Thursday, January 22, 2015

Gitar



Hari tu buat spring cleaning kat rumah. Haha habis semua barang lama aku selongkar dan decide nak jual. Termasuklah gitar ni. Dah lama terabai atas almari sampai berhabuk mengalahkan salji! Ni gitar pakcik aku. Dia bagi aku masa aku form 2 kalau tak silap. Masa mula-mula aku turunkan gitar ni dari almari niat aku tak lain tak bukan memang nak jual je. Pehal entah mata duitan sangat aku sekarang ni -.-


Tapi bila aku dah bersihkan beliau dari segala habuk yang melekat, tetiba muncul rasa sayang nak lepaskan. Haha lagi-lagi sekarang aku tengah menganggur. Alang-alang aku dah bosan tak tahu buat apa ni so apa kata aku belajar main gitar. Maka dengan itu aku pun start la menggogel basic guitar chords.


Tapi sebelum tu aku kena repair gitar ni dulu sebab tali dah putus satu. Tune pun dah lari. Isnin lepas aku ajak bf teman pergi betulkan tali gitar. Sebolehnya aku taknak pergi Yamaha sebab risau mahal. Merayau pergi 3 shopping mall sebab nak cari tali gitar tapi tak jumpa. At last beranikan diri masuk Yamaha kat KL Festival City. Guess what, tune + pasang tali baru RM 15 je. Haha mengamuk laki aku. Dia kata kalau pergi Yamaha awal-awal kan senang kerja  T__T


Namun malangnya belum sempat aku nak persembahkan gitar kapok aku, dorang kata tali yang ada kat dorang dah karat. Belum keluar plastik pun dah karat? So terpaksa pergi Yamaha kat Wangsa Walk. Kat situ tak boleh pasang 1 tali. Kena tukar semua terus. Tanpa banyak soal aku pun setuju jela. Pasang tali + tune RM 35. Orang tu ambil masa 30 minit untuk tukar. Then aku mengada pulak nak beli bag gitar sebab segan nak pegang gitar macam tu je bawak ke hulu ke hilir. Tapi aku dah ketandusan duit! Haha nasib baik laki aku ada boleh tawar menawar. Aku pulak dok menyengih je sebelah dia. Dari harga RM 65, dapat la RM 55 harga beg tu. Yeay imma happy kid.


Habis RM 90 untuk gitar je. Ni kalau tak reti-reti jugak main memang bazir la. Hampir 4 hari aku dengan gitar ni so far ada la dalam 5 chord aku dah hafal. Hafal jela tapi nak tukar jari dari 1 chord ke chord lain masih failed. Ehmmmm ehmmmm aku practice dengan cara main lagu. Buat masa ni tengah berusaha nak mahirkan lagu Menunggu Pagi. Target aku dalam masa sebulan untuk aku mahirkan lagu ni. Just wait and see. Lol


1 comment:

  1. Pasang & tune rm35? Boleh tahan mentakedarah duit jugak staff Yamahal :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...