Monday, January 26, 2015

Morib Gold Coast Resot

Assalamualaikum dan hai! Lama tak pos gambar-gambar holiday. Puncanya sebab malas nak transfer gambar masuk lappy -.- Tapi memandangkan sekarang aku terlalu banyak free time, so lemme start the vacation post with Morib Gold Coast Resort! Hewhew hotel ni boleh tahan famous jugak sebab kat Groupon selalu offer discount. Then banyak jugak company suka buat holiday kat sini. Ni aku berpeluang ke situ pun sebab company praktikal aku buat Family Day kat situ. Kalau tak memang haram la nak merasa.


Sebab company aku saja nak menyusahkan perjalanan kitorang, dorang awal-awal dah aturkan race yang start point dia dari Bangi. Huhu padahal dekat je Bangi - Morib tu. Less than 2 hours boleh sampai kot? Tapi sebab saja nak drag time, dorang suruh pusing Negeri Sembilan dengan Selangor dulu. Akhirnya nak dekat pukul 6 petang macam tu baru check in. Tapi nasib baik bilik selesa. Buka je pintu bilik terus kena sembur dengan aircond yang supernyaman.


Website official kalau korang nak tempah secara online


Aku dapat bilik yang bukan menghadap kolam. Nak pergi kolam pun kena menapak sikit. Tapi issokey la sebab aku pun tak nak mandi. Check in sana 2 hari 1 malam je. Petang check in dah penat. Malam tu dinner, esok pagi balik. Masing-masing memang takde mood nak mandi-manda. Hari Sabtu pagi semua terbongkang kat bilik. Bangun untuk pergi breakfast je. Nasib baik breakfast banyak pilihan dan semua sedap! Overall aku suka sangat dengan hotel ni.


Oh ya, yang water themepark tu orang luar pun boleh datang. Korang tak payah check in hotel pun takpe. Just bayar rate untuk theme park je lepas tu boleh mandi. Besar jugak water theme park dia. Plus parking pun luas. Tapi yang tak best nya hotel ni bila malam je mesti bau busuk. Malam dinner tu kitorang semua kena hidu bau busuk yang ditiup oleh bayu laut. Dinner outdoor kan. Hmm putus selera aku padahal malam tu kambing bakar dia sedap gila kot! Yang bau busuk aku kata tadi katanya bau naj*s b*bi. Entah betul entah tak. Member bagitahu yang kawasan berdekatan hotel ni merupakan tempat ternakan b*bi. Wallahualam. 


Meh layan gambar pulak! Sorry sekarang baru aku perasan aku lupa snap gambar bilik  T__T  Semua sudut aku snap tapi bilik pulak lupa. Lol!


Sebaik sahaja buka pintu


Ruang tamu yang luas dan selesa


Ruang tamu ke dapur


Balkoni pun luas jugak


Paling impressed! Toilet bersih gila. Haha teruja tengok toilet -.-


















Laut Morib memang sentiasa surut. Harapan la ko nak berenang kat Morib  T__T


Tapi nasb baik makanan dap~



Thursday, January 22, 2015

Gitar



Hari tu buat spring cleaning kat rumah. Haha habis semua barang lama aku selongkar dan decide nak jual. Termasuklah gitar ni. Dah lama terabai atas almari sampai berhabuk mengalahkan salji! Ni gitar pakcik aku. Dia bagi aku masa aku form 2 kalau tak silap. Masa mula-mula aku turunkan gitar ni dari almari niat aku tak lain tak bukan memang nak jual je. Pehal entah mata duitan sangat aku sekarang ni -.-


Tapi bila aku dah bersihkan beliau dari segala habuk yang melekat, tetiba muncul rasa sayang nak lepaskan. Haha lagi-lagi sekarang aku tengah menganggur. Alang-alang aku dah bosan tak tahu buat apa ni so apa kata aku belajar main gitar. Maka dengan itu aku pun start la menggogel basic guitar chords.


