Friday, September 05, 2014

20 Things About Me



Tengok orang dok buat natang ni kat instagram macam best tapi takde sorang pun sudi tag aku padahal aku teringin sangat nak buat. Haha ko dah kenapa anis -.-  Ok la untuk tidak menampakkan aku forever alone dan deperate kat instagram, meh la aku syok sendiri sorang-sorang kat blog yang kian menyepi tanpa pengunjung ni. Nanti haku jugak akan baca bila tua nanti :p


1) Nama penuh Anis Shuhada. Nama Ninie wujud sejak aku form 4 sebab aku gedik nak guna nama tu.
2) Tapi orang tak pernah panggil Ninie. Just panggil Anis atau Shu je.
3) Seorang yg benci matematik dan tak berapa suka kompiter tapi berjaya sambung belajar kat Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Luls
4) Clingy. Tak boleh dibiar sorang-sorang nanti aku jadi tak tentu arah.
5) Suka buat orang happy dengan bagi hadiah atau treats.
6) Tak pernah minat bisnes tapi run an instashop jual casing handphone. Hiks
7) Pernah pakai braces sebab jongang masa sekolah dulu.
8) Sangat senang gemuk.
9) Suka haiwan yang kecik dan fluffy macam hamster dan rabbit. Kucing tak berapa minat.
10) Lebih sukakan kawasan tanah tinggi berbanding pantai / pulau.
11) Boros kat makanan dan mekap.
12) Suka warna coklat, polkadot dan laces.
13) Sangat minat Lana del Rey sebab dia cantik dan muzik dia kena dengan jiwa aku.
14) Mudah terasa bila orang tinggi suara kat aku.
15) Tak reti beza diri sedang dipuji atau di-nganjing. Reaksi aku sama je; sengih.
16) Suka buat checklist barang2 yang aku nak beli dan usaha kumpul duit. Tapi selalunya gagal -.-'
17) Suka minta pendapat orang lain sebelum buat keputusan tapi end up ikut kepala sendiri jugak.
18) Nampak macam senang ikut cakap orang, tapi diam2 rebel dan buat ikut cara sendiri.
19) Boleh terima teguran tapi bukan dengan cara sindiran.
20) Minat lelaki sado. Muahaha eh tak sado pun takpe yang penting dada bidang. *ohmaigod*


Pergh laju je menaip benda alah ni semua. Nampak tak betapa aku teringin nak buat benda ni. Haha okbaii~


Thursday, August 28, 2014

Senangnya Nak Putih dengan Cathy Choo & Flawless Skincare!

Assalamualaikum semua! Rajin dah update blog sekarang sebab memang bosan tak tau nak buat apa dan takde apa nak dirisaukan sebab dah habis study! Sekarang tunggu masa nak praktikal je. Hehe so far sepanjang setahun aku tinggalkan blog ni, antara post yang paling banyak hits dan komen ialah pos pasal Dnars Skincare tu. Yela sekarang kan Dnars tengah meletup-letup kat radio kan. Tapi sorry uols sebab iols dah tak mampu nak jawab persoalan uols sebab iols dah berpaling tadah ke product lain. Haha minta maaf..


Punca aku berpaling tadah ni sebab aku takde duit nak restock Dnars T_T  In total aku kena ada dalam RM80 ++ untuk beli set normal dengan toner treatment. Masa tu memang kopak habis. Nak tunggu sampai duit cukup pun macam lambat lagi sebab muka aku makin teruk. Oh ya, lifespan muka aku flawless tanpa Dnars ialah 2 minggu je. Bila exceed 2 minggu memang berebut-rebut jerawat dan whitehead nak bertandang. Dengan berbekalkan modal less than RM50, aku cuba cari alternatif lain dan thank god aku ada follow satu account instagram ni @flawlessskincare_official. Guess what? Harga 1 set RM30 saja (exc postage) dan result best setaraf tabita. Hakhak yeay! So meh kita tengok dalam set tu ada apa.




