Sunday, December 13, 2015

Singapore Experience: Raffles Place & Merlion Park

Mari sambung entry kedua di Singapore. Hadaplah 5 entry semata-mata untuk Singapore je. Haha siapa suruh pergi sana sampai 2 minggu. Hari ke-6 kat sana aku decide nak bawa parents tengok Marina Bay Sands tu. Oh ya, yang mula-mula aku pergi tu aku pergi dengan member je. Bila aku dah betul-betul yakin jalan nak ke sana, barulah aku berani nak bawak parents pulak. Tapi disebabkan aku terlebih pandai, aku ajak dorang turun kat station Raffles Place. Actually turun situ sebab kena tukar line. Tapi entah kenapa aku nak stop jugak kat situ. Maka bermula lah aktiviti mengukur bandar Singapore oleh kami 3 beranak. Kesian parents aku kena buli jalan jauh. Wuwuwu~


Sampai sahaja kat station Raffles Place, aku pun memulakan tugas sebagai tour guide. Mata kena sentiasa alert dengan signboard ya. Kalau tak memang boleh keliru sebab subway dorang bertingkat. Parents aku memang rely 100% kat aku je. Kalau anaknya sesat, maka sesatlah mereka. Haha abah punyalah excited nak tengok kapal atas bangunan tu. Sekali bila kami keluar dari subway, yang terpampang depan mata ialah sungai. Aku pun tak tahu apa nama sungai tu, tapi view memang lawa la.. 

Dah nak senja dalam pukul 7 macam tu.


Haa meh kite lanje gambar mama abah


Kite pun nak lanje jugak


Amboi seronok ye ambil angin petang..


Tak tau pe motif burung ni tapi ambik jela gambo


Ingatkan sini ala2 Bugis Street, sekali club malam baru nak bukak daa.. Tempat foreigner teguk arak -.-


View sebaik sahaja keluar dari lorong maksiat tu. Hahaha woi cantikkk


Aku tak tahu belakang tu bangunan apa. Nak bergambar sebab batu tu je huhuhu


Hujan renyai-renyai pun gigih tu merayau


Akhirnya kami semakin menghampiri kapal tersebut. Yeay~ tapi jauh lagi tu..


Kalau hari tu aku bawah kapal, kali ni barulah nampak keseluruhan. Memang cantik sangat view dia.


Oh ya, gambar atas tu diambil dari Merlion Park. Ni Merlion mini.


Belakang tu baru real Merlion.


Nak jugak. Bukti menunjukkan aku dah sampai Singapore. Hiks






Bayangkan macam mana jauh kami menapak nak sampai ke kapal tu -.-

Ahhaaa sampai pun. Kami menapak sebab tak jumpa station MRT sebenarnya :P






Lanje selfie lagi. To be continue~


Singapore Experience: JB Sentral & Orchard Road
Singapore Experience: Sentosa Island & SEA Underwaterworld
Singapore Experience: Gardens by The Bay & Sup Tulang Merah



1 comment:

  1. Teringinnyi nak visit Singapore tp x ada rezki lg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...