Monday, February 16, 2015

Shawl Terkini Yang Memberi Impak Pada Pemakai


Assalamualaikum & hai! Maaf title panjang berjela macam title thesis (T__T)  Btw perasan tak sekarang ni semakin ramai gadis yang bertudung? Bayi yang seawal umur 1 tahun pun mak-mak dorang dah sarungkan tudung instant tu. Haha tapi nasib baik semua bayi itu comel dan masih tak tahu pape. Tapi kalau kau dah start mingle around dengan kawan-kawan gossip girls yang boleh tahan cantik style lilitan shawl dorang, then takkan la kau nak tengok je kan? Tak payah fikir jauh la. Just take me myself as an example! Haha


Alkisahnya aku ingat lagi masa umur aku 18 tahun (2010), hati aku masih keras untuk menutup aurat sepenuhnya (read: freehair). Lagipun back during that time trend tudung pun tak banyak. Tudung yang famous masa tu ialah tudung instant awning. Mak aku belikan satu suruh aku pakai bila kat kampus. Hmm masa try kat kedai tudung tu aku nampak cantik je muka ni pada mata kasar. Maka esoknya aku pun melangkah dengan yakin ke kuliah bersama tudung awning tersebut and guess what? Elok je aku melabuhkan tirai punggung kat kerusi, member aku tegur "Eiii asal ko pakai tudung ni?? Macam makcik-makcik!" Aku pun terkesima dan bermula dari detik itulah aku tekad untuk menyelidik di internet tentang shawl terkini online yang sesuai dengan aku yang remaja ni (remaja sangat!)

Left (2010): Yakin itu pasti!
Right (2014): Pandangan tepi pun cantik! Ko mampu? Haha


Tapi aku maju setapak pun ke arah jenis wideshawl macam atas tu je. Padahal banyak lagi kot shawl terkini yang diperbuat daripada pelbagai jenis material lain seperti chiffon, satin, cotton, silk etc. Pada pendapat aku, material shawl ni memainkan peranan jugak bila kau attend any event. Meh refer gambar bawah ni. Btw ni cara aku sesuaikan meterial shawl yang aku nak pakai depends on event or occasion. Korang pulak macam mana? Dah ada inspirasi fesyen shawl terkini yang menarik hati korang? :D



Cotton 
Pakai masa keluar jalan2 sebab aku pemalas gosok tudung! Haha


Chiffon
 Kalau aku tetiba nak feeling corporate look. Muka nampak ayu je 
kalau pakai chiffon shawl. Tapi aku tak ayu la kot.



Satin 
Sebab dia berkilat so sangat sesuai pakai masa dinner sebab dia nampak ekslusif dan mewah. 
Kalau pakai siang kang orang lain sakit mata. Haha




2 comments:

  1. Nak pakai satin shawl tapi takut tak sesuai. And teringin nak pakai bawal saree tapi bercorak sangat pulak haha

    Check out my blog, I am new (:
    http://glidingfingers.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum try belum tahu. hehe sy mmg suka beli mcm2 jenis shawl. tapi bila dah pakai rasa tak sesuai terus simpan cmtu je dalam almari. haha

      ok tq drop by. nti sy singgah blog awk :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...