Jangan expect saiz dia besar ok sebab tiga-tiga ni kalau disatukan ada la dalam besar tapak tangan je. Tapi tahan sebulan tau. Lebih kurang tempoh penggunaan masa aku guna Dnars dulu. Bezanya yang ni lagi murah. So nak tonyoh banyak-banyak pun aku tak fikir banyak kali dah. Hehe! Flawless skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit. Just pakai 3 ni je. Tak payah nak risau kena pakai toner apa semua. Korang pun pemalas macam aku kan? Ye aku tahu >_<  Ok bawah ni gambar beza bila aku guna Dnars dengan Flawless skincare ni:




Left: Setahun guna Dnars tapi still nampak parut jerawat dan kulit tak smooth sgt
Right: Dua bulan guna Flawless. Parut jerawat pudar dan kulit superlicin!

Masa guna Dnars dulu boipren aku asyik komplen je muka aku tak still tak cantik. Hoi aku beli skincare mahal-mahal still kutuk lagi. Tapi la ni dia dah tak bebel pape pasal kulit aku. Puas hati la tu kot. Hihik ;P Ok kalau muka dah cantik, tangan korang taknak cantikkan ke? Jangan la macam tu. Kang nampak kat tokey terlajak laris habis korang kena hembus "Eiii muka putih tangan hitammm ~!" Haha tokleh gitew okay. So meh korang tengok beza gambar aku 2 tahun lepas dengan sekarang ni. Even aku sendiri kagum aku dulu hitam! Adoi




Mohon kagum dengan aku punya kulit je ye. Badan jangan kutuk sebab.. entahlah asal gemuk sangat sekarang ni  T__T  Ok untuk putih pulak aku takde suntik pape pun haha just pakai sabun Cathy Choo je! Dah lama dok usha kat stegrem tapi macam tak berapa yakin sangat lagi-lagi hari tu kecoh sekejap pasal isu placenta dalam Cathy Choo ni kan. Tapi halahh ko sapu kat badan kot bukan ko makan placenta tu. 


So aku beli sebotol kat Downtown Cheras dengan harga RM 33 sebotol untuk cuba. Gambar atas kanan tu lepas 2 minggu guna. Aku start pakai minggu terakhir Ramadhan hari tu. Puas hati sangat dengan result dia. Next time nak beli lagi tapi maybe aku beli by post pulak. So jumpa lagi instashop best iaitu @zamalianashoppe. Dia jual murah tau. RM 30 je termasuk postage Semenanjung.





So siapa bilang nak putih itu susah? Senang je just kena rajin. Sekarang misi nak kurus pulak. Haihh kalau la kurus pun semudah menyabun badan je. Jangan recommend pape pil, opa snow, krim panas apa semua tu. Aku dah try semua tapi tetap tak kurus. So now kena back to basic je. Kurangkan makan dengan eksesais. Ok tu je. See you again in next post!


Saturday, August 23, 2014

@my_honeycase

Assalamualaikum wahai blog. Lama sangat dah tak update. Last post Disember 2013 perghhh lama gila kot aku biarkan blog ni bersawang. Sebenarnya macam-macam benda jadi cumanya aku malas nak tulis kat blog je. Aku lagi suka menghadap instagram. Blogger best yang rajin update pun dah senyap sunyi. Lagi la aku malas nak menulis. Oh baidewei, last post aku masa tahun lepas tu dok sibuk promote instashop ketiga kan? Alhamdulillah maju jugak bisnes ketiga aku ni. Setelah macam-macam benda aku cuba jual, casing handphone jugak yang laku :')  Ha ni yang tetiba nak buat biografi kisah anis mula berbisnes ni. Takpe taip jela. Esok lusa aku jugak yang akan baca blog ni.




