Sunday, December 13, 2015

Review: LA Girl (Fleur) vs NYX (Milan)

Selalunya bila sebut je matte lipcream, mesti Nyx SMLC yang akan terbayang di fikiran kita kan? Well, sekarang ni dah makin banyak brand yang offer lipcream yang seakan-akan SMLC. Aku antara salah seorang pompuan yang tak serik mencari substitute kepada SMLC memandangkan SMLC sentiasa sold out kat Sephora. Lulz~ Aku pernah try brand Me Now, Essence, Color Cosmetic. Tapi aku tak mahu review yang lain-lain tu sebab aku jarang pakai. Hehe.. untuk review kali ni aku nak bandingkan antara brand L.A Girl dengan Nyx. 

Aku suka shade Stockholm dan dah masuk 3 kali restock shade tu. Tapi malangnya Stickholm aku dah hilang (T.T) Masa tu pulak Stockholm dah sold out kat instashop yang aku biasa beli tu. Akhirnya aku decide untuk try brand L.A Girl in Fleur. Warna Fleur ni seakan-akan Stockholm. Selain tu, aku beli SMLC code Milan. Aku tak berapa suka shade pink ni. Tapi saja nak beli, kot-kot tersuka pulak kan lepas pakai. Aku pinjam gambar dari google dulu ya. Malas nak snap gambor lipcream tu. Haha







Kalau compare gambar kat atas ni, memang nampak Fleur lebih matte dari Milan. Expectation aku sangatlah tinggi kat Fleur. Harap-harap bolehlah replace Stockholm yang payah nak cari tu. Huhu.. tapi aku tetap rasa Nyx the best. Antara sebab L.A Girl tak best:-

  • Aku susah nak ingat nama lipcream dia. Kahkah
  • Tekstur terlalu creamy. Kalau sapu tebal sangat bibir rasa tak selesa.
  • Agak melekit selepas sapu kat bibir atau tercalit kat tangan
  • Susah nak cuci. Stay power dia memang power. Tapi nak sental tu yang leceh -.-

Tapi dalam pada aku tak suka L.A Girl ni, Fleur jugak yang aku pakai hari-hari pergi kerja. Milan aku jarang pakai sebab warna dia tak cantik. Huaaa.. nak Stockholm jugak!

Kiri Fleur, kanan Milan


Aku dah habis kerja pukul 6 petang pun dia stay lagi (Fleur)


Masa member aku cuci cawan aku minum, dia komplen lipstick stain aku susah nak hilang. 
Dah lah yang cuci cawan aku tu lelaki. Malu iols hahaha


Hm cantik jugak la Fleur ni. 


Nampak tak? Dalam pada aku mengutuk Fleur, tapi bersepah jugak gambar dengan lipcream tu. Haha ni namanya love-hate relationship gittew. Tapi maybe aku tak beli dah lepas ni. Aku tetap nak pakai Stockholm jugak -.- Btw maafkan aku sebab muka agak teruk dengan parut jerawat. Sekarang dah slowly recovered lepas sambung makan Vitamin C. Nanti aku sambung kat entry lain tentang Vitamin C yang aku makan tu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...