Saturday, February 28, 2015

Blogging is Fun Kerana..?

Assalamualaikum dan hai! Alhamdulillah kadang-kadang aku bersyukur jugak apabila menganggur ni. Haha menganggur pun mampu bersyukur ke? Positif betul aku ni sampai menganggur pun masih boleh bersyukur. Well, aku tahu semua perancangan Allah SWT tu mesti ada hikmah kan? And yes sepanjang tempoh menganggur ni, rezeki aku agak murah dalam dunia blogging. Tahun lepas aku cuma update 2-3 entry je. Punyalah malas tahun lepas. Puncanya acah-acah busy gittew sebab iols student pada masa ittew :>

Back to the point, aku kata blogging ni best sebab of course dapat share maklumat dengan pembaca (ada unsur hipokrit sikit) dan selebihnya nak cari pendapatan melalui Nuffnang! Haha tahukah anda setiap traffic dari pembaca turut menyumbang income pada iklan Nuffnang aku? Even 1 sen pun tetap duit tau. Hmm kadang-kadang memang earning Nuffnang aku 1 sen je pun untuk ads tu (T_T) but issokey la, sebab siapa je nak bagi ko duit buta-buta gitu. Akhirnya berkat aku menabung 1 sen sehari di Nuffnang, aku boleh cash out RM 200++ FYI, aku kumpul 2 tahun tau baru berani nak cash out. Kahkah punyalah slow earning aku. 


Hard earn money. Baru paham camne susah cari rejeki. Puih

Ok tu yang pertama. Selain dapat income daripada syarikat pengiklanan, aku juga dapat tawaran untuk review produk dari Citra Mulia dan Zalora. Actually aku saja-saja letak emel kat bio atas tu. Tapi tak sangka rupanya ada yang contact untuk urusan professional (?). Untuk urusan produk review, aku telah diberi beberapa jenis produk kecantikan daripada Citra Mulia yang bernilai hampir RM 200++ tau. Alhamdulillah syukur. Hehe

Review read HERE

Yang terakhir dan paling ohsem ialah pihak Zalora emel aku untuk reka dan publish article tentang produk mereka. Siapa je tak kenal Zalora? Pada asalnya aku ingatkan tu emel menipu je dan aku pun layankan jela sebab aku memang suka menulis. Dah siap article, aku pass kat team Zalora untuk dorang tapis sebelum publish kat blog aku. Lepas dorang puas hati dengan article tu, akhirnya muncullah article berbaur kelakar + professional yang bertajuk Shawl Terkini Yang Memberi Impak Pada Pemakai xD Sebagai tanda penghargaan daripada pihak Zalora, aku dihadiahkan baucer shopping bernilai RM 100 di website Zalora. So ni lah dia first time aku shopping kat situ. Rupanya banyak kot benda-benda best! Risau mahal? Jangan risau just filter je barang ikut price dan wallah aku dapat beli 1 bag dan 1 kasut dengan menggunakan baucer RM 100 ni. Tq so much Zalora. Hehe




Haaa best ke tidak blogging ni? Memang best sebab bukan sahaja boleh jadi hobi, tapi dalam masa yang sama boleh jadi salah satu sumber pendapatan tau. Tahun ni genap 5 tahun dah aku blogging :D


4 comments:

  1. Omg alhamdulillah, so good to hear that :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yes alhamdulillah. btw tq drop by :D

      Delete
  2. Ya Allah best nya!! Zue tak pernah lagi berpeluang untuk cash out Nuffnang, bukan kata RM200, RM20 pun tak sampai lagi.. Maybe sebab blog Zue tak dapat sambutan hangat macam Blog Ninie kot.. huhu, nak kena kerja kuat lagi ni! apa-apapun, tahniah buat cik Ninie!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha blog ninie pun sendu jugak. banyak hits kat entry review je. maybe zue blh start pos psl produk atau mekap yg zue biasa pakai. insyaAllah bila org google pasal tu nanti dorang akan sampai blog zue. goodluck :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...