Okay dulu sebelum aku cuba-cuba nak jual online ni aku paling takut bab postage sebab aku tak tahu mana nak dapat borang poslaju, macam mana procedure nak pos, saiz envelope yang sesuai untuk pos barang sekian-sekian. Siap google semua info kate ko. Punyalah nerd kan. So sebab aku bodoh-bodoh lagi bab pos barang ni, aku mula as dropship. Bermula dari dropship ni la aku buat page Back To Basics *sekarang page dah tutup*. Aku jadi dropship under 4 orang. 1 skincare, 1 accessories, 1 supplement, 1 makeup. Memandangkan aku ni dropship, untung tak berapa sangat tapi stress bukan main sebab bila supplier buat hal lambat update tracking number, aku yang sakit jiwa kena marah dengan customer. Luls cuma yang accessories tu je okay sebab supplier cina. Sangat efisyen buat kerja. Sorry kalau ada unsur racist sikit. Tapi ada aku kisah?


Lepas dah serik berdropship, cuba keluar modal sendiri untuk jual tudung. Bukak page baru pulak nama 'Pure Hijabs'. Itu pun sudah ditutup. Masa tu susah nak cari printed wide shawl yang lawa-lawa tambahan pula *giteww tatabahasa* aku noob nak melilit shawl. So dapat la model yang comot dengan lilitan shawl yang entah hape-hape. Aku la tukang jaga page, aku la tukang bungkus barang, aku la tokey, aku la model. Kadang-kadang kalau tak de siapa nak ambik kan gambo aku, aku jugak jadi photographer. Maksudnya? Selfie jela -.-


Kemudian apabila semangat bisnes aku mula luntur, muncul pula cabang idea baru untuk jual casing secara preorder dari China. Semuanya bermula bila aku stghess tak jumpa casing cecantik untuk handphone Sony Xperia L aku. Mekasih fawiz sebab kenalkan aku dengan pembelian dari China ni. Haha so secara main-main aku pun mula buka @my_honeycase yang bertapak di instagram. Kali ni serik dah nak buat page sebab susah nak dapat market. Masa preorder first batch tu 3 orang je yang order tapi dia punya happy tak yah cite la sebab alhamdulillah untung kali ni lagi banyak jugak dari jual shawl dengan dropship tu. 


My official logo


Serius tak sangka nama @my_honeycase tu bagi rezeki kat aku padahal aku main-main je petik nama tu. Tak macam masa fikir nama 'Pure Hijabs'. Pecah kepala fikir sebab nak nama sedap dan sofistikated. Puii akhirnya nama kanak-kanak ni jugak bawa rezeki. Nak kata untung sampai aku jadi kaya goyang kaki tu takde la. Tapi duit ni la aku guna untuk berjimba-jimba tanpa minta mama. Haha bebas nak beli barang mekap, beli baju, merayap. Lagi-lagi sejak aku pakai kereta ni. Memang non hado la kan mama nak bagi aku duit minyak untuk pergi balik Shah Alam tu. Selain jual online, aku jugak letak few ready stock kat butik @princessnationmy. Kalau ada rezeki, dapat la duit lebih bulan tu. Banyak risiko letak barang kat butik ni. Aku berdebor-debor je bila sales bulan2 masuk. Kalah debor tunggu result exam. Kahkah


Casing comel ni ada kat butik @princessnationmy.
Gi search stegerem depa noh


Ni pulak weekly batch yang under preorder ;)


Ni customer aku yang happy dengan casing beliau! :D
Model Lenovo A316


Tokey pun opkos la hepi sebab tiap2 bulan tukar casing.
Mengamuk mama tengok perangai aku ni T_T


So sesiapa yang rasa-rasa susah nak jumpa casing untuk handphone korang yang rare tu, boleh la singgah instagram aku. Search my_honeycase wokeh. Tak private pun. Follow jah. Hehe insyaAllah puas hati dengan casing yang korang beli. Gerenti ramai tanya mana korang beli casing tu sebab... kat kedai luar sangatlah susah nak jumpa tau. Only in my_honeycase je ada. Entah-entah korang satu-satunya dalam Malaysia ni yang ada casing tu. Haha ok over kbai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...