Wednesday, February 25, 2015

Review: Blog Berwajah Baru

Tahun 2013 dan 2014 merupakan tahun malas aku update blog. Haha so bila dah malas tu, nak edit blog pun jadi malas jugaklah sampaikan aku dah lupa segala ilmu HTML code. Hmm sekarang ni bila dah bosan tak tahu nak buat apa kat rumah, aku pun mula aktifkan diri menulis. Oleh itu demi untuk menaikkan semula semangat blogging, maka aku pun edit balik blog. Tapi!! Sebab semua ilmu coding dah terbang ke lautan hindi, habis rosak design asal. Sobsss tengok blog orang lain cantik je. Nak upah orang design, mahal pulak cas nya. 

Namun akhirnya aku berjaya juga jumpa insan yang tawarkan khidmat edit blog dengan harga paling murah iaitu RM 30 je untuk semua hasil dari atas sampai bawah! Memperkenalkan Una the Kemetot Chomel! xD Wauuu ni sumpah paling murah sebab aku survey mostly above RM 100 tau. Ekceli aku dah lama follow blog beliau tapi tak alert yang dia pun ambil tempahan edit blog jugak. Hewhew rupa blog aku yang sekarang ni hasil edit dia lah. Aku sketch ikut suka hati aku lepas tu dia yang realisasikan impian aku. Gittuuu ayat..


Yang conteng tu abaikan. Nak test pen ada ink ke tak. Hiks


Final result. Taraaa!


Aku agak cerewet jugaklah masa proses design tu. Huhu maaf ya Una. Dah lah aku gi tempah masa dia nak final exam (T__T)  Tapi walaupun dia busy, hasilnya tetap cantik dan up to my expectation! Wau tetiba speaking. Nampak tak betapa puasnya hati aku. Haha! Aku dah lama mengidam nak ada navigation bar yang lawa, header muka sendiri yang cun (ops) dan comment section yang comel. Kalau nak tahu comel ke idok comment section tu, gi click kat title atas tu nanti kuar tempat komen. Alang-alang tu marilah komen sekali xD

So kalau korang pun nak jugak merasa blog lawa aku suggest sangat-sangat korang tempah kat Una ni. Tapi kalau korang kedekut, boleh je try edit sendiri sebab dia banyak jugak sediakan tutorial yang mudah difahami. Laju-laju serbu blog dia tau! Semua cara tempahan dah siap tulis kat blog dia:






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...