Tapi sebelum tu aku kena repair gitar ni dulu sebab tali dah putus satu. Tune pun dah lari. Isnin lepas aku ajak bf teman pergi betulkan tali gitar. Sebolehnya aku taknak pergi Yamaha sebab risau mahal. Merayau pergi 3 shopping mall sebab nak cari tali gitar tapi tak jumpa. At last beranikan diri masuk Yamaha kat KL Festival City. Guess what, tune + pasang tali baru RM 15 je. Haha mengamuk laki aku. Dia kata kalau pergi Yamaha awal-awal kan senang kerja  T__T


Namun malangnya belum sempat aku nak persembahkan gitar kapok aku, dorang kata tali yang ada kat dorang dah karat. Belum keluar plastik pun dah karat? So terpaksa pergi Yamaha kat Wangsa Walk. Kat situ tak boleh pasang 1 tali. Kena tukar semua terus. Tanpa banyak soal aku pun setuju jela. Pasang tali + tune RM 35. Orang tu ambil masa 30 minit untuk tukar. Then aku mengada pulak nak beli bag gitar sebab segan nak pegang gitar macam tu je bawak ke hulu ke hilir. Tapi aku dah ketandusan duit! Haha nasib baik laki aku ada boleh tawar menawar. Aku pulak dok menyengih je sebelah dia. Dari harga RM 65, dapat la RM 55 harga beg tu. Yeay imma happy kid.


Habis RM 90 untuk gitar je. Ni kalau tak reti-reti jugak main memang bazir la. Hampir 4 hari aku dengan gitar ni so far ada la dalam 5 chord aku dah hafal. Hafal jela tapi nak tukar jari dari 1 chord ke chord lain masih failed. Ehmmmm ehmmmm aku practice dengan cara main lagu. Buat masa ni tengah berusaha nak mahirkan lagu Menunggu Pagi. Target aku dalam masa sebulan untuk aku mahirkan lagu ni. Just wait and see. Lol


Saturday, January 17, 2015

Review: Peelable Nail Polish (Jawahir)



Assalamualaikum dan hai! Salah satu sebab aku suka sangat shopping barang kat instagram sebab aku boleh beli barang yang susah nak jumpa kat luar. Contohnya peelable nail polish ni. Seperti yang kite tau, nail polish ni sangat leceh untuk dipakai oleh gadis Muslim. Antara sebabnya mestilah solat tak sah kan. Dah lah duit habis kat nail polish, lepas tu kena beli pulak polish remover. Leceh kan?


Tapi doncha worry bebeh sebab sekarang gadis Muslim pun dah layak menjadi urban dengan adanya nail polish yang boleh dikopek-kopek maciamm gam ittew. Oh ya, masa aku beli nail polish ni masa tu tengah hangat tentang isu kuku budak kecik tertanggal sebab pakai homemade inai tau. Aku dah berkira-kira nak beli inai homemade sebenarnya tapi bila dah muncul cerita camtu memang tak la aku nak beli. Benda yang memudaratkan seperti itu pun jatuh haram ye adik-adik. So engko jangan nak berlagak suci sangat yang pakai nail polish ni harom. Eh ko dah kenapa emo anis  T__T




Yang aku beli ni brand Jawahir. Hamboi nama pun islamik kan. Masa tu jugak peelable nail polish ni belum mainstream dan harga pun agak mahal. Tapi akhirnya aku berjaya jugak beli sebab seller tu buat clearance sales. Hehe iols pilih kaler merah sebab kaler nude mahal noharom tetiba sampai RM 60 ceh yang merah ni RM 25 termasuk pos. Engko rasa?  T__T  Sekarang ni dah banyak yang murah. Harga RM 10 pun ada.


