Saturday, January 10, 2015

Pengalaman Praktikal di Bank

Assalamualaikum dan hai! Alhamdulillah aku dah 2 minggu habis praktikal dan sekarang tengah menganggur dengan gembiranya di rumah. Kawan aku kebanyakan dapat serap terus kat company masing-masing. Aku ni je masih menunggu panggilan interview dari tempat praktikal aku tu. Untuk pengetahuan, aku praktikal di sebuah bank under Jabatan Teknologi Maklumat. Tak perlu lah ek aku mention bank mana sebab motif nak coretkan pengalaman kat blog je.


Aku tunjuk logo je. Kenal kan?? Haha


Disebabkan aku ni merupakan graduan UiTM dan ambik course berkaitan dengan IT, maka tempoh praktikal aku selama 3 bulan je. Masa aku mula-mula masuk company untuk mula praktikal semua staff hairan kenapa aku praktikal kejap sangat  T__T  Lantak pi lah sekajap pun sebab aku lagi suka sekejap dari lama. So bermulalah perjalanan hidup aku sebagai gadis praktikal. Gitteww~


Dalam surat tawaran tu bank offer RM 400 elaun/sebulan. Dah nampak elaun banyak sape taknak kan. So gigihlah aku berulang alik dari Ampang ke Bangi setiap hari. Jauh okay bagi status gadis praktikal macam aku. Hari-hari lah aku mengulang highway MRR2 tu sampai dah naik hafal jalan mana yang selalu jem dan jalan mana yang aku kena bijak mencilok. Haha


Disebabkan bidang IT ni sangatlah bukan passion aku, so aku risau sangat dengan task yang akan aku hadapi. Yang paling pasti mestilah kena buat system kan. Tapi alhamulillah aku bernasib baik sebab bank guna vendor untuk develop system dan aku cuma perlu buat documetation je. Tu satu benda yang best kalau kau praktikal under company besar. Kalau under company kecik dan Sdn. Bhd., chance untuk pihak company suruh kau develop system tu memang tinggi. Ok bab documentation tu aku dah boleh tarik nafas lega.


Tapi sebab sebulan pertama tu vendor yang bertanggung jawab untuk siapkan system tu tak masuk kerja lagi, so aku pun naik boring dah nak buat doucumentation sebab dah memang takde kerja langsung. Akak meja sebelah tau kot aku boring haha so dia pun offer untuk ajar aku language baru iaitu COBOL. Sejak aku first day aku memang perasan orang bank ni banyak guna COBOL daripada language lain tapi sebab aku malas ambik port sebab yelah kan aku berminat lah sangat dengan natang programming ni -.-


Ambik masa 2 minggu jugak la untuk aku belajar dan ok la not bad. Tapi dalam not bad tu jahanam jugaklah program akak tu aku kerjakan. Elok dia nak delegate task program dia kat aku terus cancel sebab error yang pelik-pelik semua keluar bila dia suruh aku sambung buat. Tapi pape pun aku puas hati jugaklah sebab aku dah boleh eksyen kat resume yang aku reti COBOL padahal non hado. Haha


Selain dari tu suasana kerja pun best, staff semua ok. Aku rajin betul menempek join aktiviti dorang. Motif mestilah sebab nak bank serap masuk haha lol. Padahal masa study dulu punyalah malas join aktiviti. Motif sangat kan. Hmm cuma walaupun semua ok aku masih susah nak buang monday blues T__T tapi setiap hari isnin jela. Masuk hari selasa aku dah normal balik. 


Overall best jugaklah praktikal kat bank ni sebab aku tak payah buat system. Hakhak cuma yang tak bestnya elaun aku dah masuk 3 bulan pending. Sampai aku dah habis praktikal pun duit tak masuk-masuk lagi. Tu asyik meroyan mencaruts kat twitter. 3 bulan kot?! Maybe ada la dekat RM 1000 jugak yang dorang perap (sebab elaun ikut hari RM 20/sehari. Bukan RM 400 tepat. Lol tipah tertipu). Hm tu jela slack nya praktikal kat company besar ni. Elaun budak praktikal di anak tirikan. Yang lain semua tiptop. 


Walaupun kat perenggan sebelum ni aku terkutuk tapi besarlah harapan saya untuk terus berkhidmat di jabatan yang sama sekaligus menjalin semula ukhwah dengan staff yang sempat saya kenali sewaktu berpraktikal dulu. Hewhew kbai nah tayang gambor pulak


Nin dia jabatan kesayangan kiteerr :')


Ginilah gamaknya meja akuu. Cantiks kan. Hihi


Malam dinner. Praktikal tak boleh pergi tapi aku tumpang nama orang. Huks


Semua staff dapat dan acah-acah staff pun dapat!


Ni masa join family day kat Morib. Beria betul aku menyibuk. Haha


Mewah kat makan je bila kat sini :9

5 comments:

  1. @nurul akma
    susah jumpa rumah sewa sbb situ area company corporat. area perumahan yg terdekat pun area putrajaya atau kajang

    ReplyDelete
  2. ni BSN Bangi yang Pusat Pembelajaran BSN tu ke?

    ReplyDelete
  3. Yg sis praktikal ni kat BSN Bangi yang Pusat Pembelajaran BSN ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...