Wednesday, February 04, 2015

Perihal Perfume




Assalamualaikum dan hai! Kepesatan online bisnes di instagram telah berjaya membuka mata aku seluasnya tentang perfume ni. Kalau dulu aku reti beli cologne dengan minyak attar je untuk wangi, sekarang aku dah maju bertapak-tapak dengan koleksi perfume macam kat atas tu. Kesemua 5 botol tu berlainan jenis ye. Berlainan macam mana tu? Ogehh lemme explain to uols. Sambil tu aku akan share sekali pendapat tentang bau perfume mana yang best, bau mana yang tak best.

*     *     *     *     *

Purr by Katy Perry

Purr by Katy Perry.
Yang ni bukan perfume original. Ni perfume grade. Senang cerita replica. Aku beli kat Times Square dengan harga RM 60. Masa tu tahun 2012 dan perfume grade ni harga dia masih mahal, tak murah macam sekarang. Purr ni bau sedap tau. Dia bau sweet + powdery + vanilla. Memang kena sangat dengan taste aku huhu. Lasting effect dalam 8 jam. Tu pun kena spray banyak-banyak. Kalau setakat 2,3 semburan tu memang 10 minit jela tahan. Tapi issokey la tekan banyak-banyak pun sebab murah kottt (?!)

*     *     *     *     *

Fame Black Fluid by Lady Gaga

Fame by Lady Gaga.Yang ni inspired perfume. Maksudnya botol dan kotak semua tak copy asal. Cuma bau dia je diinpirasi daripada perfume tu. Haa perfume Lady Gaga ni sumpah best gila bau dia! Bau fresh dan tahan lama. Dah la murah, RM 8 je sebotol. Haha kat farmasi ada jual. Banyak lagi inpired perfume tapi aku berkenan dengan Lady Gaga jugak. Nampak je botol asal ganas kaler hitam tapi bau sedap. Sedang bercita-cita nak beli yang original pulak. Tapiii~ aku pernah bau perfume yang original punya kat Sasa dan bau dia tak sama sangat dengan inspired ni. Macam lagi kuat. Maybe pati lagi pekat. Tetiba aku rasa yang ori punya bau tak best dari yang inspired ni. Acaner?? Btw ni kali kedua aku beli perfume ni sebab bau best.

*     *     *     *     *

Lady Million by Paco Rabanne

Lady Million by Paco Rabanne.Ni pun inspired perfume jugak dan beli kat farmasi. Tapi harga RM 12. Mahal sebab botol lagi lawa dari Lady Gaga tadi kot? Aku tak berapa suka dengan bau dia. Bagi aku dia macam bau ubat. Tapi kalau ko peminat perfume yang bercirikan wanita sofistikated, then this scent is for you! Walaupun sekadar inspired, tapi bau tahan lama dengan syarat kena spray banyak-banyak la. Hehe tapi dalam tak suka aku pun dah separuh jugak aku pakai. Lepas habis ni memang tak nak repeat dah. 

*     *     *     *     *

Angel by Thierry Mugler

Angel by Thierry Mugler.Rejected perfume. Aku beli kat instagram secara COD. Cuma dapat perfume dan pouch je. Aku yakin ni bukan perfume grade sebab brand Thierry Mugler sangat jarang digredkan (?). Kalau ada pun yang men punya je rasanya. Perfume Thierry Mugler ni aku dah lama aim sebab counter price memang mahal gila cecah lima enam ratus. Yang aku beli ni RM 110 sebab reject. Tapi bila dah sembur kat badan, aku jadi keliru adakah ni perfume lelaki atau perempuan sebab bau dia kuat semacam. Tapi lama-lama bau dia lembut dan macam bau klasik gituh. Rasa menyesal pun ada beli perfume ni. Sobss oh ya, selain tu aku nak beli perfume Alien under TM ni jugak. Tapi hari tu aku ada hidu yang inpired punya adoii bau tak sedap langsung. Terus hilang dah selera kat perfume under brand ni.

*     *     *     *     *

Bejeweled (Rouge) by Vera Wang

Bejeweled (Rouge) by Vera Wang.Original perfume dan beli kat instagram jugak. Harga RM 110 termasuk postage. Yang ni botol cantik, bau pun sedap. Tapiiii tak tahan lama bau dia. Aku tak pasti adakah badan aku yang susah nak terima, atau lasting factor perfume ni yang memang sekejap. Tapi ni perfume ori how come badan aku menolak  T__T  Bejeweled ni bau sedap. Manis-manis gitu. Kalau ko suka perfume Britney Spears Midnight Fantasy, then you should try this. Bau manis macam tu tapi lagi lembut. Botol cantik dan nampak mewah uols. Mwehehe..

P/S: Pe motif letak iphone kat sebelah perfume? Mintak kena pukul ke wehh? Hahaha


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...