Tapi kena hati-hati kalau nak beli peelable nail polish ni sebab ada certain brand yang bukan peelable contohnya brand Miss Rose. Yup Miss Rose pun ada jugak jenis peelable tapi susah nak bezakan dengan hanya refer pada botol. Ramai dah yang tertipu seller bagi yang jenis permanent punya. Padahal customer bayar untuk jenis peelable. Tu la sebabnya aku tak minat brand Miss Rose ni.




Selain peelable, ada jugak nail polish yang water permeable. Maksudnya, nail polish tu macam yang biasa punya (kena guna polish remover untuk tanggalkan). Bezanya nail polish ni boleh bawak solat. Wudhuk sah la kiranya sebab air boleh meresap. Antara brand yang water permeable ni ialah O.P.I Nail Lacquer dan Tuesday In Love. Harga mahal sikit dari peelable. Tapi aku ada terbaca jugak yang water permeable ni tak berapa permeable sangat (?). So kalau ada rasa was-was tu better tak payah lah guna ek. Ko pakai jela inai yang sah-sah halal tu.


Kat instagram banyak jual korang search je by hashtag #peelablenailpolish Aku malas nak promote instashop yang aku beli nail polish ni sebab layanan  dia sombong. Haha kbai


Tuesday, January 13, 2015

Review: Citra Mulia Kosmetik

Assalamualaikum dan hai! Haa nampak tak gambar produk kat bawah ni? Alhamdulillah aku diberi kepercayaan untuk review produk dari Citra Mulia. Actually Citra Mula ni distributor yang supply produk kecantikan betul-betul original dari Indonesia. Apa dia? Produk indon?? Choiii engko jangan sesekali memandang enteng para produk indon ya. Apa kau enggak pernah nonton sinetron? Kan cantik kulit dorang even yang lelaki pun kulit mulus je. Kalah aku yang pompuan ni T__T


Seperti yang korang dan aku sedia maklum, sekarang ni Malaysia dah banyak sangat lambakan kosmetik bumiputera. Aku bukanlah nak pandang rendah ke apa. Tapi aku selalu sangat dengar cerita yang produk keluaran bumiputera ni selalunya repackage dari Indonesia. Dorang beli secara timbang lepas tu rebranding. Hmm even alamat kilang pun takde tertulis kat packet produk kan? Yang ada cuma alamat distributor je. So sad :/


Tapi dengan produk dari Citra Mulia ni memang semuanya diimport terus dari Indonesia. Haa lepas ni bolehlah aku memiliki wajah dan badan gebus gebas bak Bunga Citra Lestari. Haha -.- Kat packaging produk memang siap alamat kilang, isi kandungan produk. Dan lagi menarik, semua produk yang Citra Mulia jual ni ada nombor notifikasi KKM. Nombor tu siap stamp kat packaging produk. Lagilah aku tak risau nak guna :D


Selain itu juga untuk memudahkan pembelian, syarikat Citra Mulia dah sediakan 1 website e-commerce untuk memudahkan korang shopping. Tak payah whatsapp ke apa. Just taip je citramulia.com.my lepas wallah korang akan sampai ke website. Lepas tu click senarai produk yang korang berkenan. Click 'Add to Cart' dan settle payment. Senang kan? Tunggu je barang sampai. Alhamdulillah barang aku pun dah selamat sampai dalam keadaan baik. Takde pecah atau tumpah. Bagus dorang bungkus.







Kat kiri website tu ada senarai produk yang dorang jual. Nama macam tak familiar sangat kan? Well, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu I am here to help you to do the review! Haha ok Citra Mula bagi aku 3 produk untuk review. Aku ingatkan 1 je dia bagi. Sekali 3 engko. Terharu sampai meleleh ayaq hidong. Bawah ni antara produk yang aku dapat. Buat masa ni aku baru 2 hari guna produk Milano Ashley Rose Tea lotion dengan Dr. Herbal cream. So nak buat review pun macam awal sangat kan. Aku just tunjuk rupa barang tu je k ;)


Milano Ashley, Dr. Herbal, The Face


Bau wangi! Lena je tidur lepas pakai.







