Monday, February 09, 2015

Best Ke Guna Handphone Klon?

Assalamualaikum dan hai! Sekarang ni handphone klon bukan sesuatu yang baru dalam kalangan pembeli online. Biasanya handphone klon ni jadi pilihan atas beberapa sebab:

  1. Tak mampu beli yang original tapi tetap nak bergaya
  2. Casing yang cantik selalunya banyak untuk model Apple
  3. Harga jauh lebih murah dari yang asal
  4. Tertipu dengan ayat promosi seller yang claim kualiti hp clone ni tiptop

Untuk pengetuan uolsss, iolss pun pengguna handphone klon jugak! Haha so atas sebab itulah post ini wujud. Hewhew aku nak review sikitlah pengalaman aku sepanjang gunakan handphone klon ni. Mana tahu kot-kot ada yang tercari-cari review dan testimoni ikhlas pengguna handphone klon kan? So let's go! Tapi sebelum aku bercerita dengan lebih panjang, mari aku bagitahu sejarah dan punca aku beli handphone klon ni.


Disebabkan aku ni perempuan, maka tak mustahil akan ada sekelumit rasa ingin berselfie. Namun hasrat itu sukar tercapai disebabkan kualiti front camera handphone Sony Xperia L yang cap ayam. Aku tak tahulah asal aku selalu tersalah beli handphone yang kualiti kamera terlalu hazab  T__T Oleh kerana stress dan terlalu benci akan handphone ittew, aku pun tekad scroll instagram yang jual handphone klon ni. Nak selfie punya pasal gigih tau beli handphone baru! Haha so lepas cuci mata, aku pun tekad nak beli Samsung Note 3 klon yang berharga RM 650. iPhone 5 klon pun ada jugak tapi tak minat sebab kang kantoi la ko beli iphone then tetiba operating system android pulak. Alang-alang nak menipu tu biar nampak bijak sikit. Lalala~~

Bila salah sorang kawan aku tahu aku tetap degil nak beli handphone klon, terus dia membebel dan nganjing aku kat whatsapp. Cehh katanya daripada aku beli handphone klon tu baik aku beli Asus Zenfone 5 original. Harga lebih korang Note 3 klon tu je dan spec pun boleh tahan. Tapi sebab masa tu model Asus terlalu baru dan susah nak jumpa casing lawa-lawa, aku anggap bebelan kawan aku tu macam angin lalu je. Hekhek.. 

Handphone dengan box aksesori semua sebijik sjibon

Aku beli secara pos dan alhamdulillah sampai ke tangan dalam keadaan baik. Hehe mintak jauh la daripada kena tipu ni. Hm oh ya dalam gambar atas, macam pelik sikit kan kat logo Samsung tu? Haa yang tu warranty seller. Katanya kena tunggu dalam masa 7 hari baru boleh gores natang tu. Andai kata handphone rosak dalam masa 7 hari, aku boleh return semula hp dengan syarat aku tak gores lagi benda tu. Lepas 7 hari, semuanya ok dan tangan aku pun dah tak menyabo nak gores. Yelah kan, kang kantoi la aku guna hp klon sebab tetiba logo Samsung pelik macam tu. Haha

Lepas dah gores pe semua, aku ganti screen protector jenis private lepas tu cepat-cepat beli casing. Eksaited dia lain macam bila tengok hp dah lawa berbaju! Then ape lagi kan, haruslah aku selfie sepuas hati. Hakhak camera Note 3 klon ni jauh lebih bagus dari front camera Sony Xperia L aku tu. Dan terus terang cakap aku rasa bangga sebab tak ikut kata kawan aku yang suruh beli Asus tu. Poyo kan. Tapi dah kata handphone klon, sah-sah la ada kekurangan dia. Ni aku listkan kelemahan handphone klon ni:

  1. Touch screen dia sangat sensitif. Tak best nak scroll instagram guna hp ni sebab risiko terLIKE photo orang masa aktiviti stalking adalah sangat tinggi!
  2. Chrome colour kat tepi handphone dan home button senang tanggal.
  3. Handphone ni tak boleh pakai bumper sebab tak sampai. Aku pun tak paham apa yang tak kena.
  4. Banyak apps China yang dah siap install dalam hp dan tak boleh langsung nak uninstall. Kat situ je dah pakai banyak memori.
  5. Sebab aku dah 2 kali jatuhkan hp ni, dia selalu akan vibrate tetiba setiap kali aku nak cas. Tapi lepas dah restart dia ok balik.

Ok so far tu jelah yang tak best pasal hp ni. Aku tak berapa kisah sangat pasal RAM, memory capacity pe semua tu sebab ni handphone kedua yang aku pakai untuk bisnes je. Pasal kualiti video, gambar dan voice recording semua ok. Berbaloi la dengan harga yang aku bayar. Banyak songeh sangat kang baik aku beli ori yang harga RM 1,800 tu. Iskk

Hasil selfie front cam dengan Note 3 klon

Hasil selfie dengan back camera Note 3 klon

Ni selfie guna Xperia L. Lepas filter sekodi baru nampak lawa sikit -.-

Ni hp official lepas aku bagi Xperia L kat mama. Btw gambar ni diambil guna Note 3 klon. Hiks

Kalau ada yang tetiba rasa nak beli handphone klon sebab rasa terkesan dengan entry ni, dipersilakan beli kat instagram @gandjetslover. Sekarang ni harga Note 3 klon dalam 400++ je kot sebab sekarang dah ada Note 4 klon. Haha maju sangat kan.

9 comments:

  1. apps cina tu tak bleh bla haha.. btw , blogwalking here kak :)
    do visit mine also
    http://escapetrueworld.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @saiyidah
    hehe bkn apps je, kdg2 game judi pun dah siap install. segan bila org bkk hp then tgk kita ada game mcm tu T__T btw tq will visit urs too :)

    ReplyDelete
  3. try guna phone xiaomi mi4 ..serious front camera dia lawa..taraf iphone..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq suggest! :D Skrg dah byk hp yg blh challenge iphone. Harga jauh lebih murah pulak tu. InsyaAllah will be in the list kalau nak beli hp baru lps ni xD

      Delete
    2. ok x xiaomi mi4,sbb xde external memory card kan?

      Delete
  4. Ezham Abd Sanik6/8/16 2:44 AM

    Masih elok lagi tak HP klon tu sampai skarang...!!? nak tau jgak brape lama bley tahan... tringin nak bli ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli jr yg ori rosak ada ke kedai nk buat

      Delete
  5. Itulah penyakit org melayu nk murah sangat sampai hp nk clon,jgn beri alasan mahal biar mahal asalkan ambik yg ori puas hati jika memakainya

    ReplyDelete
  6. Salam.. saya jual dan repair fon Clone sejak 2013 hingga sekarang 2017... iphone dan samsung.. sesiapa yg berminat boleh terus whatsapp sy 0137009221...

    Page Fb
    -Kedai Lelong Handphone Termurah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...