Monday, January 26, 2015

Morib Gold Coast Resot

Assalamualaikum dan hai! Lama tak pos gambar-gambar holiday. Puncanya sebab malas nak transfer gambar masuk lappy -.- Tapi memandangkan sekarang aku terlalu banyak free time, so lemme start the vacation post with Morib Gold Coast Resort! Hewhew hotel ni boleh tahan famous jugak sebab kat Groupon selalu offer discount. Then banyak jugak company suka buat holiday kat sini. Ni aku berpeluang ke situ pun sebab company praktikal aku buat Family Day kat situ. Kalau tak memang haram la nak merasa.


Sebab company aku saja nak menyusahkan perjalanan kitorang, dorang awal-awal dah aturkan race yang start point dia dari Bangi. Huhu padahal dekat je Bangi - Morib tu. Less than 2 hours boleh sampai kot? Tapi sebab saja nak drag time, dorang suruh pusing Negeri Sembilan dengan Selangor dulu. Akhirnya nak dekat pukul 6 petang macam tu baru check in. Tapi nasib baik bilik selesa. Buka je pintu bilik terus kena sembur dengan aircond yang supernyaman.


Website official kalau korang nak tempah secara online


Aku dapat bilik yang bukan menghadap kolam. Nak pergi kolam pun kena menapak sikit. Tapi issokey la sebab aku pun tak nak mandi. Check in sana 2 hari 1 malam je. Petang check in dah penat. Malam tu dinner, esok pagi balik. Masing-masing memang takde mood nak mandi-manda. Hari Sabtu pagi semua terbongkang kat bilik. Bangun untuk pergi breakfast je. Nasib baik breakfast banyak pilihan dan semua sedap! Overall aku suka sangat dengan hotel ni.


Oh ya, yang water themepark tu orang luar pun boleh datang. Korang tak payah check in hotel pun takpe. Just bayar rate untuk theme park je lepas tu boleh mandi. Besar jugak water theme park dia. Plus parking pun luas. Tapi yang tak best nya hotel ni bila malam je mesti bau busuk. Malam dinner tu kitorang semua kena hidu bau busuk yang ditiup oleh bayu laut. Dinner outdoor kan. Hmm putus selera aku padahal malam tu kambing bakar dia sedap gila kot! Yang bau busuk aku kata tadi katanya bau naj*s b*bi. Entah betul entah tak. Member bagitahu yang kawasan berdekatan hotel ni merupakan tempat ternakan b*bi. Wallahualam. 


Meh layan gambar pulak! Sorry sekarang baru aku perasan aku lupa snap gambar bilik  T__T  Semua sudut aku snap tapi bilik pulak lupa. Lol!


Sebaik sahaja buka pintu


Ruang tamu yang luas dan selesa


Ruang tamu ke dapur


Balkoni pun luas jugak


Paling impressed! Toilet bersih gila. Haha teruja tengok toilet -.-


















Laut Morib memang sentiasa surut. Harapan la ko nak berenang kat Morib  T__T


Tapi nasb baik makanan dap~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...