Nantikan pos seterusnya tentang Milano Ashley lotion pulak tau :D

Saturday, January 10, 2015

Pengalaman Praktikal di Bank

Assalamualaikum dan hai! Alhamdulillah aku dah 2 minggu habis praktikal dan sekarang tengah menganggur dengan gembiranya di rumah. Kawan aku kebanyakan dapat serap terus kat company masing-masing. Aku ni je masih menunggu panggilan interview dari tempat praktikal aku tu. Untuk pengetahuan, aku praktikal di sebuah bank under Jabatan Teknologi Maklumat. Tak perlu lah ek aku mention bank mana sebab motif nak coretkan pengalaman kat blog je.


Aku tunjuk logo je. Kenal kan?? Haha


Disebabkan aku ni merupakan graduan UiTM dan ambik course berkaitan dengan IT, maka tempoh praktikal aku selama 3 bulan je. Masa aku mula-mula masuk company untuk mula praktikal semua staff hairan kenapa aku praktikal kejap sangat  T__T  Lantak pi lah sekajap pun sebab aku lagi suka sekejap dari lama. So bermulalah perjalanan hidup aku sebagai gadis praktikal. Gitteww~


Dalam surat tawaran tu bank offer RM 400 elaun/sebulan. Dah nampak elaun banyak sape taknak kan. So gigihlah aku berulang alik dari Ampang ke Bangi setiap hari. Jauh okay bagi status gadis praktikal macam aku. Hari-hari lah aku mengulang highway MRR2 tu sampai dah naik hafal jalan mana yang selalu jem dan jalan mana yang aku kena bijak mencilok. Haha


Disebabkan bidang IT ni sangatlah bukan passion aku, so aku risau sangat dengan task yang akan aku hadapi. Yang paling pasti mestilah kena buat system kan. Tapi alhamulillah aku bernasib baik sebab bank guna vendor untuk develop system dan aku cuma perlu buat documetation je. Tu satu benda yang best kalau kau praktikal under company besar. Kalau under company kecik dan Sdn. Bhd., chance untuk pihak company suruh kau develop system tu memang tinggi. Ok bab documentation tu aku dah boleh tarik nafas lega.


Tapi sebab sebulan pertama tu vendor yang bertanggung jawab untuk siapkan system tu tak masuk kerja lagi, so aku pun naik boring dah nak buat doucumentation sebab dah memang takde kerja langsung. Akak meja sebelah tau kot aku boring haha so dia pun offer untuk ajar aku language baru iaitu COBOL. Sejak aku first day aku memang perasan orang bank ni banyak guna COBOL daripada language lain tapi sebab aku malas ambik port sebab yelah kan aku berminat lah sangat dengan natang programming ni -.-


Ambik masa 2 minggu jugak la untuk aku belajar dan ok la not bad. Tapi dalam not bad tu jahanam jugaklah program akak tu aku kerjakan. Elok dia nak delegate task program dia kat aku terus cancel sebab error yang pelik-pelik semua keluar bila dia suruh aku sambung buat. Tapi pape pun aku puas hati jugaklah sebab aku dah boleh eksyen kat resume yang aku reti COBOL padahal non hado. Haha


Selain dari tu suasana kerja pun best, staff semua ok. Aku rajin betul menempek join aktiviti dorang. Motif mestilah sebab nak bank serap masuk haha lol. Padahal masa study dulu punyalah malas join aktiviti. Motif sangat kan. Hmm cuma walaupun semua ok aku masih susah nak buang monday blues T__T tapi setiap hari isnin jela. Masuk hari selasa aku dah normal balik. 


Overall best jugaklah praktikal kat bank ni sebab aku tak payah buat system. Hakhak cuma yang tak bestnya elaun aku dah masuk 3 bulan pending. Sampai aku dah habis praktikal pun duit tak masuk-masuk lagi. Tu asyik meroyan mencaruts kat twitter. 3 bulan kot?! Maybe ada la dekat RM 1000 jugak yang dorang perap (sebab elaun ikut hari RM 20/sehari. Bukan RM 400 tepat. Lol tipah tertipu). Hm tu jela slack nya praktikal kat company besar ni. Elaun budak praktikal di anak tirikan. Yang lain semua tiptop. 


