Saturday, June 20, 2015

Review: Whitening Soap Premium & Double Serum Premium Babeskin369

Assalamualaikum dan hai semua. Ada tak sesiapa yang ada masalah jerawat belakang badan? Garuk sedap kan, kan? Amboi.. mentang-mentang hat situ hampa cover dengan baju, hampa buat tak endah je naa. Kalau muka naik jerawat gigih carik macam-macam cara nak atasi jerawat tu tapi tang dalam baju watlek watpis je haha. So.. what if aku perkenalkan 1 jenis sabun yang boleh lawan jerawat ni: bukan saja kat muka, tapi boleh guna kat badan sekali. Haa berbaloi kan. Dah la warna comel, bau pun sedap. Memang rasa nak mandi banyak kali bila dah ada sabun ni :D


Whitening Soap PREMIUM from Babeskin


Comel sanad!


  • Face & Body Bar rich in Vitamin A, C & E. 
  • Babeskin whitening soap is enriched with Vitamin A, C & E that provides soft, smooth skin while brightening the overall texture.
  • It gently removes dirt and excess oil while clearing acne on the face and body.  
  • Great for all skin types.

So lepas pakai few days, aku noticed jerawat belakang badan makin surut. Kalau tak, aku perlu hati-hati nak bila scrub belakang badan. Sebab takut 'terlanggar' jerawats ittew. Bila dah kena tu pedih dia takyah cerita la. Selain tu juga, warna kulit badan aku makin sekata. Dalam kata lain, bahagian badan yang terlindung dengan baju dengan bahagian badan yang terdedah (cth tangan) dah sama warna. Takde belang-belang dah. Oh FYI, aku cuma guna sabun ni untuk badan je. Untuk muka aku guna produk lain :3

Kalau korang dah rasa teruja dengan sabun atas ni, yang kedua ni pulak lagi best iaitu serum! Sejujurnya aku tak suka pakai serum sebab sebelum ni pernah try pakai tapi bau busuk dan terlalu berminyak. Rasa macam aku lumur minyak masak kat muka je. Eeeeiii sudahnya aku agak skeptikal kat semua jenis serum. Tapi serum dari Babeskin ni langsung tak berminyak dan bau wangi tau. Bila sapu pun cepat je meresap dalam kulit. Tetiba keyakinan aku pada serum muncul kembali. Wahh gituu

Dalam sekotak tu ada 2 jenis serum iaitu Repairing Booster dan Ultimate Mega Lift. Setiap satu serum ni ada manfaat dia yang tersendiri. Repairing Booster lebih kepada merawat masalah kulit wajah macam kulit kusam, jerawat dan pori terbuka.Ultimate Mega Lift pulak untuk kulit kering, kedutan, dan tanda penuaan. Haa walaupun hakak baru je berusia 23 tahun, tapi keliling mata hakak dah ada garis-garis halus macam kedut gitu. Puncanya sebab asyik kena kerja malam je. Siang kerja, malam kerja. Acaner mata nak maintain cantik?! Maka serum botol merah ni sangat la bagus nak elakkan aku nampak tua sebelum usia. Hmm






Berkenaan tentang keselamatan produk ni, jangan risau sebab kat website Babeskin dah mention siap-siap nombor notifikasi KKM. Boleh pakai tanpa was-was ok. Nak baca lebih lanjut boleh klik link ni (URL: http://www.beautyoat.com/#!babeskin-double-serum/csk9) Kalau nak beli produk ni pulak, boleh Whatsapp/ CALL/ SMS: 012-2444 014/ 012-2444 041/ 018-2444 988


Nah hakak payung gambar. Hahaha



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...