Saturday, January 17, 2015

Review: Peelable Nail Polish (Jawahir)



Assalamualaikum dan hai! Salah satu sebab aku suka sangat shopping barang kat instagram sebab aku boleh beli barang yang susah nak jumpa kat luar. Contohnya peelable nail polish ni. Seperti yang kite tau, nail polish ni sangat leceh untuk dipakai oleh gadis Muslim. Antara sebabnya mestilah solat tak sah kan. Dah lah duit habis kat nail polish, lepas tu kena beli pulak polish remover. Leceh kan?


Tapi doncha worry bebeh sebab sekarang gadis Muslim pun dah layak menjadi urban dengan adanya nail polish yang boleh dikopek-kopek maciamm gam ittew. Oh ya, masa aku beli nail polish ni masa tu tengah hangat tentang isu kuku budak kecik tertanggal sebab pakai homemade inai tau. Aku dah berkira-kira nak beli inai homemade sebenarnya tapi bila dah muncul cerita camtu memang tak la aku nak beli. Benda yang memudaratkan seperti itu pun jatuh haram ye adik-adik. So engko jangan nak berlagak suci sangat yang pakai nail polish ni harom. Eh ko dah kenapa emo anis  T__T




Yang aku beli ni brand Jawahir. Hamboi nama pun islamik kan. Masa tu jugak peelable nail polish ni belum mainstream dan harga pun agak mahal. Tapi akhirnya aku berjaya jugak beli sebab seller tu buat clearance sales. Hehe iols pilih kaler merah sebab kaler nude mahal noharom tetiba sampai RM 60 ceh yang merah ni RM 25 termasuk pos. Engko rasa?  T__T  Sekarang ni dah banyak yang murah. Harga RM 10 pun ada.


Tapi kena hati-hati kalau nak beli peelable nail polish ni sebab ada certain brand yang bukan peelable contohnya brand Miss Rose. Yup Miss Rose pun ada jugak jenis peelable tapi susah nak bezakan dengan hanya refer pada botol. Ramai dah yang tertipu seller bagi yang jenis permanent punya. Padahal customer bayar untuk jenis peelable. Tu la sebabnya aku tak minat brand Miss Rose ni.




Selain peelable, ada jugak nail polish yang water permeable. Maksudnya, nail polish tu macam yang biasa punya (kena guna polish remover untuk tanggalkan). Bezanya nail polish ni boleh bawak solat. Wudhuk sah la kiranya sebab air boleh meresap. Antara brand yang water permeable ni ialah O.P.I Nail Lacquer dan Tuesday In Love. Harga mahal sikit dari peelable. Tapi aku ada terbaca jugak yang water permeable ni tak berapa permeable sangat (?). So kalau ada rasa was-was tu better tak payah lah guna ek. Ko pakai jela inai yang sah-sah halal tu.


Kat instagram banyak jual korang search je by hashtag #peelablenailpolish Aku malas nak promote instashop yang aku beli nail polish ni sebab layanan  dia sombong. Haha kbai


2 comments:

  1. Nape ngn inai homemade tu? bru je nk beli ni. =.=''

    Btw, jemput like page FB By Aloha https://www.facebook.com/byaloha ye

    Kat sni ada jual sabun herba produk keluaran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ada banyak manfaat. Sabun muka untuk masalah jerawat. dan sabun badan utk masalah jerawat badan, bau badan, lenguh2 badan, gatal2 kulit, naikkan seri muka n mcm2 lagi =)

    ReplyDelete
  2. Liyana:

    kebanyakan seller kata pakai less than 3 minutes pun dah ok sebab warna dia cpt naik. padahal dorang tak jujur. inai homemade ni sifat dia menghakis sbb ada kapur. kalau pakai lebih dari 3 minit nanti kuku jd lembut dan tertanggal. tak sesuai utk org yg kuku sensitif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...