis lembik hati tisu, bila kena marah dengan customer pun terus rasa down sampai nak stop business. Ya, seawal 2 minggu aku dah rasa give up. Aduhai memang tak ada bakat nak ikut jejak langkah parents berniaga la. Jiwa tak kental. Sobs.. Aku mengadu kat kawan lepas tu dia pun marah. Haha okay tak jadi nak quit. Teruskan jelah lagipun giveaway sempena pembukaan page tu pun tak tamat lagi. Apa cerita nak muflis pulak kan? Hewhew..


Pada sesiapa yang tengah membaca sekarang, ada masa sehari lagi untuk join giveaway Back To Basics. Ada 3 hadiah lumayan (lumayan ke?) yang aku tawarkan. Cepat sebelum terlambat!


Click banner to join!


Wednesday, September 04, 2013

CC Cream by Etude House



Assalamualaikum. Semua orang tahu apa itu BB cream kan? Tapi pernah dengar tak CC cream? Kalau BB stand for Blemish Balm cream, CC pula stand for Colour & Correct cream. Meaning CC cream ni sesuai untuk apa sahaja jenis warna kulit. Khasiat CC cream sama baik dengan BB cream tau. Dan lagi best, CC cream yang Back To Basics jual ialah jenama Etude House yang kami import terus dari Korea! So kualiti sangat terjamin tau.


Untuk pengetahuan anda, CC cream by Etude House ni ada 2 jenis iaitu Glow dan Silky. Sesiapa yang ada very dry skin, sangat recommend untuk guna Glow sebab Glow ni buatkan kulit muka kita nampak moist gitu. Manakala yang mempunyai kulit berminyak, boleh cuba Silky sebab Silky ni dia matte look. Bawah ni gambar perbezaan application kedua-dua CC cream ni. Berbeza kan hasil dia? Kalau saya, saya suka yang Glow. Nampak macam muka moist dan sihat je. Hehe.. 




Setiap Korean makeup yang ada di album Back To Basics ialah pre-order. Anda boleh je order bila-bila masa sebab kami tak tetapkan bila tarikh tutup pre-order. Caranya, order pada saya item yang anda nak, lepas tu kami akan order terus dari supplier di Korea. Expected time arrival ialah dalam masa 2-3 minggu. Penantian yang berbaloi sebab item memang original dan harga jauh lagi murah dari counter price. Kalau tak percaya, boleh pergi ke mana-mana outlet Etude House dan bandingkan dengan harga yang kami tawarkan ni :D

Brand: Etude House
Item: CC cream
Additional benefits: Have SPF30/PA++
Nett weight: 8ml
Price: RM 55 (exc postage)

Sunday, September 01, 2013

ADS Makeup Kit

Assalamualaikum. Dah hampir seminggu aku hold nafsu untuk cerita pasal makeup kit ni di blog. Sebabnya sepanjang seminggu ni aku tak keluar mana-mana. So memang carik pasal la kalau aku saja-saja nak pakai mekap dalam rumah kan. Buat kena marah dengan mama je. Heheh so today I got the chance to play around with this kit sebab nak pergi openhouse. 


This kit have 3 sections and comprises of 24 eyeshadows (top), 8 lipsticks & tools (lip brush, eyeshadow brush, blusher brush) All this at the middle section. And at the lowermost contains 4 blusher, 2 face powder and 1 creamy texture highlighter/concealer. I'm not sure what it is. But I am pretty sure it is not a kind of thing that suitable to be applied on the entire face. I try to use it as a concealer and applied it on my acne scars. But it does not really conceal the scar. Instead, it have a glowing effect on it 0.o So okay maybe I gonna use it as a highlighter.


My own version of em life palletete



Eyeshadow
I am not really that good when it comes to eyeshadow. Aku just ikut suka hati je nak blend apa-apa warna. Macam hari ni aku pakai paju warna merah. So aku guna eyeshadow warna champagne dan soft pink. Eyeshadow ni tak berapa pigmented dan agak sheer bila first apply kat eyelid. Kena reapply untuk bagi nampak warna dia. So far okay la dengan harga dia. What to expect from a makeup kit that cost less than RM 50? Kalau harga mahal tu iye la aku boleh banyak songeh complaint kenapa warna dia tak terang. Hihi




Lipstick
Surprisingly lipstick dia langsung tak mengeringkan bibir! Huyoo bila aku dapat kit ni aku risaukan lipstick je sebab takut mengeringkan bibir. Aku langsung tak pakai apa-apa lipbalm before applying this lipstick like I used to be. Warna dia quite good on my lips. So thumbs up for this lipstick! But for the tools, so-so jela. Facial sponge dia terlalu lembik. Tak best nak guna. Eyeshadow brush pun yang common punya dan blusher brush terlalu kecil for a smooth application on my wide cheeks T_T Lip brush pulak keras kejung. Habis cedera aku punya lip palette. Hihi untuk lip brush aku gantikan dengan lip brush from my Victoria Jackson lip kit.



Blusher & Face powder
The blusher also not very pigmented. Plus with the small brush, I have difficulties to apply the blusher evenly on my cheeks. Kang ada part terlebih merah, ada part takde warna langsung. Iskk I need a makeup brush set immediately T_T As I mentioned before, yang creamy thingy tu aku tak tahu apa benda. Haha aku noob lagi pasal makeup ni. Nak kata concealer, berkilat pulak bila aku sapu kat blemishes. Nak kata highlighter, tak de pulak membantu menaikkan tulang pipi dan hidung aku. Haih so I dunno :/

Eyeshadow and lipsctick from this kit


Happy belated 56th birthday Malaysia!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...