Monday, December 14, 2015

Review: Vitamin C Untuk Sembuhkan Jerawat Batu

Sejak lepas raya hari tu kulit muka aku mula buat perangai. Semuanya bermula daripada whitehead / blackhead (aku tak tahu apa beza dua-dua ni hahaha). Biasanya bila ada whitehead yang baru nak timbul tu, aku mesti akan gatal tangan nak picit isi dia. Tapi kali ni jumlah dia luar biasa banyak. Member aku kata mungkin berpunca dari gaya pemakanan yang banyak sangat protein berbanding karbo. Haa konon nak cuba diet atkins la kan. Bila badan cuba nak kurus, masalah lain pulak timbul. Alahai..


Selalunya aku tak kisah nak picit jerawat sampai berparut sebab aku makan Vitamin C. Vitamin C sangat bagus untuk hilangkan parut jerawat. Kadang-kadang tu bila orang marah aku picit jerawat, aku selamba je jawab 'Takpe berparut pun. Kite ada vitamin C'. Amboi riak bebenor statement hengko. Akhirnya, stock vitamin C pun habis, dan jerawat mula naik disebabkan aku picit whitehead tu guna jari 'kotor'. Pada asalnya dia 1 tempat je, tapi makin lama makin merebak ke tempat lain sampaikan aku naik geli nak tatap pipi sendiri. Iskk..


Permulaan cuma parut-parut manja jerr


Kali ni aku dah mula risau sebab ketara sangat parut tu (T.T)


Mulanya aku ingatkan berpunca dari stop pakai Flawless Skincare dan cubaan bertukar ke skincare lain. Aku nak stop guna Flawless sebab aku dah puas hati dengan condition kulit pada masa tu dan decided untuk pakai drugstore skincare je. Malangya tak berjaya dan terpaksa sambung pakai Flawless. Masa tu aku beli secara COD kat seller lain sebab dah terdesak sangat nak guna. Namun, kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Haih night cream yang seller ni jual 100% lain dengan night cream Flawless yang aku biasa pakai.


Night cream kali ni memang terasa melekit dan berminyak sangat-sangat. Bila dah kering muka rasa terik dan pedih. Aku rasa cream yang seller tu jual ada kandungan mercury. Sebabnya lepas 3 hari pakai muka aku naik rashes kemudian mengelupas 1 muka + merah-merah. Ramai mula perasan perubahan kulit muka masa tu. Akhirnya aku order semula night cream dengan seller asal dari Sabah tu. Bila kembali pakai night cream dia, barulah surut rashes. Tapi masalah jerawat aku masih tak hilang. 


Kiri masa muka tengah teruk, kanan lepas aku pakai semula night cream original Flawless.


Tapi hasil kat atas tu sekejap je yerr.. Aku tak tahulah apa benda lagi yang tak kena, muka aku naik semula jerawat. Kali ni jerawat batu tau. Dia timbul dari bekas parut jerawat lama tu. Mungkin stress kerja ke, atau jari aku degil asyik nak picit jerawat. Yela kan, masa tu aku tak perasan lagi yang aku kekurangan vitamin C. Bila takde vitamin C, parut jerawat aku susah hilang. Perangai aku ni pulak, jerawat belum habis kering lagi aku dah mengada pergi kopek. Bila dah kopek sampai berdarah, pergi pulak usik kulit muka area lain. Memang condition makin teruk la cerita dia.


2 bijik tu baby jerawat batu. Huaaa


Finally 2 minggu lepas aku terus grab 2 botol Vitamin C brand Blackmores kat Guardian. Kebetulan masa tu ada promotion 2 botol RM 102. Sebotol ada 120 tabs, beli 2 botol dapat 240 tabs. Lebih kurang jumlah Vitamin C NOW yang makan sebelum ni je.. Kalau sebelum ni tujuan aku makan vitamin C sebab nak cerahkan kulit semata-mata, kali ni aku cuma aim nak hilangkan parut jerawat tu je. Alhamdulillah tak sampai 3 hari aku dah nampak kesan positif. Jerawat yang baru nak naik mula surut & jerawat yang aktif mula kering. Ada sekali tu aku kopek jerawat sampai berdarah non stop, tapi esoknya jerawat tu dah kering. Woww tak sempat jari degil aku nak kopek. Hahahah

My hero


Hasil seminggu makan vitamin C :D


Tangan lagi cerah dari muka -.- Takpe, slow2 ye..


Hari ni genap 2 minggu aku consume vitamin C + pakai set Flawless Skincare original. Alhamdulillah kulit aku dah back to normal semula. Jadi dah terbukti keberkesanan vitamin C pada kulit. Kalau sebelum ni aku makan sebab nak putih semata-mata, kali ni baru aku sedar yang kulit bebas jerawat juga sangat penting ya.. Aku kata macam tu sebab aku tak pernah alami masalah jerawat seteruk ni sepanjang 23 tahun aku hidup. So kesimpulannya, pada sesiapa yang dah banyak kali cuba skincare tapi masalah jerawat tetap susah nak hilang, korang boleh cuba amalkan makan vitamin C. Seeloknya pilih jenis sustained release, 500mg - 1000mg. Effect dia mungkin lambat kat sesetengah orang. Yang penting banyakkan minum air masak. Goodluck!


4 comments:

  1. sis cuba gune nour ain skincare..100% herba..dlu muke sy teruk sbb gne slah produk..alhamdulillah skrg dh ok gne nour ain..kne konsisten..

    ReplyDelete
  2. sy guna pon berkesan.. hi done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis,

    Harap sis insaflah untuk pakai produk local yg repack ni. Ciri2 krim seperti berkilat, melekit ni kebanyakannya ada merkuri. Flawless pon sementara waktu jer. Lepas tu standby lah nak tanggung derita.

    ReplyDelete
  4. I feel you sister! Tengah fikir kenapa laa jerawat halus halus ni naik je, haritu kemain flawless je muka. Bila fikir balik sebab tak makan vitamin c dah ke. So finally bought myself Blackmores Buffered C 2 botol 120t + 30t for RM118 at watson. Hopefully muka recover 😭

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...