Tuesday, January 13, 2015

Review: Citra Mulia Kosmetik

Assalamualaikum dan hai! Haa nampak tak gambar produk kat bawah ni? Alhamdulillah aku diberi kepercayaan untuk review produk dari Citra Mulia. Actually Citra Mula ni distributor yang supply produk kecantikan betul-betul original dari Indonesia. Apa dia? Produk indon?? Choiii engko jangan sesekali memandang enteng para produk indon ya. Apa kau enggak pernah nonton sinetron? Kan cantik kulit dorang even yang lelaki pun kulit mulus je. Kalah aku yang pompuan ni T__T


Seperti yang korang dan aku sedia maklum, sekarang ni Malaysia dah banyak sangat lambakan kosmetik bumiputera. Aku bukanlah nak pandang rendah ke apa. Tapi aku selalu sangat dengar cerita yang produk keluaran bumiputera ni selalunya repackage dari Indonesia. Dorang beli secara timbang lepas tu rebranding. Hmm even alamat kilang pun takde tertulis kat packet produk kan? Yang ada cuma alamat distributor je. So sad :/


Tapi dengan produk dari Citra Mulia ni memang semuanya diimport terus dari Indonesia. Haa lepas ni bolehlah aku memiliki wajah dan badan gebus gebas bak Bunga Citra Lestari. Haha -.- Kat packaging produk memang siap alamat kilang, isi kandungan produk. Dan lagi menarik, semua produk yang Citra Mulia jual ni ada nombor notifikasi KKM. Nombor tu siap stamp kat packaging produk. Lagilah aku tak risau nak guna :D


Selain itu juga untuk memudahkan pembelian, syarikat Citra Mulia dah sediakan 1 website e-commerce untuk memudahkan korang shopping. Tak payah whatsapp ke apa. Just taip je citramulia.com.my lepas wallah korang akan sampai ke website. Lepas tu click senarai produk yang korang berkenan. Click 'Add to Cart' dan settle payment. Senang kan? Tunggu je barang sampai. Alhamdulillah barang aku pun dah selamat sampai dalam keadaan baik. Takde pecah atau tumpah. Bagus dorang bungkus.







Kat kiri website tu ada senarai produk yang dorang jual. Nama macam tak familiar sangat kan? Well, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu I am here to help you to do the review! Haha ok Citra Mula bagi aku 3 produk untuk review. Aku ingatkan 1 je dia bagi. Sekali 3 engko. Terharu sampai meleleh ayaq hidong. Bawah ni antara produk yang aku dapat. Buat masa ni aku baru 2 hari guna produk Milano Ashley Rose Tea lotion dengan Dr. Herbal cream. So nak buat review pun macam awal sangat kan. Aku just tunjuk rupa barang tu je k ;)


Milano Ashley, Dr. Herbal, The Face


Bau wangi! Lena je tidur lepas pakai.







Nantikan pos seterusnya tentang Milano Ashley lotion pulak tau :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...