Tuesday, February 03, 2015

Skincare Review: Dr. Herbal & The Face

Assalamualaikum dan hai! Tahu tak bahawa proses pencarian skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit tu umpama mencari jodoh? Selagi tak serasi selagi tu kita akan terus mencari. Haa gitu analogi kau. Kalau sebelum ni aku cuma bagitahu secara general tentang produk dari Citra Mulia dalam entry sebelum ni, kali ni aku akan cerita dengan lebih terperinci tentang 2 skincare terbaik dan best dari dorang. Drumroll puhlisss~ Deng deng deng!!


Jangan salah faham pulak tau. Dua-dua ni adalah skincare yang berlainan. Aku ambik gambar segenggam macam ni sebab ingatkan yang kotak bawah tu sebuku sabun T__T  Rupanya krim jugak. Haha lol meh sini aku cerita satu-satu fungsi produk ni dan cara pakai.




THE FACE (Supreme Whitening Day & Night Gel Serum 50ml )
Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih. Ia juga bertindak sebagai anti penuaan, menghilangkan kedutan di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang pantas menghilangkan melasma, flek-flek hitam, dan memutihkan kulit wajah. Kandungan vitamin B5 mengaktifkan sel-sel kulit baru yang juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit. Mencegah sel pigmentasi sehingga kulit kelihatan lebih cerah, dengan tambahan pelembab aktif yang dapat menjana semula kulit sehingga terhindar dari kedutan atau penuaan.

Fungsi Gel Serum:
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara penggunaan:
  • Bersihkan muka anda.
  • Ambil sedikit serum dan ratakan di tapak anda sebelum sapu secara nipis di wajah. Urut sehingga diserap sepenuhnya. 
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selepas 7 hari penggunaan.











Hm rajin baca ke tak penerangan atas tu? Aku main copy paste je tu. Haha ok meh aku cerita. Serum ni ada 2 jenis iaitu siang dan malam. Serum ni tekstur dia macam gel tapi bila korang gosok kat tapak tangan, dia rasa macam air je dan cepat meresap. Kalau korang tengok pada gambar atas ni dia macam ada gold ring dan silver ring kan? Kalau korang anggap tu pattern botol, tandanya korang salah! Tu salah satu bahan yang terkandung dalam serum ni tau! Cantik sangat sampaikan tak sampai hati nak kacau. Sapu serum terlebih dahulu sebelum korang sapu A cream (day use) atau B cream (night use) Dr. Herbal tu ye. Ok kali ni aku nak tunjuk second step iaitu penggunaan krim Dr. Herbal pulak.


Tapi aku nak jujur di sini. Korang kena pastikan betul-betul yang korang takde alahan pada kolagen. Macam aku, muka aku bengkak dan ruam lepas 2-3 hari pakai krim ni. Bila stop barulah bengkak surut. Rupanya aku alah dengan kolagen sebab kolagen merupakan salah satu ramuan dalam krim ni. Hm melepas nak pakai :'(  So aku cuma boleh pakai serum tadi je dan krim ni aku bagi mak dan makcik pakai. Dorang pakai ok je takde masalah. Aigooo~




DR. HERBAL (WHITENING AB CREAM 20gm)
  • Produk perawatan kulit wajah yang 100% terbuat dari bahan herba, sesuai untuk semua kulit wajah.
  • Diformulasikan khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak.
  • Mengandungi kolagen untuk membantu anda merawat dan melembab kulit wajah anda.
  • Dr.Herbal dapat meremajakan semula wajah dan mencerahkan kulit wajah.

Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM 
  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran UV
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  • Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.

Cara pakai:
  • Bersihkan wajah terlebih dahulu
  • Sapukan THE FACE GEL SERUM terlebih dahulu
  • Ambil krim dalam kuantiti secukupnya dan sapu rata ke muka
  • Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 





Ok selesai dengan keterangan produk. Kali ni nak tunjuk hasil penggunaan pulak. Cantik ke idok ko rasa? Haha kalau rasa cantik boleh cepat-cepat order kat website Citra Mulia ok.


Price: RM 99.90 / set

Price: RM 69.90 / bottle

Price: RM 69.90 / bottle

Kiri (sebelum): open pores & kulit kusam
Kanan (selepas): pores mengecil & kulit cerah pinkish


Kiri muka rashes sebab alergik kolagen.
Kanan hasil guna serum + skincare jenama lain



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...