Saturday, August 23, 2014

@my_honeycase

Assalamualaikum wahai blog. Lama sangat dah tak update. Last post Disember 2013 perghhh lama gila kot aku biarkan blog ni bersawang. Sebenarnya macam-macam benda jadi cumanya aku malas nak tulis kat blog je. Aku lagi suka menghadap instagram. Blogger best yang rajin update pun dah senyap sunyi. Lagi la aku malas nak menulis. Oh baidewei, last post aku masa tahun lepas tu dok sibuk promote instashop ketiga kan? Alhamdulillah maju jugak bisnes ketiga aku ni. Setelah macam-macam benda aku cuba jual, casing handphone jugak yang laku :')  Ha ni yang tetiba nak buat biografi kisah anis mula berbisnes ni. Takpe taip jela. Esok lusa aku jugak yang akan baca blog ni.




Okay dulu sebelum aku cuba-cuba nak jual online ni aku paling takut bab postage sebab aku tak tahu mana nak dapat borang poslaju, macam mana procedure nak pos, saiz envelope yang sesuai untuk pos barang sekian-sekian. Siap google semua info kate ko. Punyalah nerd kan. So sebab aku bodoh-bodoh lagi bab pos barang ni, aku mula as dropship. Bermula dari dropship ni la aku buat page Back To Basics *sekarang page dah tutup*. Aku jadi dropship under 4 orang. 1 skincare, 1 accessories, 1 supplement, 1 makeup. Memandangkan aku ni dropship, untung tak berapa sangat tapi stress bukan main sebab bila supplier buat hal lambat update tracking number, aku yang sakit jiwa kena marah dengan customer. Luls cuma yang accessories tu je okay sebab supplier cina. Sangat efisyen buat kerja. Sorry kalau ada unsur racist sikit. Tapi ada aku kisah?


Lepas dah serik berdropship, cuba keluar modal sendiri untuk jual tudung. Bukak page baru pulak nama 'Pure Hijabs'. Itu pun sudah ditutup. Masa tu susah nak cari printed wide shawl yang lawa-lawa tambahan pula *giteww tatabahasa* aku noob nak melilit shawl. So dapat la model yang comot dengan lilitan shawl yang entah hape-hape. Aku la tukang jaga page, aku la tukang bungkus barang, aku la tokey, aku la model. Kadang-kadang kalau tak de siapa nak ambik kan gambo aku, aku jugak jadi photographer. Maksudnya? Selfie jela -.-


Kemudian apabila semangat bisnes aku mula luntur, muncul pula cabang idea baru untuk jual casing secara preorder dari China. Semuanya bermula bila aku stghess tak jumpa casing cecantik untuk handphone Sony Xperia L aku. Mekasih fawiz sebab kenalkan aku dengan pembelian dari China ni. Haha so secara main-main aku pun mula buka @my_honeycase yang bertapak di instagram. Kali ni serik dah nak buat page sebab susah nak dapat market. Masa preorder first batch tu 3 orang je yang order tapi dia punya happy tak yah cite la sebab alhamdulillah untung kali ni lagi banyak jugak dari jual shawl dengan dropship tu. 


My official logo


Serius tak sangka nama @my_honeycase tu bagi rezeki kat aku padahal aku main-main je petik nama tu. Tak macam masa fikir nama 'Pure Hijabs'. Pecah kepala fikir sebab nak nama sedap dan sofistikated. Puii akhirnya nama kanak-kanak ni jugak bawa rezeki. Nak kata untung sampai aku jadi kaya goyang kaki tu takde la. Tapi duit ni la aku guna untuk berjimba-jimba tanpa minta mama. Haha bebas nak beli barang mekap, beli baju, merayap. Lagi-lagi sejak aku pakai kereta ni. Memang non hado la kan mama nak bagi aku duit minyak untuk pergi balik Shah Alam tu. Selain jual online, aku jugak letak few ready stock kat butik @princessnationmy. Kalau ada rezeki, dapat la duit lebih bulan tu. Banyak risiko letak barang kat butik ni. Aku berdebor-debor je bila sales bulan2 masuk. Kalah debor tunggu result exam. Kahkah


Casing comel ni ada kat butik @princessnationmy.
Gi search stegerem depa noh


Ni pulak weekly batch yang under preorder ;)


Ni customer aku yang happy dengan casing beliau! :D
Model Lenovo A316


Tokey pun opkos la hepi sebab tiap2 bulan tukar casing.
Mengamuk mama tengok perangai aku ni T_T


So sesiapa yang rasa-rasa susah nak jumpa casing untuk handphone korang yang rare tu, boleh la singgah instagram aku. Search my_honeycase wokeh. Tak private pun. Follow jah. Hehe insyaAllah puas hati dengan casing yang korang beli. Gerenti ramai tanya mana korang beli casing tu sebab... kat kedai luar sangatlah susah nak jumpa tau. Only in my_honeycase je ada. Entah-entah korang satu-satunya dalam Malaysia ni yang ada casing tu. Haha ok over kbai!


13 comments:

  1. macam mana ye nk review instashop org kt insta kita ? tq ye sis . sory laa noob sikit

    ReplyDelete
  2. means awak nak review instagram org? screenshot instgram tu lepas tu buat caption pasal dorang. takpun beli apa2 barang dari kedai tu dan bagi feedback testimoni. jarang owner instashop nak bagi freegift melainkan follower awak ramai dan setiap kali awak pos gambar awk dapat 1000 likes ke atas.

    ReplyDelete
  3. dik kalo org china shipping kat kita, dorg pakai shipping apa yea. bole anta satu2 barang ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far sy pernah terima from Poslaju, Skynet, ABX dgn Kangaroo Express. Yup boleh hantar satu2 tapi tak berbaloi sebab dia kira postage ikut berat 1kg=RM11. So better beli byk baru puas hati :)

      Delete
  4. As salam. Ig @my_honeycase ada lagi? Search tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. sy dah delete ig tu. dah stop jual :)

      Delete
  5. Salam..saya nak mintak sedikit ilmu dari awak kalau tak keberatan..erm,kalau mula2 kita buat bisnes secara preorder ni,dah tentu customer kita tak ramai kan.jadi,macam mana ye kita nak kira untung atas barang tu.kalau kita order barang tak banyak biasanya kita tak dpt harga borong kan.jadi nak markup dari mana ye keuntungan tu.harap awk faham soalan saya ni..hehe..saya budakk baru belajar..mintak tunjuk ajar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. sy selalu order terus dari china sebab currency dorang lagi rendah dari kita. sy tak beli borong pun. sy beli satu2 tp still harga lagi murah. sy mark up harga ikut harga market biasa. tak markup tinggi pun.

      Delete
  6. boleh tau x,sis ambik order dari mana?

    ReplyDelete
  7. maaf jika menggangu. boleh saya tahu macam mana yea nak buat payment jika order barang dari china?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayar melalui visa debit card. Masa check out pilih option credit card / debit card. Then masukkan nombor kad, 3 digit belakang kad, card expiry date dan nama pemilik card.

      Delete
  8. salam,, lepas kite dah siap payment tu, cuma tunggu dorang pos barang ke malaysia ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...