Friday, September 05, 2014

20 Things About Me



Tengok orang dok buat natang ni kat instagram macam best tapi takde sorang pun sudi tag aku padahal aku teringin sangat nak buat. Haha ko dah kenapa anis -.-  Ok la untuk tidak menampakkan aku forever alone dan deperate kat instagram, meh la aku syok sendiri sorang-sorang kat blog yang kian menyepi tanpa pengunjung ni. Nanti haku jugak akan baca bila tua nanti :p


1) Nama penuh Anis Shuhada. Nama Ninie wujud sejak aku form 4 sebab aku gedik nak guna nama tu.
2) Tapi orang tak pernah panggil Ninie. Just panggil Anis atau Shu je.
3) Seorang yg benci matematik dan tak berapa suka kompiter tapi berjaya sambung belajar kat Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Luls
4) Clingy. Tak boleh dibiar sorang-sorang nanti aku jadi tak tentu arah.
5) Suka buat orang happy dengan bagi hadiah atau treats.
6) Tak pernah minat bisnes tapi run an instashop jual casing handphone. Hiks
7) Pernah pakai braces sebab jongang masa sekolah dulu.
8) Sangat senang gemuk.
9) Suka haiwan yang kecik dan fluffy macam hamster dan rabbit. Kucing tak berapa minat.
10) Lebih sukakan kawasan tanah tinggi berbanding pantai / pulau.
11) Boros kat makanan dan mekap.
12) Suka warna coklat, polkadot dan laces.
13) Sangat minat Lana del Rey sebab dia cantik dan muzik dia kena dengan jiwa aku.
14) Mudah terasa bila orang tinggi suara kat aku.
15) Tak reti beza diri sedang dipuji atau di-nganjing. Reaksi aku sama je; sengih.
16) Suka buat checklist barang2 yang aku nak beli dan usaha kumpul duit. Tapi selalunya gagal -.-'
17) Suka minta pendapat orang lain sebelum buat keputusan tapi end up ikut kepala sendiri jugak.
18) Nampak macam senang ikut cakap orang, tapi diam2 rebel dan buat ikut cara sendiri.
19) Boleh terima teguran tapi bukan dengan cara sindiran.
20) Minat lelaki sado. Muahaha eh tak sado pun takpe yang penting dada bidang. *ohmaigod*


Pergh laju je menaip benda alah ni semua. Nampak tak betapa aku teringin nak buat benda ni. Haha okbaii~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...