Wednesday, February 11, 2015

Pengalaman Cari Kerja di Jobstreet

Assalamualaikum dan hai! Last 2 weeks aku meet up kawan kampus. Maklumlah dah 5 bulan tak jumpa sejak semuanya praktikal hari tu. So bila dah jumpa, semua cerita pasal perkembangan diri masing-masing. Ada yang dapat serap kat tempat praktikal, ada yang dah dapat kerja kat tempat lain. Aku? Haih bangga mengaku menganggur. Bila orang tanya "Ko taknak apply kerja kat tempat lain ke?" Dengen eksyen aku jawab aku masih tunggu tempat praktikal dulu tu panggil interview. Hmm tapi as time goes by, 2 bulan berlalu tapi takde jugak dorang panggil aku interview. I feel offended you know? Walaupun secara lahiriah aku nampak bangga je menganggur, tapi jauh di sudut hati, hati aku remuk bila tengok sorang-sorang kawan aku dapat kerja (T__T) Hm cukup syahdu tak ayat aku tadi. Hiks


Setelah aku menimbang tara masa depan aku yang semakin malap tanpa panggilan interview ni, aku pun memberanikan diri register ID kat website Jobstreet. Sesiapa yang tak pernah dengar pasal Jobstreet ni meh sini aku jentik dahi tu. Mula-mula aku ingatkan website tu semak macam forum ke. Haha rupanya kemas je dan senang nak browse. So lepas dah register ID, dengan pantas aku type Admin kat search engine dia. "Eh anis ko bukan ke ambik course IT? Dah kenapa ko cari kerja Admin?" Sebab aku benci programming. Geddit??




2761 jobs. Ni orang dok komplen takde kerja? T_T


Lepas aku dah excited tengok banyak peluang kerja sebagai admin, terus dengan rakus aku click button submit resume tanpa mengendahkan lokasi tempat kerja tu dekat ke jauh. Kata-kata hikmat 'fresh grad tak payah memilih kerja' tersemat kemas di minda. Asalkan gaji menarik je aku submit. Lol so in total dalam 18 tempat terima resume aku. Haha oh ya pasal resume pulak aku dah upload siap-siap resume aku kat Jobstreet. So bila employer nak tengok resume aku dorang cuma kena download je. Apa? Korang tak reti buat resume? Dun worry bebeh sebab Jobstreet boleh karangkan untuk korang. Korang cuma perlu isi maklumat diri je macam korang mengarut entah pape kat About Me facebook tu. 


Tadaa aku dah ada resume!


Dalam 18 tempat aku apply tu, aku dapat 3 panggilan interview dan 1 test sebelum aku dibenarkan pergi interview. Dan semuanya langsung takde kena mengena dengan IT. Hikhok.. btw korang kena rajin check homepage Jobstreet korang tu sebab kadang-kadang dia notify kat situ je. Kalau company rajin sikit dia emel korang. Kalau company tu terlalu rajin dia akan call korang confirm kan tarikh dan masa interview.


User friendly interface


Alhamdulillah after 2 weeks mencuba nasib, aku dapat jugak kerja. Tapi sebab aku apply tempat secara membab* buta hari tu, tempat kerja dan rumah aku jauh bebeno. Stay Ampang, tapi kerja kat Damansara. Tapi takpe lah nak, aku pegang lagi kata-kata hikmat jangan memilih kerja tu. So bila dah dapat kerja ni, aku pun terpaksa withdraw application kat tempat lain. Kang semua 18 tempat panggil interview mampus aku. Last week hari Jumaat pun aku dah pergi 2 interview. Nasib baik lokasi dekat-dekat.


P's: Kerja yang paling senang dapat panggilan interview ialah bidang sales

11 comments:

  1. Saya 10 bulan tanam anggur. Alhamdulillah baru start keje. Macam saya, Diploma dalam bidang IT, susah sikit. Kebanyakan company nak yang degree.. huhu. Semoga awak mendapat pekerjaan yang awak nak dan yang penting pekerjaan yang halal. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah akhirnya dapat kerja :D betul tu xkisah kerja menyimpang dari course pun asalkan sumber halal. tq awak. awak pun goodluck kerja tau :D

      Delete
  2. sama la ngn saya..blajo IT tapi keje admin..the main reason dia is saya pon xsuke coding dan apa2 yg seangkatan ngn nye..hehehe

    ReplyDelete
  3. nak tanya la..kalau kita apply kerja guna jobstreet, gaji kita kena tolak tak beberapa persen sebab apply guna jobstreet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awk pergi interview kat agency pekerjaan, yes dia akan ambik sikit komisyen dari company yg dorang gunakan khidmat agency tu. kalau kerja dgn company maybe takde kot

      Delete
  4. So siapa yg akan contact kita company or jobstreet ek? Posible tak company call kita terus atau dia akan pakai jobstreet jugak as org tengah?

    Gaji kita ditolak bbrp % setiap bulan ke untul dibyar pada jobstreet atau company yg bayar pada jobstreet setiap bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita submit resume ke company, so company tu akan contact kita. kalau submit resume kat agensi pekerjaan, so agency tu akan contact kita utk dtg interview. masa interview tu dia akan nilaikan tahap kita sesuai kat industry mana. dari situ agency jadi middleman yg recommend resume kita pada company besar. klu berjaya dpt kerja hasil dari agency tu, so ada percent gaji kita yg akan ditolak sebagai komisyen agency tu

      Delete
    2. Tahu tak berapa percent drpd gaji kite yg agent tu akan tolak utk komisyen dia?

      Delete
  5. Awak dan banyak submit resume ke berbagai company belum da yang kepanggil.... awak cuma sabar je

    ReplyDelete
  6. apa contoh ayat recommmendation awak??

    ReplyDelete
  7. saya dengar ada orang kata kalau apply dkt jobstreet, first gaji dorang akan tolak dlm 500rm untuk bayaran kepada jobstreet sbb bantu kita dlm mencari pekerjaan. betul ke sis?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...