Saturday, December 12, 2015

Singapore Experience: Marina Bay Sands & Bugis Street

Bulan lepas company hantar aku training 2 minggu di Singapore. Seumur hidup aku tak pernah naik flight pun tau. Ni first time naik flight semata-mata atas sebab kerja. Lagi syiok bayaran flight dengan hotel kat sana semua di sponsor. Walaupun weekdays aku packed dengan training dari pukul 10am - 5pm, tapi tu tak jadi masalah pun untuk minah kaki rayau macam aku ni. Pulak tu hotel dekat dengan MRT, haa habis je training pukul 5 petang tu terus pergi merayau pusing Singapore. Oh ya, parents aku pun tak lepaskan peluang untuk ikut aku pergi sana. Kiranya aku bawa dorang secara seludup la ni. Ops~


Selamat sampai di airport Changi selepas hampir terlepas flight di KLIA (T.T)


Menginap di Park Avenue Hotel, Changi.


Malam pertama kat sana agak risau nak carik makanan halal. Elehh baru pergi Singapore je pun. Nasib baik 7E kat sana ada jual makanan yang tinggal untuk dipanaskan je. Kat 7E Malaysia takde okeh. Cuma di 7E Singapore sahaja. Ada Carbonara, Nasi Ayam, Nasi Lemak. Boleh tahan sedap jugak.. Aku rasa kalau 7E Malaysia ada jual ni memang sentiasa sold out la. Eh yeke?


SGD 3.90/box. Elaun makan sehari aku SGD50. So makan ni pun dah lebih dari cukup.


Hari ketiga kat sana aku dah gatal kaki nak cuba kehebatan sistem MRT dorang. Apa yang aku boleh kata ialah, public transport dorang first class! Waiting time untuk train sampai less than 2 minutes je tau. Lepas tu semua transit station integrated antara satu sama lain. So bila aku decide nak ke Marina Bay Sand (hotel yang ada kapal kat atas bangunan tu), aku google dulu station MRT yang terdekat. Masa beli ticket tu terus je pilih station yang kita nak pergi. Tambang per trip tak pernah exceed SGD 2.50 okay. Memang murahlah dari segi currency dorang.


Selain tu, semua station ada public wifi yang superpantas! Bila aku naik train, aku rasa aku sorang je yang melangut pandang kiri kanan depan belakang. Orang lain semua dok belek handphone tengok Youtube, layan social media. Wuuu~ aku ada cuba register public wifi Singapore tu (wifiname WiFi@SG), tapi malangnya tak lepas sebab kena beli simkad sana dulu. Sebab aku tak nak beli simkad, so melangut la ko sorang-sorang dalam train tu. Kalau sejam dalam train, sejam la ko melangut. Hahaha


Asalkan pandai baca map, gerenti tak sesat


Haha kalau rasa diri tu sihat mesti rasa lain macam je nak duduk seat tu. Btw ce tengok akak tu, main hp je. Huhh


Takde driver. Ni masa bawah tanah.


Sebagai pembuka selera (?) untuk pusing-pusing Singapore, aku ke hotel yang famous dengan kapal tu. Hahaha masa tu tak tahu pun nama bangunan tu Marina Bay Sands. Untuk ke sana ko jangan carik station Marina Bay Sands pulak. Memang sampai kiamat takkan jumpa. Hari tu aku main agak je turun kat station Bayfront. Masa tu redha jela nak sampai mana pun. Keluar je dari train, aku cuma follow signboard kat sekitar MRT tu. Bila keluar je dari subway, rupanya aku memang betul-betul depan hotel tu. Speechless sangat sebab selama ni cuma tengok gambar je. Kali ni betul-betul depan mata. Singapore city sangat cantik. Hmmm tetiba nak nagis. Sobs..


Gambar bawah tu view sebaik sahaja keluar dari subway. Majestic!


Ala-ala Pavilion tapi merchant dia omakaiii semput hakak.




Tetiba nampak bangunan Maybank & tetiba rasa nak apply kerja sana. Ahaks




Yang macam teratai tu muzium. Bawah tu ada pool yang fully covered dengan teratai. Sebab aku pergi malam, so tak nampak sangat keindahan pool tu.


Bila dah agak-agak power cari jalan dengan MRT, so hari seterusnya aku bawak parents aku merayau ke Bugis Street. Kalau nak cari souvenir murah memang recommended beli kat sana. Petang tu parents aku ajak cari kedai makan je. Tapi tetiba aku buat perangai nak pergi Bugis Street. Lalu bergegaslah kami 3 beranak ke sana. Abah gamble je pakai seluar pendek, mama dengan wideshawl kedut-kedut dan aku pulak gigih berbaju kurung yang sama sejak pukul 8 pagi sampai ke 10 malam. Ko hado?


Makan dulu. SGD4.50 / set tapi portion banyak. Tak sendu macam BK sini






Layankan je -.-


Dalam dok bebel currency SG mahal, tapi banyak jugak kami borong. Hahaha


SGD10 je. Design cantik, kain best.


Hasil tangkapan. Atas ni total SGD99 muahahaha


Selain dari Marina Bay Sands dengan Bugis Street ni, ada lagi beberapa tempat lain yang aku sempat pergi. Yang tu aku cerita kat entry lain pulak. Apa yang aku boleh simpulkan tentangSingapore ni ialah; negara mereka sangat bersih dan smoking di tempat awam adalah dilarang sama sekali. Boleh kena saman tau.. Budaya vape memang takde langsung kat sini. Transportation pulak tak payah risau sebab MRT service sangat efficient. Masa kat sana rasa macam lambat je berlalu sebab masa aku tak banyak terbazir untuk tunggu train. Cuma kat sana train service stop pukul 11.30 malam. Kalau terlepas train kena naik taxi la..


Taxi rate pun takde la mahal sangat. Hmm entah aku pun tak tahu nak compare macam mana sebab kat Malaysia pun aku jarang naik taxi. Apa yang aku boleh komen ialah taxi dorang memang luas la der sebab dorang guna kereta mewah. Dah la driver bawak laju je. Tapi walaupun dorang bawak laju, dorang sangat hormat kat pejalan kaki. Bila nak sampai simpang je mesti dorang akan slow dan bagi public untuk cross dulu. Kalau kat sini ehmm ehmm mau kena maki kalau ko cross jalan menonong je tak pandang kiri kanan. 


Hehe.. kadang-kadang aku tertanya-tanya macam mana la Sngapore ni berjaya educate rakyat dorang jadi disiplin macam tu. Tu belum cerita lagi queue tunggu taxi / train / bus dengan naik escalator. Kalau naik escalator, belah kiri untuk orang yang static, belah kanan untuk orang yang tak mahu tunggu eskalator gerak. Err paham kan apa aku cuba sampaikan ni? Culture kat escalator tu aku terbawak-bawak sampailah aku dah balik Malaysia. Okay la, setakat ni dulu entry part 1 di Singapore. Next entry seperti di bawah:-

Singapore Experience: Marina Bay Sands & Bugis Street
Singapore Experience: Raffles Place & Merlion Park
Singapore Experience: JB Sentral & Orchard Road
Singapore Experience: Sentosa Island & SEA Underwaterworld
Singapore Experience: Gardens by The Bay & Sup Tulang Merah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...