Saturday, November 16, 2013

Review: TonyMoly Appletox

Assalamualaikum dan hai! Almost 1 month blog tak terupdate. Malas sangat nak menaip sekarang ni. So now I am back with my sloppy review. Heheh last week aku menghabiskan duit dengan beli barang-barang comel ini. Dah lama aim mereka. Sekarang baru makbul hasrat. 


Mulanya keliru nak ambil Appletox ke Tomatox. Lepas puas fikir, akhirnya beli Appletox dan untuk Tomatox aku just beli sample je. Bila roommate tanya kenapa tak beli Tomatox? Aku jawab aku dah cukup putih. Tak nak putih lagi. Huk aloh alasan. Rasa nak sepak je. So untuk entry kali ni, aku nak cerita pasal Appletox ya kawan-kawan. Kalau sesiapa yang masih tak kenal Appletox, bentuk dia ialah epal hijau bawah ni. Nampak macam boleh dimakan. Tapi kalau nak gigi bersepai, please give it a try. Huehue


Love all these! Kalau dah namanya perempuan, ni lah dia kerjanya.


Product information:
Green apple extract Minerals(Mg, Fe), Vit(A,E,B1,B6,C) maintain skin's natural firmness and brightness. Highly effective  on exfoliate, AHA (Alpha Hydroxy Acid) AHA accelerates skin's exfoliate process. Acid loosens the bind between skin and dead cells, soothing the outer skin maintain fresh and silky.

Usage:
After cleansing, dry the skin and apply generously to dry areas to all over the face, avoiding eye and mouth area. Gently massage for 1-2 minutes and leave for 30 seconds. Gently rub your face in a circular motion and wash off in tepid water.

Tengok dead skin tu macam menarik je kan? Haha


How it looks on me. 


My review:
Bau dia macam epal tapi agak artificial sikit baunya. Tak ada lah sampai buatkan aku rasa nak jilat cream tu -..- Tak seperti Tomatox dan Red Appletox, Appletox ni dia tak ada spatula. Terpaksalah colek jari dalam bekas tu. So sebelum guna make sure jari betul-betul bersih. Appletox ni function dia untuk tanggalkan sel kulit mati dengan cara lembut (?). Masa korang gosok muka untuk exfoliate dead skin tu, tak rasa sakit langsung. Lagi eksaited ada lah bila tengok hasil kulit mati yang luruh macam salji tu :D Hasil lepas pakai, muka jadi supersoft dan lembap. Tapi bagi aku macam ada rasa berminyak sikit dan agak tak selesa. Bagi aku lah. Bagi orang lain aku tak tahu.

Cara aku guna:
1) Bersihkan muka dengan pencuci muka fav korang.
2) Colek sikit Appletox dan sapukan rata-rata ke muka. Tak payah tebal sangat sapu tu.
3) Biarkan muka dalam 1-3 minit. Ni step wajib. Kalau tak, tak dapatlah hasil snow tu. Hehe
4) Bila kering, gosok perlahan-lahan muka korang. Gosok sampai semua dead skin tu hilang.
5) Cuci muka dengan air bersih.
6) Keringkan muka dengan towel
7) Hadap cermin dan tiliklah muka korang puas-puas.

Nak beli lagi ke in future?
Entahlah. Bagi aku biasa-biasa je Appletox ni. Kalau awak betul-betul beauty junkie, mungkin Appletox ni akan jadi favorite awak sebab mostly beauty blogger suka dengan Appletox berbanding Tomatox dan Red Appletox.

Rating:
3.5/5

Price:
RM 50

Beli di:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...