Walaupun kat perenggan sebelum ni aku terkutuk tapi besarlah harapan saya untuk terus berkhidmat di jabatan yang sama sekaligus menjalin semula ukhwah dengan staff yang sempat saya kenali sewaktu berpraktikal dulu. Hewhew kbai nah tayang gambor pulak


Nin dia jabatan kesayangan kiteerr :')


Ginilah gamaknya meja akuu. Cantiks kan. Hihi


Malam dinner. Praktikal tak boleh pergi tapi aku tumpang nama orang. Huks


Semua staff dapat dan acah-acah staff pun dapat!


Ni masa join family day kat Morib. Beria betul aku menyibuk. Haha


Mewah kat makan je bila kat sini :9

Monday, January 05, 2015

Review & Testimoni Flawless Skincare

I am back with second review tentang Flawless Skincare. Review pertama pada bulan August hari tu. Decided untuk buat entry kedua ni untuk menepis segala persoalan pembaca mengenai Dn*rs Skincare. Banyak tau hit dari entry tu sejak Dn*rs dah mainstream ni *insert smiley nangis*. Actually produk Dn*rs tu ok je cuma maybe tak sesuai dengan kulit aku. Aku guna Dn*rs nak dekat 2 tahun tapi hasil tak seberapa. Yes cerah tu memang lah tapi kulit aku cerah + ruam. Tak paham kenapa jadi camtu. Tapi bila sepupu aku pakai elok je cantik kulit dorang. Padahal aku yang perkenalkan Dn*rs tu kat dorang. Ha macam mana tu? *insert smiley nangis lagi*


Ok meh aku ceritakan serba sedikit pasal set Flawless Skincare. Set yang aku beli ni cuma RM 30 je dan ni memang set yang paaaaalinnnnggggg ori from Sabah sebelum set Flawless ini di rebranding kan oleh pihak lain dan mark up harga tahap naik semput aku dibuatnya. Haha ko google jela Flawless Skincare. Ko memang takkan jumpa set macam yang aku genggam bawah ni. Produk underground macam ni aku jumpa kat instagram je. Haha aku memang selalu bernasib baik dalam shopping benda murah ni sebab aku gemar survey harga guna hashtag.




Set ni tak leceh macam skincare keluaran bumiputera yang lain which means too much accessory macam toner, bedak, foundation etc. Selalunya produk bumiputera ni rotate benda yang sama je. Aku dah try macam-macam skincare bumiputera dan apa yang aku boleh bagitahu ialah warna krim, pakej, bentuk produk dorang lebih kurang je. No offend eh kat sesiapa. Maaf la review terlalu jujur. Korang kan suka baca review jujur *insert smiley syaiton* Ok sudah-sudah la mengutuk tu. Haha kalau korang berminat nak beli boleh beli kat instagram flawlessskincare_official


Now lets picture do the talk dan aku akan meroyan sikit lagi kat caption *insert smiley sengih* Oh FYI aku dah lebih 5 bulan guna dan so far aku takde hadapi sebarang proses pengelupasan atau muka merah-merah. Dan lagi best muka aku dah takde ruam macam sebelum ni. So, for the time being memang aku takde niat nak tukar skincare lain yang lagi mahal lagi-lagi kalau orang suggest skincare bumiputera yang lain. Unless kalau korang suggest produk SK2 ke, Mary Kay ke yes aku angkat bendera putih. Luls


I used to hate the left photo. Macam kena cakar kucing je T_T


Same place, same food, same posture. Kulit lagi gebu kot? Entahlahnak


Left pic masa pakai D*ars. Cerah tapi ruam susah hilang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...